Sep 15, 2011

Kantoi !

Assalamualaikum .

Pernah marah dengan kawan anda ? wah . Di sini saya tujukan satu lagu khas untuk beliau , lagu Kantoi - nyanyian Zee Avi . Nah dengar lagu dekat video ni , lepas tu nyanyi dengan lirik yang diubah macam dekat bawah . okay ? 







1 2 , 1 2 3 4 . 
Hari tu you call I , I pun answer , 
You tanya kenapa sound you dekat twitter ,
You kata sampai hati I kutuk-kutuk you , 
but I lagi pelik siapa bagitau you .


So I wash and wash kepala otak u ,
I rase maybe cukup tak nak hyperbola  ,
Cakap itu cakap ini you , you berjanji ,
I pun percayalah gila .


So I watch and watch perubahan u ,
Tapi makin hari makin you buat balik ,
I ask you dengan sape balik lambat last night , 
Mesti mamat busuk takde orang lain .

Sudahlah sayang ,
I dont believe you ,
I've always known that your words were never true ,
Why I marah dekat you I pun tak tahu ,
No wonder la my friend pun mengumpat you .


So I guest that's the end of your story ,
akhir kata I'll accept no more apology ,
Tapi last-last kita dapat tahu ,
Rupanya she was dating with ,

With her best friend's ex-boyfriend .
Neo .

Kantoi .

#tipu #wow #puashati #terok #terasa #bapakAh #kecewa



Dah . itu je .
Sekian .


mwuah !




Sep 6, 2011

Lari dari Hospital ?

Assalamualaikum .


Setelah lama mendiamkan diri , kini aku muncul semula . hahaha . Nih , aku ade nak cerita satu benda nih . Kejadian ni jadi time aku dekat hospital tengah hari tadi , dalam pukul 12.30 .

Time tu aku baru keluar dari ward Medicine 5B , cari patient untuk class bedside esok dengan Dr Hla . Bila tiba depan pintu , aku terpandang ade sorang patient keluar dari ward Orthopaedics 5A . Patient tu indian man , dekat ketiak die terkepit dengan tongkat , kaki dia berbalut macam nak terbukak dan kain hampir terlucut . Dia nampak macam tergesa-gesa .

Tiba dekat luar pintu , dia stop kejap . Betulkan kain yang hampir londeh tu . Dari jauh nampak seorang jururawat lelaki menuju ke arah patient tu . Okay , dah ada orang tolong dia . Aku dengan 2 member aku yang lain (Am dan Peanut) terus pergi ke arah lif . 

Pandang-pandang belakang , uncle tadi tu dah ade belakang kitaorang . Die duk kecoh-kecoh kate nak pergi jumpa adik dia dekat tingkat bawah . Sorang nurse perempuan datang , cakap macam-macam dekat die sebab tak bagi beliau turun bawah . Dia still berkeras nak turun . Haih . 

Kitaorang mula bersuara , cakap dekat dia tak payah turun lah uncle , mintak adik dia yang naik atas . Tapi bantah barut , nak turun jugok . haloh haloh . Lif sampai . Kitaorang tengah syok-syok cakap dengan dia , dia terus lompat masuk lif . Serius , dia lompat tadi . Kitaorang pun was-was dengan uncle tu . Kalut semacam .


Nurse praktikal yang dengan kitaorang tu cakap , uncle ni mental kot . aish , tak mau tak mau cakap macam tu . humm . Tak lama lepas tu , 5 orang nurse praktikal dari kolej yang sama dengan jururawat tadi keluar . Diaorang kecoh-kecoh , cakap pasal uncle tadi . Kitaorang datang dekat nurse-nurse tu .

Cakap punya cakap , rupa-rupanya uncle tu dalam tahanan polis , dia drug addict . omo ! Berkemungkinan besar dia nak larikan diri . Diaorang dah kecoh . Lepas tu , ade sorang nurse seakan-akan tomboi cakap dekat nurse perempuan yang tadi tu : " ha tak tau , ko dah larikan seorang banduan !" . ahh sudah . Gano neh ?

Aku dengan 2 orang member aku terus turun pakai tangga , kejar uncle tadi . hahaha . Nak gelak rasa . Nak turun guna lif memang tak sempat lah , lif hospital sangat lambat , lagi lambat dari tuntong (marah) . Tiba tingkat 3 ada sekumpulan specialist tengah meeting dekat tangga . Tak boleh blah sungguh . Tapi sikit orang nak lalu ni . Nak jekar banduan tahu ? Kejar punya kejar sampai dekat tingkat 1 . haa penat . 


Tak habis turun tangga dekat tingkat 1 lagi , aku nampak ada 2 orang Guard tahan patient tadi . Diaorang terus tarik dia masuk lif . haha uncle tak sempat lari . Nasib baik ade Guard jaga bawah tu . Dekat depan pintu lif nampak kesan darah uncle tu daripada balutan kaki dia yang longgar tadi tu .

Aish . sabar jelah . Boleh dia nak lari dari hospital ? Tapi yang peliknya , kalau banduan , mesti kena gari dekat katil kan ? Lepas tu mesti ada polis jaga dekat katil dia . humm . Pelik-pelik .

Aku lagi seminggu lebih posting medicine ni . Lepas ni dekat nak final exam dah . tatot . Okaylah , sampai di sini sahaja dulu . Tata for now !


Muahhhh .
Sekian .

Aug 27, 2011

Raya pun Tiba .

Assalamualaikum .








Sebulan berlalu . Iklan raya dah makin banyak dekat tv . Rancangan tv untuk raya pun banyak dah tayang , semua dah pernah tengok . Bosan . Persiapan raya dah hampir lengkap semuanya . Kuih tunjuk-tunjuk , kek beli-beli , baju tempah-tempah , langsir panjat-panjat , carpet baru-baru . Wow . Sampai tak sedar masih dalam bulan Ramadhan . 


Makanya aku ingin meneruskan tradisi turun temurun untuk meminta maaf . Maaf jika aku ada terkasar bahasa , tersilap bicara . muah . XOXO .


Ada kawan non muslim aku tanya , apa maksud maaf zahir dan batin . Aku pun bagitau Maaf Zahir maksud maaf atas kesilapan luaran , Maaf Batin maksud maaf atas kesilapan dalaman . Seraya beliau berkata : Maaf Batin . *aku teruja*


Raya raya jugak , ingat jangan nak tambah statistik Opsss ! accident aka Ops Sikap time bawa kereta . Tak mau tak mau . Bawak kereta elok-elok . *senyum*


Terimalah pantun dari aku :


                                Bujang senang nama buaya ,
                                Selamat hari raya .


                                Suriram nama anak tok batin ,
                                Maaf zahir dan maaf batin .


Okaylah . Raya elok-elok .
Sekian .




p/s : Duit raya mana ? *juling*



Aug 19, 2011

Satu Hari Aku Berkerut .


Assalamualaikum !




Satu petang , aku tinggal seorang di rumah . Housemate aku semua keluar , ade yang pergi clerk case , ada yang pergi dating dan ada yang merayau-rayau . Hari cuti , biasalah . Makanya tinggallah aku seorang di rumah , menanti ketibaan parents aku yang datang untuk berbuka puasa bersama-sama .

Memandangkan waktu masih awal untuk aku mula bersiap , aku merebahkan diri sebentar . Penat jugak sebenarnya duduk di rumah sepanjang hari . Lebih baik busy dengan class sampai petang , tak sedar masa berlalu dengan pantas .


Hampir-hampir lena . Tiba-tiba aku terdengar tombol pintu bilik aku seperti dibuka . Siapa doh ? aku sorang-sorang kottt dekat rumah . Masa tu , muka aku ditutup dengan bantal , yelah cahaya matahari dari tingkap terpancar baik punya dekat mata aku , silau tahu ? Aku jadi ragu-ragu nak angkat bantal dari atas muka . Dalam hati cuak tahap dewa .


Aku masih keras kaku terbaring di atas katil . Otak aku ligat terbayang 2 orang pencuri menerjah masuk ke bilik aku . Dua-dua bertopeng hitam , seorang menghunus pisau sebagai tanda ancaman . Nak mencuri ? Almaklumlah rumah students , ape yang ade , laptop jelah . heh . Mungkin pencuri tu ingat rumah aku tak ade orang tapi bila nampak aku tengah syok tido diaorang jadi terkejut dan panik . ohh !


Sekarang ni banyak kes samun dan bunuh , dekat Ipoh pulak tu . Aku yang memang kuat berimaginasi ni memang sukalah terbayang macam-macam benda . Berbalik kepada aku . Dalam hati aku rasa nak sangat angkat bantal yang tutup muka . Macam mana kalau pencuri tu nak curi barang je , tapi sebab mereka tengok aku yang terjaga dari tidur lepas tu menjerit mengalahkan mak lampir , aku ditikam . Arghh .


Aku tak nak masuk berita dan di post mortemkan di hospital Bainun . arghh . Macam-macam benda aku terbayang . Aku beranikan diri . Jantung laju berdegup . zasss ! Bantal diangkat , aku segera duduk sepantas kilat . Ahh , perasaan kau je la gila . Aku sengih sorang-sorang . Sehari cuti sampai jadi gila ? aish .


Tapi , macam mana kalau aku betul-betul berhadapan dengan situasi macam tu ? Ape tindakan aku ? *muka berkerut*

Eee takutlah .
Sekian .




p/s : eh dah dekat cuti raya tapi exam final pun dah dekat jugak ! eh eh ehhh ! 







Aug 16, 2011

Lihat .

Assalamualaikum .

Bila lama tak update rasa nervous pulak . hah .

Semenjak aku posting medicine ni , nak kate busy sangat pun memang busy , tambah-tambah lagi puasa kan . haa . Balik kelas petang-petang tu memang tumbang ah . haha . Tapi kan , dalam banyak-banyak posting , posting medicine lah yang memerlukan kita untuk berfikir sedikit . humm . Gaya doktor mengajar pun lain sikit . Pendek kate memang lain gilalah dengan Surgery . heh , tak abis-abis dengan Surgery . :p


Bila dipikir-pikir balik , sekarang aku dah 3rd year . InsyaAllah lagi 2 tahun aku abis . Lepas tu melangkah ke alam houseman , kerja . Dah tak ade pergi pergi kelas dah . Celik mata , kerja kerja dan kerja . Bayangkanlah dari tadika , sekolah rendah , sekolah menengah , matrix , medicine school , dekat 18 tahun jugak aku belajar , dikelilingi dengan ilmu . Cuma tahap dan pembahagiannya je yang berubah . humm .


Aku rasa bilangan tahun untuk sekolah rendah tu lama sangatlah - 6 tahun kot . Dari umur 7 tahun sampai 12 . Lama woo . Lepas tu sekolah menengah lagi 5 tahun . Jumlah tahun untuk sekolah yang wajib pergi dah 11 tahun . Kalau pergi sekolah tu tau nak main je memang sia-sialah kann . Tapi aku masih tak paham kenapa still ada budak-budak remaja yang nak berhenti sekolah . Nak kata hidup susah , sekarang ni banyak je bantuan . Malas ? atau once dah pernah kerja , pegang duit jadi seronok ? humm .

Dulu time sekolah sekolah , kita tak fikir kita akan jadi macam ni sekarang . Perwatakan kau berbelas-belas tahun dulu konfem-konfem lah lain kan . Gila apa kalau tak ade perubahan . Kau yang dulu mungkin seorang yang skema , berdisiplin sangat macam LDP (pftt) , tak kenal dunia , cakap sopan-sopan sahaja . Kau yang sekarang mungkin suka keluar malam , pandai menipu , cakap kalau tak ade word kurang ajar yang keluar dari mulut tak sah . ahh teruk betul .

humm .

Aku tak pasti apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya . Dah kata tadi kan , nervous ! arghhhh . *tarik rambut*


Dah , tengok gambar ni :




geli tahu ?

Okay tu je . chaw .

Sekian .

p/s : serius aku nervous ! arghhhhhh .