Mar 30, 2011

Sketsa di Mesin ATM .

Assalamualaikum .


Rumah aku di Kuala Kangsar . Pernah pergi Kuala Kangsar ? Dekat sini ade satu sekolah , MCKK - Malay College Kuala Kangsar , sekolah budak lelaki . Dulu sekolah ni femes gile , sekarang rating dah turun sikit . Dari dulu sampai sekarang MCKK ni terkenal dengan budak-budak bijak , anak orang kaya , pemimpin-pemimpin berwibawa (ye ke ?) dan budak-budak yang nampak smart .


Bila diaorang keluar outing , uniform baju putih dengan seluar putih . smart . bila keluar sembahyang Jumaat baju melayu hitam , bersampin . smart . Tapi sekarang ni , aku tengok budak-budak MCKK dah makin kecik . pendek-pendek je semua . keh keh . maklumlah , zaman dah baru dunia dah berubah .


Bangunan MCKK ni ala-ala Gurukul dalam cerita Mohabbatein gitu . hee . Dekat luar pagar , ade mesin ATM . standart lahh tu , depan sekolah asrama ade mesin ATM . kan ?


Orang awam selalu ambik duit dekat mesin ATM tu . x ramai orang , tapi kalo dibuatnya budak-budak tengah time rehat ngan outing , bapak ahh panjang gile barisan . Aku dengan mak aku suke perhati budak-budak ni ambik duit . sian nengoknye . emh emh .


Ade setengah budak tu beratur sikit punya lama , bila check akaun tengok-tengok mak die x masuk duit lagi . die ambik resit dengan muka yang suram , terus campak resit dalam bakul sampah . Kawan dekat sebelah sengih je . die x tau yang duit dalam akaun die pun xdek . Ade setengah budak plak ambik duit RM10 je . X cukup duit la tu . Baki tinggal berapa puluh je . kesian .


Setengah budak tengok je budak lain keluar duit banyak . setengah tu banyak duit . angguk-angguk kepala dekat kawan die dekat sebelah . tandenye mak die dah masukkan duit . muka berseri-seri , hati berbunga-bunga . Itulah lumrah budak asrama . mengharapkan duit masuk on time dalam akaun . Duit sape ? duit mak bapak .


Dulu time duduk asrama ade kawan aku selalu call mak die , bukan sebab rindu tapi sebab duit habis . kureng . Kalo lambat masuk sikit , petang nanti call . "mak , bile nak masuk duit ni ? duit dah habis " . pening kepala mak bapak . 


Lagi satu time outing . Setengah budak tu bukan maen , kiri kanan beg plastic The Store . dengan cikedisnya , roti , susu , Kellogg's special K , buah , Honey star , cadbury , semua makanan almaklumlah budak asrama . kebulur je 24 jam . tu kalo mak budak tu baru masuk duit . kalo yang x ade duit , satu plastik je . tu pun plastik kecik , beli water colour . untuk Seni Visual agaknya . tragis .


Budak asrama je ke ? ehh , x jugak . budak U , student-student semua macam tu . tambah lagi budak PTPTN . ahh , isu lapok . budak MARA pun 2x5 , sat sat bagi cek , sat sat masuk akaun . emh emh . kan susah nak kena pergi pejabat la ape la . hmm ...


itulah dunia belia . Belia Benci Dadah ? oh , ya , pasti !

Mar 27, 2011

Cik Cashier Kamdar .

Assalamualaikum !


Semalam , aku pergi ahh Kamdar dekat Taiping Central . Pusing-pusing sementara tunggu pukul 6.45 petang . Belek-belek selendang , belek-belek baju , belek-belek-belek . Lepas belek-belek , berkenan , maka pergi la bayar dekat cashier . ka-ching !


Time pergi bayar tu ade sorang mak cik ni . Die duduk dekat depan barisan , beli ape bende tah , langsir gamaknye . So x pelah . Tiba giliran kakak aku bayar . Bayar punya bayar tiba-tiba terdengar suara orang memaki hamun di belakang . eh eh apakah ?


" Hey , ni apasal duit baki kurang RM10 ni ? saya bagi tadi RM50 ! ni apasal baki RM20 je ?? Mana lagi RM10 ? X tahu kire ke haa ?? Ape laa !!! " jerkah mak cik yang bayar tadi . Air liurnya percik ke sana ke mari . Tui . 


" erm , mintak maaf mak cik . ni lagi RM10 . maaf ye . " kate cik cashier berbangsa India .


" Maaf ??? senang laa kamu kate ! kalo aku x kire baki tadi , aku x perasan pun duit baki kurang !!! Kamu senang la mintak maaf ! Orang lain kalo x kire duit baki  , macam mane ?? X sedar yang kamu tu salah bagi ??? huhhh ! " mak cik itu membentak lagi . 


Cik cashier berbangsa India tunduk , mukanya penuh tanda kekesalan dan hampa . Selama ini , dia ingatkan dialah cashier terbaik di dalam Kamdar . Maki hamun mak cik tu tadi memusnahkan harapannnya untuk menjadi pekerja contoh bulan ini . Dia merasakan hari itulah penghujung kariernya sebagai cashier . sedih , marah dan jijik dengan mak cik tu .


ok ok aku tahu aku describe terlebih over .


Sebelum ni aku jumpe cik cashier berbangsa Melayu di Guardian yang kurang ajar , mak cik Garnier yang teraniaya . Semalam aku jumpe pulok cashier India yang kasihan , mak cik x cukup duit baki yang kurang ajar . ohhh ! apekah semua ini ? Kenapa aku yang menjadi saksi ? ohhh .


Mak cik tu x patut , dah orang mintak maaf , MAAF  la ! x paham bahase ke ? Bukannya cik cashier tu kurang ajar pun . Dia manusia . Meskipun berbangsa India , dia juga melakukan kesilapan . benda normal , x yah r KECOH ! benci betul .


Lepas tu , bila tiba time aku bayar , cik cashier berbangsa India tu macam tak bermaya dah . kesian . haishhh . X guna adanya EARTH HOUR kalau manusia sendiri tak tahu adab sesama manusia ! Dengan manusia pun tak hormat , dengan alam apetah lagi ??! erghhh .


Semoga manusia lebih bertamadun . Sayangi cashier-cashier anda . Tanpa cashier , dekat sape kita nak bayar ?? haa . sekian .


p/s : Gud luck kepada mereka yang exam 28th-31st March , aku tau anda boleh melakukannya ! Gud luck ! Jumpa 11 April , ok !!! muah . :)







Mar 24, 2011

Seluar Hilang woi !

Assalamualaikum .


Suatu hari yang sunyi , seorang suri rumah menguruskan kerja-kerja rumahnya dengan tenang dan aman . Aktivitinya beryoga , menguruskan sarapan , menjemur kain , menghantar suami di muka pintu ketika pergi bekerja  dan mengemas rumah . Rutin itulah yang diulangi setiap hari .


Segala aktivitinya berjalan lancar di samping anaknya yang sedang bercuti di rumah . Sehinggalah suatu ketika , ketika mereka berdua sedang asyik menonton Bujang Lapok di Astro Prima . Satu kejadian tidak disedari telah terjadi . OMG . fuhh .


Si anak masih leka menonton tv , si ibu merangkap suri rumah itu tadi keluar rumah untuk menerbalikkan kain jemuran di luar . 


" Dik ! seluar itam adik hilang ! ade orang ambik kot , mama tengok dekat luar x ade pun ! " , bilang si ibu .


" haa ???! " , bilang pula si anak .


Beberapa minit sebelum kejadian , kelihatan seorang wanita bertudungkan tuala diatas kepala berlegar-legar di luar rumah mereka . Hampir bangat dengan pagar rumah mereka . adakah dia ? hurmmm . suspek pertama .


Kemudian , si ibu pergi ke dapur mendapatkan jiran sebelah . Si jiran terkejut beruk dibuatnya . ohhh ! Lalu dia memberitahu tadi dia terlihat beberapa orang pemuda bermotor lalu lalang di depan rumah . adakah mereka ? erghh , suspek kedua .


Lalu , teringatlah si anak tadi terlihat orang MDKK mengutip sampah di luar . Satahu dia , mereka kebanyakannya India . Adakah mereka juga ? pftt , suspek ketiga . bengong .


Maka diceritakanlah khabar dukacita itu kepada suaminya merangkap bapa kepada budak tadi . Ketika dia pulang bekerja , dia telah meround keliling rumah untuk melihat ape-ape yang mencurigakan . lalu terlihatkanlah oleh dia seorang wanita yang mencurigakan . dia telah berlari terus ke dalam rumah , kain tidak habis diangkat , terum pumm ! masuk rumah . dialah wanita bertudungkan tuala tadi . adakah dia ? erghhh .


Kemana seluar tu hilang ? bengong bengong bengong ! sape ambik seluar aku woi ! bagi balik ! waaaaa ! Nanti , terimalah balasannya ! tunggu ! Pfttt , waaaa . Nak balikkkkk !


p/s : Berkudislah tangan kaw yang ambik seluar aku . Berkulatlah kaki kaw pakai seluar aku ! bengong ! erghhhhh ! gerammmmm ! grrrr .



Mar 22, 2011

List !

Assalamualaikum .


Semenjak cuti ni , aku kurang bergaul dengan dunia luar . Bukan katak di bawah tempurung , tapi duduk dekat rumah lagi stylo menurut aku . hee . Maka , aku telah menjadi pemerhati yang baik . ehh ??! Begini , menurut pemerhatian :


1 - Kaum XY lebih gemar mengeluarkan kata-kata kesat berbanding kaum XX .


2 - 9 daripada 10 rakyat Malaysia mula memakai jersi bola Malaysia selepas kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki .


3 - Kebanyakan filem di Malaysia lebih bercorakkan cerita seram dan jenaka berbanding filem bercorak aksi , kontroversi dan animasi . bosan .


4 - 7 daripada 10 rakyat Malaysia lebih gemar mengutuk drama Melayu meskipun menjadi penonton setia drama terbabit .


5 - 8 daripada 10 penduduk Malaysia mengambil nasi sebagai sajian utama , selebihnya lebih gemar makanan pantas , berdiet , tidak berduit dan mengikat perut .


6 - 2 daripada 10 rakyat Malaysia tidak menyedari pengambilan Calcium yang bergantang banyaknya tidak berguna tanpa pengambilan vitamin D yang membantu penggunaan dan penyerapan Calcium .


7 - Hampir 50% perempuan bertudung di Malaysia gemar memakai tshirt berlengan pendek dan berseluar kaki kecik .


8 - Hampir kesemua pelajar IPT gemar mengutuk PTPTN .


9 - 95% rakyat Malaysia gemarkan Korea . plastik !


10 - 70% remaja Malaysia gemar bercakap mengenai politik , mengutuk dan membela sesuka hati , padahal masih tidak layak mengundi . pui .


11 - Trend keluarga sekarang , gemar berbunuh-bunuhan , dera-mendera . dahsyat sungguh kasih sayang zaman sekarang .


12 - Lebih 80% pelajar menggunakan duit pinjaman MARA mahupun PTPTN untuk membeli phone baru . ehh !!


13 - 90% cerita sinetron Indonesia mendapat tempat di tv tempatan . muak ! tapi aku tgk jugak . hee .


14 - Kurang 50% remaja Melayu tidak merokok . ohh , tak nak !


15 - Hampir 100% rakyat Malaysia gemar tidur siang . woO !


Cukup la 15 . banyak lagi sebenarnya . Perhatian , angka yang dinyatakan tidak tepat dan mungkin salah . hehe . Tapi , begitulah menurut perkiraan aku . okay , gua chaw dulu . sekian . :)







Mar 19, 2011

Rania dan Sanju .

Assalamualaikum .


Tersebutlah kisah di sebuah negeri , ade seorang budak kecil berumur 6 tahun . Namanya Rania , Puteri Rania . Setiap hari dia dihantar oleh ibunya ke sekolah dengan menaiki basikal . Benda wajib yang dibawanya ke sekolah ialah bekal makanan , hasil air tangan ibunya .


Dia seorang yang periang , comel dan bijak di dalam kelasnya . Bila tiba waktu rehat , dia akan terkedek-kedek menuju ke kantin sekolahnya dengan membawa bekal makanan di tangan . Tempat yang selalu didudukinya untuk menjamah makanan ialah meja di sebelah kanan kantin , tiang ke-2 dari belakang .


Hidangan kesukaannya ialah sandwich hash browns bertelur hancur . nyam nyam . Setiap hari dia akan menikmatinya dengan penuh berselera meskipun hidangan yang sama . Sedang asyik menikmati sandwich hash browns bertelur hancur , matanya akan terpaku setiap kali memandang seorang pelajar lain di sebelahnya , berkulit hitam manis .


Pelajar itu tidak diketahui namanya . Dalam bekas makanannya yang berwarna hijau tua itu , terdapat 5 ketul makanan berbentuk silinder panjang-panjang gitu dan turut berwarna hijau iaitu hijau muda pucuk pisang . 


Rania pelik . benda apalah yang dimakan budak tu . nampak x sedap , sungguh tak meneyelerakan kesian budak itu x dapat makan makanan sedap macam sandwich hash browns bertelur hancur dia . Tapi dari air muka budak tu kelihatan dia ingin makan lagi dan lagi . pelik .


Satu hari , tengah asyik Rania terpaku memerhatikan budak tu punya makanan , tiba-tiba budak tu berpaling dan menghulurkan makanan hijau muda pucuk pisang kepada Rania . OMG . dengan muka manis Rania menyambutnya . 


Mata dipejamkan , nafas ditahankan , dia mengunyah laju-laju . dan terus telan . ahh lega . emm . saki baki makanan di dalam mulut masih terasa kemanisan makanan itu . bole tahan . boleh mintak satu lagi ? kata Rania . Budak itu senyum tanda boleh .


Bermula dari hari itu , mereka berkawan baik . Nama budak tu Sanju sebenarnya . Kuih hijau muda pucuk pisang tu plak namanya kuih ketayap . Semenjak itu , bertukar-tukar lah bekalan makanan mereka berdua . Rania siap mintak bawak balik rumah lagi , bagi mak die rase . Begitu juga dengan Sanju .


Bila sudah dewasa , baru Rania sedar . Sebenarnya , kita tidak boleh menilai luaran sesuatu benda . Kita patut mencuba dan barulah boleh menilainya . tak gitu ?


p/s : time cuti aku rasa lebih susah untuk mengupdate dari x cuti . busy gitu . aww . :)



Mar 15, 2011

Puas hati aku .

Assalamualaikum .


Alangkah indahnya hidup ni kalau semua orang baek-baek . x ade orang jahat , x ade orang benci-membenci , x ade orang saket hati , x ade orang dengki , x ade orang santau-santau , x ade orang bengong-bengong , x ade orang meroyan .


Ape kite patut buat kalau ade orang yang suka tindas-menindas orang ni ? Langkah-langkah yang patut kite buat ialah tarik orang jahat itu tadi , kurung di dalam bilik gelap yang ade 10 ekor ular sawa di dalamnya , kita lihat siapa yang tindas siapa sekarang .


Macam mane pulak kalau orang yang suka berlagak ? Begini , tarik orang tadi . Kita ikatkan kakinya dengan batu yang berat , Rendam dalam sungai beraliran deras yang sangat dalam . Haa , tengok . masih berlagak lagi ?


Erm , kalau orang yang suke mengarah-arah orang laen ? Senang saja . Ikatkan sepuluh jenis bom di badan mereka . Beri masa selama 10 minit . Kita lihat adakah die akan bagi arahan dekat bom-bom berkenaan .


Kemudian , bagaimana jika ada orang dengki-mendengki ? Tempatkan orang berkenaan di dalam hutan rimba yang sangat tebal . Biar binatang yang ade di sekelilingnya . Tengok , die dengki x dengan binatang-binatang tu .


Okay okay , kalau orang yang suka santau , bomoh-bomoh orang laen ? Senang saja . Panggil 10 orang bomoh siam . Santau orang berkenaan . Bukan santau keramat dah tu . Tok daripada keramat dah tu . keh keh .


Astaghfirullahhalazim . Itu kerja orang yang x tau ape itu dosa . Bila orang buat kite , kite perlu sabar . Tuhan kan ada . Tiada sesiapa yang berkuasa melainkan die . Allah Maha Kuasa . 


Ingat x kisah biras besar yang aku cerita tu ? Die buat kerja gila lagi . Boleh pulak die keluarkan semua sofa pemberian Azwa dan Wa kepada Puan Min . Sofa-sofa tu die letak dekat luar rumah , bawah pokok , berhujan panaslah sofa tu . Aku x paham betul manusia ni . Ape la masalah perempuan tu . haish .


Ohh , tahniah buat member aku yang baru dapat anak sedare . Macam anak die la pulok . haish . okay , tata for now . :)


p/s : aku mimpi benda pelik-pelik je semenjak cuti ni . emh emh .





Mar 10, 2011

Pergolakan .

Assalamualaikum .


Setiap hari kite akan plan ape yang akan kite buat . Dari pagi , tengah hari , petang sampai ke malam , sampai ke hari esok dan seterusnya . Kadang-kadang , semua lancar . Kadang-kadang , ade ujian sikit x lancar , sabar lah sikit . Kalau semua bende clear ape yang nak dibuat dalam kepala otak kita , senang kita buat semua benda . Ade ke pesen orang yang x plan ? Emm , prefrontal area otak die ade masalah gamaknye .


Setiap manusia dalam dunia ni akan ade pengalaman . Tak semestinya pengalaman kerja yang kita cari , pengalaman dalam setiap perjalanan hidup kita seharian pun dikira pengalaman pe . kan ?


Semalam time aku tengah gosok gigi sebelum tidur aku terpikir , macam mane kalau tiba-tiba blackout ? Aku patut kumur-kumur dulu ke , terus berlari cari phone ke , jerit meminta tolong ke , lari dekat mak aku ke , bace doa banyak-banyak ke ... ye la , dah gelap , buatnye hantu datang . haa . Aku ni suka imagine benda pelik-pelik . keh keh .


Berbalik kepada pengalaman yang kita sebut sebentar tadi , blackout tu juga dikira pengalaman . Kalau dekat budak kecik kita sebut blackout , mungkin sesetengah mereka blurr kerana masih tidak ade pengalaman ketika blackout . So , tak ke blackout tu dikire pengalaman ?


Okay okay . Macam mane pulak kalau pengalaman ketika memasak ? Tengah-tengah masak , pumm ! gas habis . haaa . Tak ke menggelabah ? kalau ade lekat fridge magnet " Gas Habis? " x ape la . kalo x ade ? haa , sebab tu lah makin banyak masalah yang kite hadapi , makin banyak pengalaman kite .


Satu lagi yang aku pikir ialah macam mane kehidupan aku mase akan datang ? InsyaAllah kalau aku dapat jadi seperti yang dirancang , Alhamdulillah . okay , kalau aku kerja setiap hari aku akan bangun awal , breakfast , pergi kerja , kerja kerja , balik kerja , makan malam , tengok tv , tido . kalo ade on call ? x tido-tido lahh . haha .


Kalau aku dah berkeluarga ? keh keh . Sebelum pergi kerja siap makan minum anak , hik hik . Hantar anak pergi nursery , sekolah , hik hik .Lunch tengah hari dengan suami , hik hik . Kerja sampai petang , balik kerja , ambik anak . hik hik . Masak untuk keluarga , sembahyang same-same , tengok tv , hik hik . Baca cerita dekat anak-anak sebelum tidur , tidur . esok benda yang same berulang-ulang . anak-anak besar , suami makin tua , mengahadap muka yang sama sampai tua . macam mana perasaan macam tu ? Tak dapat aku bayangkan . Ni gara-gara aku tengok cerita Forces of Nature semalam ahh . keh keh .


Kadang-kadang bila tengok dalam tv , senang je kan hidup ni . Tapi di sebalik semua tu ada benda kecik-kecik sampai benda besar-besar yang patut kita tempuhi . Ade orang jahat , orang baek , keluarga , kawan-kawan , jiran sebelah , facebook , twitter , blog , laptop , semua nikmat-nikmat hidup yang laen dan sebagainya . 


Tapi kita x sedar , benda-benda macam ni lah yang akan mengukur sejauh mana kita berada di jalan yang benar . Maksud aku , macam mana kita gunakan nikmat-nikmat di dunia , ke arah kebaikan atau keburukan ? Tanggungjawab akhirat aku tak nafikan semua wajib ditunaikan , ape yang dicegah , ape yang dilarang .


Bila masuk bab macam ni , orang akan pandang slek . bajet alim la tu . woi bongok , dah nama kewajiban . benda haram , benda halal . termaktub dalam Al Quran . tak paham bahase ke ? Aku cukup pantang orang yang nak bagi teguran dekat orang laen , tapi ayat yang disandarkan : 


"ape yang aku cakap ni sebagai peringatan kepada diri sendiri , bla bla bla.. " 


dah kate peringatan untuk diri sendiri , kenapa nak cakap kuat-kuat . tulis dekat facebook . x payah guna ayat cover . nak tegur , silakan . Hak kau . maaf jika teremosi . ngee . okay lahh , yang pasti setiap orang ada hala tuju sendiri . Artis ke cikgu ke polis ke engineer ke student ke doktor ke suri rumah ke pegawai bank ke penjual nasi uduk ke , bergantung kepada hidup masing-masing . 


Selamat menempuhi hidup , aku manusia , bukan Doraemon . an an an . eh macam sifu dan tongga pulok . hik hik . 
sekian . chaw . muah .





Mar 8, 2011

Biras Besar .

Assalamualaikum .


Malam semalam , aku tengok satu program ni . Fadzilah Kamsah host die , tetamu jemputan Sharifah Syahira dengan mak mentua die Maria Arshad . Aku rase dah banyak kali die ulang tapi , baru semalam aku sempat tengok . Diaorang berdiskusi pasal hubungan mak mentua dengan menantu . Topik ni mungkin x layak untuk aku ulas tapi aku nak kongsi satu cerita nih .


Time aku tengok rancangan tu aku teringat satu kesah , watak-watak adalah seperti di bawah :


Puan Min : seorang ibu . telah meninggal dunia .
Kak O     : menantu sulung Puan Min . seorang yang bongkak .
Abang Mat : anak Puan Min . takut dengan isterinya iaitu Kak O .
Kak Chik : Anak perempuan Puan Min .
Wa        : anak bongsu Puan Min .
Azwa     : isteri Wa . biras Kak O . menantu kesayangan Puan Min .
Kak Sal   : Kakak Kak Chik . anak Puan Min .


ahh pening aku . Okay , ceritanya begini ....


Di satu kampung ada seorang janda tua bernama Puan Min . die mempunyai anak bernama Mat , Chik , Sal dan Wa . Menantunya pulak O dan Azwa . Azwa menantu kesayangan Puan Min . Dialah yang menguruskan kesihatan dan segala perihal Puan Min . Meskipun keluarga mereka nampak bahagia secara luaran , namun terdapat satu perselisihan faham antara biras . Biras yang paling tualah , siapa lagi kalau bukan si O tu .


Nak dijadikan cerita , satu hari Puan Min ditimpa saket . macam-macam yang jadi . Dengan menantu sulung yang asyik nak orang ikut telunjuk die je , anak-anak yang berbelah bahagi nak jaga emak , Cucu-cucu yang tak guna , macam-macam .


Di hospital , Kak O dengan bongkaknya berkata :


" Mak , O x kesah nak keluarkan duit banyak mana pun . Asalkan mak sehat . O sanggup jage mak . Duit laen cerita yang penting mak sehat . duit boleh cari , mak sorang je ade . "


Perlu la ulang banyak kali . nak bagi semua orang dengar ? Pui ! cakap x serupa bikin . nak jaga mak konon . piraaahhh . tanam tebu di tepi bibir betui la . x guna .


Beberapa bulan yang lepas , Puan Min telah meninggal dunia . Jenazah telah dibawa pulang dari Taiping ke Kuala Kangsar . Ketika Puan Min meninggal dunia , arwah berada bersama anak bongsunya Wa dan menantu kesayangannya Azwa . So , mereka ni lah yang menguruskan jenazah Puan Min untuk dibawa pulang .


Di rumah Puan Min , ketika jenazah baru tiba dari Taiping , Kak O mula bersuara . 


" Kak Chik , barang kemas mak semua ada kat sape ? dekat kamu ke ? "


" ha a . kenapa ? " , tanya Kak Chik .


" haa , barang kemas tu hak kamu . Kamu yang jaga mak teruk-teruk . Rantai tu kamu amek la . satu lagi cincin bagi dekat Kak Sal . kamu 2 orang je anak perempuan mak "


Kak Chik berasa rimas dengan apa yang diucapkan Kak O . Jenazah Puan Min baru sampai ke rumah , namun die sibuk dengan pembahagian barang kemas mak . Dia bukan siapa-siapa pun . Menantu je pun . Sibok je , bajet caring sangat le teww . nyampah .


Pada hari pengkebumian , ketika semua orang sibuk membaca Yassin untuk arwah , Kak O 'menyibukkan' dirinya . time tu la ade call dari anaknya , Manja . x padan dengan jantan nak panggil Manja .


" ha , sayang mak dekat mana tu . owh . jaga diri baek-baek . mak risaukan kamu . ingat pesan mak ni , jage diri baek-baek . " suaranya yang lantang mengalahkan jemaah yang sedang membaca Yassin . Pesen suka menunjuk dia sayang anak le teww . eyurksss . x perlu la kot nak menunjuk gitu . x hormat orang namanya . Ci bace Yassin ke , dapat jugak sedekah dekat arwah .


Si Kak O ni memang anti bebenor dengan Azwa . yelah , Azwa ni menantu kesayangan Puan Min . Cantik , bergaya , bijak , pandai ambik ati . x macam die . mengarah orang je tau . haish . pendek kate , semua orang nak kena dengar arahan die . Pfttt .


Itu cerita ketika Puan Min masih belum dikebumikan . Belum lagi cerita selepas dikebumikan . Kak O yang berkuasa tu pergi serang rumah Puan Min yang tak berpenghuni dah tu . Die pergi kutip semua barang dalam rumah , lepas tu bagi dekat Kak Chik . kononnya dia tu kakak ipar yang sejati .


" Kak Chik ambik semua barang mak ni . Kak Chik yang layak " , kata si Komandor O .


Harta-harta Puan Min semua die nak control . woi , x tau ke dalam Islam ada Faraid . semuanya dibahagikan sama-rata . Tuhan dah tentukan . yang kau nak pandai-pandai guna arahan sendiri tu apahal . bukan anak-anak yang buat keputusan , tapi kau . kau siapa ?


Apa yang pasti , semua tindakan Kak O adalah kerana sifat iri hatinya kepada Azwa . Segala barang kemas dan barang-barang Puan Min diserahkan kepada Kak Chik dan Kak Sal sebab die x nak semuanya jatuh ke tangan Azwa . busuk hati sungguh . Si Azwa pun x hengin la . Dia ikhlas jaga mak mentuanya .


Ape-ape pun , aku x sangka . ingatkan dalam tv je ade cerita biras gaduh-gaduh ni semua . X sangka dalam real life pun ade . Apelah nasib badan dapat biras macam Kak O tu yek . merana hidup . adoi . Aku rase die tu elok digelar OBJ . Orang Besar Jajahan . nak orang je sembah die . haih , tolong la . Aku yang orang luar ni pun boleh nampak siapa yang betul siapa yang salah . obvious kot .


tolonglahhh sedar Kak O oi ! F you .





Mar 6, 2011

Kejam .

Assalamualaikum .


Cuba bayangkan jika ...... :


1 - Anda sedang memotong kuku , tiba-tiba seorang kawan anda menggeletek anda di pinggang . Anda terkejut . lalu memotong kuku anda hingga separuh .


2 - Ketika menaiki tangga , anda terpijak mainan anak kakak anda , anda terjatuh , kepala anda mengenai bucu tangga . Anda pitam lalu meninggal dunia .


3 - Dalam perjalanan ke kedai runcit , anda harus melalui bangunan yang tidak siap . di situ terdapat banyak besi . oleh kerana anda takut dengan suasana yang gelap , anda mempercepatkan langkah . Nasib anda kurang baik , anda terduduk di atas salah satu besi yang terpacak . anda disula . ohh .


4 - Rumah anda terdapat tikar yang dianyam . sedang anda berjalan di atasnya , ibu jari kaki anda terkepit , lalu menyeliatkan kulit ibu jari kaki anda .


5 - Anak anda sedang bermain bersama sepupunya . sedang asyik bermain , sepupu anak anda terdiam selepas kepalanya terhantuk di dinding . setelah diselidiki , rupa-rupanya ada paku ditiang terbabit yang melekat di tempurung kepalanya . mati ditempat kejadian .


6 - Anda berhenti di bahu jalan , ketika keluar dari kereta , handphone anda terjatuh . anda membongkok untuk mengambil handphone , tiba-tiba kedengaran bunyi hon . anda dilanggar . kepala bersepai .


7 - Ketika sedang memandu anda merokok , anda membuka cermin tingkap sambil tangan terjulur keluar . Ketika hendak menghisap puntung rokok kembali , anda hairan rokok tidak sampai-sampai ke mulut . anda pandang tangan kanan anda . eh , dah kudung !


8 - Ketika sedang gelak terbahak-bahak , nyawa anda dicabut .


9 - Sedang asyik memilih seluar jeans di Bundle Amir , ada peluru sesat yang menembusi kepala anda .


10 - Ketika asyik melibas-libaskan rambut di hadapan kipas untuk mengeringkan rambut , rambut anda termasuk ke dalam kipas angin . perlahan-lahan rambut anda membelit di dalam kipas . saket siot .


bagaimana ? benda-benda macam ni boleh berlaku dekat sape-sape je kan ? adoi , ngeri . eh , pernah tengok Happy Tree Friends x ? euw .



Mar 4, 2011

Aku , stress dan ...

Assalamualaikum .


Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Aku pass exam weh ! Syukur ! maka dengan ini aku mengisytiharkan diri aku sebagai pelajar 3rd year iaitu pelajar Clinical Year . cuti sebulan ! wohOo !


Bila aku imbas kembali , dulu mase sekolah rendah bile exam je , nak dapat markah tinggi . kalo maths tu nak dapat 100 je . subjek laen semua nak A+ . lepas tu dapat hadiah mase anugerah cemerlang . perghh . kembang kincup hidung dapat banyak hadiah .


Lepas masuk sekolah menengah , x maen gred-gred dah . maen PNG pulok . semua orang nak dapat 3.5 ke atas . kalo dapat 3.5 dapat anugerah khas pengetua . kalo dapat , kembang kincup lagi hidung naek pentas . pernah sekali , mase tu aku form 2 . aku dengan member aku dapat 3.49 . taek tol . frust menonggeng dow . sedih ya amat . tapi , bende macam tu buat kite sedar . kan kan ?


Time matrix , xde ape yang beza sangat dengan sekolah . still PNG . semua orang nak dapat 4.0 . bila dapat rasa gayat , bahaya . 


Tidak berapa lama kemudian , masuk lah ke alam awak , yakni alam U . kalo U laen mungkin still berpointer namun tidak di tempat aku . die kire lulus gagal . lulus , bole proceed ke year laen . kalo x , masih diberi peluang untuk repeat . tak kisah la dapat A ke x ke yang pasti lulus ! paham ! Alhamdulillah !


Aku dapat result tengah hari tadi , pukul 2.30 petang . dari pagi sampai tengah hari rasa macam mayat hidup . cuak dow . lub dup lub dup bunyik jantung gua ! x bole bla . cuak giles . kaki tangan semua beku , sejuk , tatot .


Mase on the way aku ke kolej , jalan jem . maklumlah , orang baru balik semayang jumaat . aku tengok luar tingkap kereta , nampak ade 2 orang India . gelak-gelak , mesra-mesra . mungkin hari ini hari gembira bagi mereka . adakah untuk aku juge ? ahhh . stress sungguh nok g amek result ni .


Ape-ape pun , semua sudah ditentukanNya . Alhamdulillah ya Allah . Kau makbulkan permintaan aku . permintaan mak aku . permintaan ayah aku . permintaan kakak aku . semua ahli keluarga , kawan-kawan , artis-artis , (eh artis ? ) . aku tau family aku banyak berdoa untuk aku terutamanya mak aku . tanpa doa dari mama , tanpa usaha aku , x mungkin aku pass . terima kaseh yang tak terhingga mama . sayang mama .


abis tu yang aku cakap artis pun doa jugok tu mende ?






eh eh . ramainya artis wish aku . hahaha . jangan jeles uolls . I sekarang ni dah jadi kawan artis . lepas dapat je , aku terus crop , upload kat facebook , tag semua orang . kah kah kah . bangge siot . yang paling x boleh tahan tu ade Lisa Surihani . aww . Umie Aida ni memang aku suke die , die wanita yang perghh , fasha cantik . yang last tu special sikit . nak tweet Bruno Mars kang x sempat balas . aku tweet la fan club die . keh keh . kire dari Bruno ahh tu . hik hik .

okay . ape-ape pun syukur Allah . terima kaseh kepada yang mendoakan aku . Semoga perjalanan aku 3rd year dan year-year berikutnya akan sentiasa dipermudahkan olehNya . amin . syukur .

Sekian .

p/s : jap satu lagi , aku follow tumblr noh hujan . die follow balik aku . kih kih . glamer siot orang-orang di sekeliling aku . phewww . berkunjunglah ke sini : http://shafikahanani.tumblr.com/ . aku buat suke-suke je . hee . 




Mar 3, 2011

Jambu .

Assalamualaikum .

Ketika makan di kedai Nasi Ayam Hainan , aku dan member-member telah terpikir satu persoalan . Kenape orang yang macam lembut-lembut sikit kite panggil Jambu ? Kenape jambu ? Jambu ape ? Jambu batu ? Jambu pink tu ke ? ke ape ? arghhh . Nape x pilih buah lain ? rambutan , berbulu la pulak . durian , berduri la pulak . tak pun bende lain . Tanah liat ke ... Garpu plastik ke ... Jelly ke .... euw . x paham la aku .

Ape jambu di mate kita ? hohoho . Aku rase jambu ni didefinasikan sesuai untuk lelaki yang sedikit lembut , bukan aww mahupun gay . tapi , macam jambu . bile makan macam rangup berair . hahaha . semacam je ayat aku .

Contoh , seorang lelaki yang memakai baju kaler pink terang gitu . konfem kene label jambu . tapi sekarang ni aku tengok yang keras ke lembut semua tibai pakai pink . jambu jugok ke ? cuba bezakan bila Dafi pakai pink dengan Aaron aziz pakai pink . tak ke beza ? x pun Bruno Mars pakai pink ? kah kah . 

Satu lagi kategori jambu bile pilih benda . Bila ada bunga-bunga sikit jambu . eh , jambu ni sesuai untuk lelaki je ke ? kalo perempuan macam mane ? aku pernah sekali tengah pilih kasut dengan kakak aku . die suruh aku pilih satu kasut ni ade bunga-bunga kaler pink . lantas aku mengatakan : 

" x mo ahh , kaler pink . jambu , macam perempuan . "
" abih tu , kamu tu bukan perempuan ? " omo !

So , jambu ni dikategorikan berdasarkan ape ? arghhh .  

haa , satu bende yang ketara di negara kita ni pengaruh korea . bile orang kate korea je , mesti terbayang kejambuan yang terserlah . tak kire laki atau perempuan . muka licin , sehelai jambang mahupun misai x kelihatan , muka bersih betul . plastik gitu . jambu betul . x paham la aku kenape semua orang nak korea . euttokajo ? kaaaaa ! pui .

so dari mana asal usul jambu ni ?



mengapa jambu ? ohhh .