Jun 27, 2011

Oh Oh Ohoi .

Assalamualaikum .


drama drama drama . ahh . Pengsan .


Time aku tengah buang kuku eh potong kuku tadi aku terpikir , dalam dunia ni semua benda nak sempurna . Potong kuku tak nak senget , kuku yang dah buang nak masuk betul-betul dalam bakul sampah , lepas potong nak asah , kalau senget nak betul-betul sket , kalau potong sampai berdarah rasa kecewa dengan diri sendiri , kan ? Aku pernah dengar kalau nak tengok tahap hygiene seseorang tu tengok kuku kaki beliau . Kalau bersih , pendek , jernih dan sopan maknanya pembersih lah beliau . Ok , itu baru bab kuku . Benda lain tak masuk lagi . KeSEMPURNAan hak milik setiap insan . ahh pftt . 


Tadi aku tengok channel AFC , yang bab kahwin anak Chef Wan yang dulu tu , penat benar aku tengok mereka menyiapkan persiapan majlis yang berhari-hari . Sanggup berkorban tenaga , masa , duit semata-mata nak SEMPURNA . Tak akan ade manusia dalam dunia ni tak kisah akan tahap kesempurnaan yang mereka miliki . Kalau mereka kata , aku rasa cukuplah tu , kita dah buat yang terbaik . Yang terbaik tu maknanya tahap sempurna yang paling tinggi lah yang mereka try . paham ?


humm . 


Satu hari aku pergi satu kedai India ni , ade sorang amoi cina datang nak beli surat khabar , die belek-belek surat khabar Mingguan Malaysia , lepas belek die ambik satu , tapi die tak ambik yang atas sekali , die ambik surat khabar yang bawah . ha nampak . Bagi die barang yang dekat bawah tu lagi aummm ! dari barang yang dekat atas . Surat khabar yang dekat atas dah dilihat orang , dah dipegang-pegang . Aku pun macam tu , kalau aku pilih roti IKO sebagai contoh , aku tak akan ambik yang depan sekali , pulun ambik dari timbunan-timbunan yang belakang-belakang asalkan kotak masih elok . Yang paling SEMPURNA lah katakan . aha .


Haaaaa penatttt . humm .


Setiap manusia ingin merasakan keindahan dalam setiap detik hidup mereka . Meskipun keindahan dan keseronokan tu tak lama , asalkan aku pernah try , aku gembira , dalam hidup aku pernah merasa walaupun sekali . Tidak kiralah siapa anda seorang permaisurikah , budak medikkah , suri rumahkah , budak art kah , budak finance kah , pekerja majlis daerah kah , pekerja lembaga airkah , pengedar dadahkah , ayahandakah (opss) , mekanikkah , polis pencenkah , guru tadika kah , kah kah kah (haaaa penattt) . Bila dah pernah try sesuatu anda akan cerita dekat orang . Ohh , yang ni aku pernah try . Meskipun benda yang di try tu mase kecik-kecik dulu , tapi tak kire ah , asalkan aku pernah try . Itu pun termasuk dalam bab keSEMPURNAAN hidup gak tu .


Tengah asyik aku potong kuku , tiba-tiba kuku yang dipotong terpelanting kena muka aku , ada yang terpelanting dekat lantai , ada yang mendarat atas riba . humm , penat je aku tadah guna bakul sampah , habuk pun tak masuk . Last-last aku kena kutip balik guna tangan sendiri . Hish , baru nak cakap pasal SEMPURNA , kacaulah . 


Ha , dah la tu . Jadi , ingatlah ! Tiada benda yang sempurna dalam dunia ! Jangan biarkan kesempurnaan menghantui diri anda . hihihi .


Sekian !




p/s 1 : tengok cerita Karak ? Encikkk , Encik ada nampak anak saya tak ? ha Encikkkk . grrrr . 


p/s 2 : ramai betul orang gilakan lagu Ah Ah Ahmad .


p/s 3 : tak kurang juga orang meminati lagu gagap Aa Aa Aa A Aishiteru . :p









Jun 24, 2011

Hari harian .

Assalamualaikum .


Setiap hari kita akan melakukan perbuatan yang sama tetapi bezanya cuma masa aktiviti terbabit dilakukan . Maksud aku hari ni kita bangun pukul 6.10 pagi , esoknya dek kerana tidur lambat pada malamnya kerana menyiapkan yinno (inno) kita bangun pagi pada pukul 6.30 pagi . Nampak bezanya di situ ? Selain itu , waktu pagi adalah waktu puncak (klimaks) di mana semua manusia menggunakan air dengan lajunya untuk membersihkan diri . Memang menguji kesabaran jika ada mereka-mereka yang tidak mempedulikan orang lain untuk menyelesaikan urusan mereka yang terlalu lama .


Jika di asrama , waktu pagilah time yang paling menyakitkan hati . Ada yang mandi lama , berak lama , tiba-tiba black out , air tersekat-sekat , kena clear blog sekarang (JKK jahat) , tertinggal towel di bilik (nak keluar kang orang lain masuk) , menguji persahabatan (ada kawan tak guna yang sanggup masuk bilik air kawan sendiri walaupun dah di chop) dan sebagainya . Itu tak masuk bab takdek air lagi tu . Siap curi air baldi kawan walaupun tertera "Jangan curi air di dalam baldi ini , sesungguhnya Tuhan melihat setiap perbuatan anda " . oh man . Standart budak asrama , tension aku .


Okay itu cerita waktu pagi . Bila dah siap-siap segak bergaya semua , ready nak keluar rumah dah ni , jiran rumah sebelah pulak tegur , padahal aku nak cepat ni . Tak pun tak jumpa dekat mana letak kunci rumah , anak merengek nak susu , pilih-pilih kasut semua tak padan , baju basah tertumpah milo , terpijak taik kucing , tangan tersepit dekat pagar rumah , anjing jiran datang macam nak serang , terpijak sarang semut gatal , suis lampu dekat tangga tak tutup lagi , macam-macam . Bila dah kunci rumah , kunci pagar , teringat yang tak bawak spec mata , purse tertinggal , tak pakai deodorant lagi , tertinggal log book , itulah inilah . Haih , macam-macam . 


Dalam perjalanan keluar rumah , singgah kejap beli kuih ataupun nasi lemak . Teruskan perjalanan , berhenti dekat simpang keluar rumah kita , bumm ! ada orang sondol kereta anda pulakkk dari belakang . Damn . HAHAHA . Baru nak manikmati keindahan pagi , dah la dari tadi dah berpeluh-peluh , berserabut , haih macam-macam hal jadi . Jam dah dekat pukul 8 . Macam mana ni ? Bincang punya bincang orang tu tak nak bayar ganti rugi . Mengamuk anda dibuatnya . Dah la buang masa bincang lama-lama . Dah lambat ni tahu ? Last-last orang tu blah macam tu je . Remuk redam hati anda . hik hik .


Dengan perasaan marah di dada , anda meneruskan perjalanan ke tempat kerja . Sampai-sampai di sana , terserempak dengan bos , naik lif sama-sama . Bos pandang muka anda serupa mahu telan . Jantung berdegup kencang , cuak tahap dewa . Tengok-tengok jam , oh damn ! Dah pukul 8.30pagi . Dalam hati mengutuk orang yang langgar kereta tadi , pftt pftt pftt . Kepala hotak mula pikir yang bukan-bukan , dapat notis untuk berhenti 24 jam , nak cari kerja dekat mana lepas ni , anak bini nak makan ape , sewa rumah , bil-bil , anak nak sekolah , Ana nak susu (aku benci cerita ni) , kereta kena tarik , jiran sebelah tahu macam mana ? Oh damnn , oh man , oh tidak ! 


Sampai ofis , bos bukak mulut . Awak accident tadi ye ? Muka pucat lesi anda beransur merah-merah jambu . Sweet tau . Okay , satu bala dah settle . Nasib Encik Bos nampak kereta aku tadi . Bla blaa bla bla dekat pejabat . Lunch time . Pergi melantak . Dalam perjalanan dompet pulak kena curik . Tak guna . Nasib baik dalam poket ade duit ringgit-ringgit , lepas la beli roti Gardenia perisa coklat dan jagung . Apelah nasib hari ni . HAHA . Kasihan tahu ? humm .


Balik pejabat , dapat call dari bini yang tengah mengamuk , dapat tahu yang anda ade scandal dengan Datin S yang hampir menopause . kah kah . Kau bajet drama ke weh ? Suka hati je ade scandal-scandal pulakkkk . okay okay , sebelum aku terlanjur lebih jauh , eh bunyi macam kurang kena , sebelum aku terlajak merapu lebih jauh , benda-benda yang aku sebut ni benda normal yang jadi setiap hari dekat kita . Kadang-kadang , seharian lancarrrr je aktiviti kite . Kadang-kadang macam-macam bala dan bencana menimpa . Aduh , kasihan sungguh . Itulah namanya kehidupan . Kalau setiap hari sama , bosanlah hidup , pincanglah lagu dan irama . heheh .


Jadi , setiap hari sebelum keluar rumah , berdoalah agar semuanya lancar , mintak restu mak bapak mintak doa hari kita lancar je , niat lakukan aktiviti harian ikhlas keranaNya , baca doa keluar rumah , senyum pagi-pagi , InsyaAllah , semua dipermudahkan . Benda-benda ni nampak remeh , tapi berguna untuk sepanjang hari . Barulah aummm ! kehidupan kita . hik hik . Walau ape pun yang jadi hari tu , kita dapat tangani , walaupun benda last-last minute atau tidak dirancang . Get it huh ? 


Lately ni , sejak berkecimpung dengan posting surgery aku sibuk benar . Pergi dan balik kelas bertemankan bulan . acece . Ni pun aku update sebab rindu bonar , gian bonar nak berblog ha . Lepas tu , Mrs Anggun ngan akak titew Cik Bidadari Syurga rindu titew . hik hik . Muah . Lefeyu . Okaylah , esok titew kena present case depan doktor , nak tido dulu . Semoga hari hari yang mendatang senantiasa dipermudahkanNya . InsyaAllah . Live is too short to live unhappily . hik hik . Titew chaw dulu . 


Sekian .




p/s : ade mak cik sorang ni dekat ward ramah tamah bile titew clerk case diew . titew tak sempat tanyew diew dah jawab laju-laju . Ape pun tak boleh . keh keh . okay lah okay lah . titew chaw dulu . *senyum*





Jun 17, 2011

Kisah Mengisah .

Assalamualaikum !

Jari-jemari aku dah gatal-gatal nih sebab dah lama tak update blog . heheh . Lagipun kena buat presentation proff comm lah , kenduri cousin aku lah , kene pergi forensik lah , ehei macam-macam . Kadang-kadang tu dah type sampai separuh , bila nak sambung , dah tak dek mood . hah , dengar ni aku nak bagitau , aku dah habis posting ORTHOPEDICS ! yahoo . seronok tahu ? dah habis . Tapi yang sedihnya Mr J tak ajar kitaorang dah . Beliau amat amat berjasa kepada group aku . Thank you Mr J , you're the best ! So , lepas ni aku posting SURGERY pulak . hik hik .

Hari ni , iaitu hari Khamis , banyak bende yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri . haa . Pertama-tamannya , pagi tadi aku pergi Mortuary yakni Bilik Mayat . Nak kate best tu , tempat orang mati kot . Untuk 3rd year ni , kitaorang just pandang-pandang dan jenguk-jenguk je . belum hands on lagi . Tapi time aku pergi tadi ade ah proses post mortem tengah berjalan . Nak cerita pun confidential kot jadi biarlah aku simpan sorang-sorang ape yang aku nampak . hik hik .


Hospital Raja Perempuan Bainun ni kalau tengok dalam berita lah kan , asal accident je masuk dekat situ , bunyi macam besar je bilik mayat die , padahal tak luas mana pun . Tadi time aku pegi ade ramaiiiiiiii gile orang tunggu dekat luar , siap ade sekawan polis lagi kotttt . serius ramai . Lepas uruskan mayat , ade satu ruang untuk sembahyangkan jenazah . humm . tak pernah lenganglah dekat situ . Malam-malam mesti *bunyi siaran terganggu* kan ? ayokkk .


Okay , yang tu cerita pagi . Pada sebelah petang pulak aku ada bed side teaching dengan doktor kesayangan group kami iaitu Mr J . Nak tahu kenapa beliau dipanggil Mr instead of Dr ? Beliau seorang surgeon . Eh , kenapa macam tu ? google lah sendiri kalau nak tau , panjang kalau nak cerita . har har . Ok , berbalik kepada cerita tadi , petang tadi Mr J bawak kami pergi Operation Theater (OT) woooo ! hik hik .



So , sampai-sampai je dekat ortho punya tempat , kami salin baju , pakai uniform kaler biru , cap kaler hijau ngan mask . Then , ape lagi ? Bergambar lah kami dalam tempat persalinan . kah kah . First time kotttt . Serius bangga . Kemudian , kami tengok live punya operation . Macam Medik TV plaks . hiksss . Tak berkelip mata tengok doktor-doktor buat operation . Siap senget-senget kepala lagi tahu ? 


Ada satu benda yang aku tak sangka dalam OT nih . Ape pendapat anda ? Adakah anda rasa OT ni sunyi sepi sehingga terdengar degupan jantung ? atau terlalu sunyi sehingga terdengar bunyi cengkerik ? atau bunyi jam yang berputar ligat menghampiri putaran lengkap 360 darjah ?


Nak tahu ? Diaorang pasang HITZ.FM ! Tadi siap ade lagu Chris Brown lagi , oh man ! nak hilangkan nervous ke ? Ke nak hilangkan suasana sunyi ? Cuba bayangkan kalau aku yang tengah buat operation , kemudian ade lagu ehem ehem Bruno Mars , haa . Tak ke aku sengih sorang-sorang ? Siap aku nyanyi pelan-pelan lagi . Kaki aku akan mengikut rentak lagu ,  dan kemudian scalpel (surgery knife) yang aku guna aku jadikan microphone ? Lalu menarilah kami satu OT disusuli dengan patient yang bangun turut sama menari dengan tiba-tiba ? arghhh . mengarut .


humm . Seronok sebenarnya bila dah kerja-kerja macam tu kan ? Boleh buat operation , semua benda dah tahu . Jealous tahu ? Aku ? Aku masih panjang lagi mahu belajar sebelum jadi seperti itu . Semoga keenthusiasman terhadap kerjaya aku tak pernah pudar . fuhh fuhh . doakan aku dan member-member aku ye . Tapi , jangan kenakan bayaran pulak macam orang tu . HAHAHA .


In a nutshell , sepanjang posting ortho ni , macam-macam bende aku belajar , macam-macam memory , macam-macam doktor , macam-macam kejadian yang berlaku . Ape-ape pun , semua nilah yang akan menjadikan kita manusia yang lebih baik masa akan datang kan ? hik hik . Dewasa tak ? Emm , aku bukan tak nak bubuh gambar mase dekat OT tadi , tapi rasa macam selekeh sikit , dengan pakai capnya . jadi , aku kongsikan gambar ni :





ye saya tahu , tiada kaitan . tapi biarlah ! nak bubuh jugak . hik hik .

Akhir kata dari saya , jadilah orang yang melakukan kesalahan hari ini , tetapi keesokan harinya berazam untuk tidak melakukan kesalahan lagi , bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam setiap bende yang dilakukannya . okay ! *senyum*

Sekian .


p/s : selamat datang Surgery ! wee ! :D






Jun 10, 2011

Tak Kena Mengena .

Assalamualaikum . 

Aku nak tanya ni . Dalam satu batch yang korang belajar , tak kisah ah belajar ke kerja ke , ada lagi tak yang korang tak kenal ? Tak pernah bercakap ? Tak pernah senyum ? Tak pernah pandang sekalipun ? Apatah lagi jeling . Ada tak ? Eleh tak ngaku . Mustahil semua kenal . Ok fine , kalau kenal pun takkan dengan semua orang kau pernah cakap , senyum , pandang dan jeling . haaaaa . *muka annoying*


Pernah lah terjadi satu ketika dahulu , time tu kelas yang boring . Ade la sorang budak ni , tengah check attendance , sape datang sape tak datang . Then , muncul satu nama yang tak sign lagi . So , manusia yang konon concern pasal attendance tu pun tanya la orang sebelah kanan die . 

" Eh , Nora Elena bt Tan tak datang ke ? " muka penuh tanggungjawab .


" erk . sayalah Nora Elena bt Tan , " jawab beliau dengan muka tak berperasaan .

Mak kau . haa , tak ke malu . Konon nak tanya orang sebelah la . Datang ke tak . Kan terkena ! hak hak . Terok woi kalau member satu batch pun tak kenal . Hadoi . Setengah tu , muka kenal , nama tak tau . Ni pulun duk sembang dengan orang tu , bila nak panggil nama ? Mulalah buat ayat yang perlu sebut nama orang tu . Terok bukan ?


Aku pun kadang-kadang terconfuse batch senior dengan junior . Kalau batch sendiri tu setakat ni semua kenal la . Tapi ade jugak yang tak pernah bersembang mesra . Kalau batch senior , nampak macam jalan sorang-sorang , muka macam tertekan , jalan laju-laju sampai langgar orang keliling , haa senior lah tu . Kalau budak-budak junior plak , muka cam muda , pakai kad matrix dengan tali biru yang kolej bagi , makan kat GM , haa , Junior lah tu . 

Tapi , kadang-kadang ade jugak budak junior yang dressing die pelik-pelik . Unik mungkin bagi dia . Gaya macam tengah banjir pun ada . Humm , style masing-masingkan . Tapi janganlah pelik sangat . Menjadi buah mulut orang tahu ? hik hik .

Dekat sini aku nak share beberapa gambar tak berkaitan . hik hik .





 Ni perkarangan rumah baru kami dekat LA . Time ni nak pergi lunch sama-sama , dia baru balik daripada San Francisco , konsert dengan Janelle Monae . Gambar ni kena crop sket , so tak nampak gambar aku . Aku ade dekat belah kanan , tengah kunci pintu rumah . hik hik . Yang belakang tu khadam kami . Angkut barang-barang die . hee .







 Ni Doo-Wop , kucing kami . tengah tidur lena dekat belakang rumah . Kesian tengok . haih .





 Ni pulak Hooligan . Time ni die tengah mamai , baru bangun tidur . Ada banyak lagi sebenarnya kucing peliharaan kami . Bruno suka . hik hik .


Okaylah , itu je dulu . Sambung nanti keh ? Chaw .

Sekian .


p/s : Seronok kan berangan ? *senyum sampai telinga*



Jun 8, 2011

Saya Benci Zombie .

Assalamualaikum .

Dengar ni , aku nak cerita ni . Minggu lepas , aku ade kelas ortho dengan Dr J tau . Lepas tu , kitaorang jalan-jalan ah dekat clinic ortho , sebab nak cari bilik yang kosong . Cari punye cari , jumpe ah satu bilik ni . Ade sorang doktor dalam tu , nampak die cam relax je . So , sebelum doktor yang relax tu tinggalkan bilik tu , die cepat-cepat pergi dekat komputer die . Macam nak hide something . Nak tau apa ? Game Plants vs Zombie !! haha . tak bole bla kotttt . Tu game fevret kakak aku dengan aku tuuu . heheh .

Cakap pasal zombie , tu jenis hantu yang paling aku meluat . Benci . Sebab die mayat hidup . Dah jadi mayat tu cukuplah ! Nak hidup pulak tu kenape ? ergh . Mase kecik-kecik aku suka main game The House of The Dead , sebab dalam game tu aku boleh tembak zombie . HAA PUAS HATI AKU . Padan muke . Tapi maen game ade zombie ni cuak gak , sebab suka muncul tiba-tiba muka dia depan skrin . Terkejut tahu ? huh . Habis mouse aku tekan laju-laju sebab takut kena gigit dengan zombie . ngaaaa .

Tapi kan , pernah bayang tak kena kejar dengan zombie ? E takot . Aku selalu terbayang , ala macam dalam tv tu , aku duduk dalam satu town ni , ramai gila jadi zombie , aku sorang je yang masih hidup , lepas tu zombie kejar aku . uish . Lepas tu lepas tu , aku naik kereta , zombie kepung aku , penuh dekat jalan , lepas tu dia panjat depan kereta aku . Aku tak nampak jalan , aku terbabas . Oh man ! Takutnye . Pernah bayang tak ? Benci tak zombie ?

Lagi satu yang aku tak suka pasal zombie ni die sebut ' Otak Otak ' , otak kauuu . huh . Kalau dalam game Plant vs Zombie , die sebut ' Brains Brains ' manis sikit bunyi nye . Tapi stillllll . Scary mary . Bayangkanlah ade segerombolan zombie kejar kau sebut benda yang sama . Mau aku bukak sendiri kepala hotak aku bagi otak kat mereka . hik hik . Makan la otak , tak sakit . Jangan usik meninges aku sudah . ngaaaa . 


So sekarang benci tak zombie ? uhh . Untuk menambahkan kebencian , jom nengok gambar zombie . hik hik .



Benci tak ? Benci tak ?



Benci kannnn ?


 
Kalau la aku yang tahan pintu tu . eheiii .



Bapak ahhh . meluat gila tengok . huhhh .


So sekarang benci zombie tak ? Benci kannn ? hik hik . Ni mau aku mimpi zombie nih . erghh . okaylahhh . Saya pergi dulu .

Sekian ! *muka puas hati*



p/s : Aku benci tengok cite hantu orang putih , pengotor , kotor , tak bersih , seksi , moden , gatal , tak logik , rasa nak muntah ! huh .







Jun 4, 2011

Marry You ! :)

Assalamualaikum !


Ngehehe . Pernah dengar lagu Marry You by Bruno Mars ??? hik hik . So , bagi yang tahu , mari kita menari macam ni . ow yeah ! hik hik . Em , sebelum tu , entry kali ni ala-ala Cik Bidadari ! Ada gambar gerak-gerak gitu . hee . Jom kita ber-dan-cing ! omo !




It's a beautiful night ,


We're looking for something dumb to do ,


Hey baby , 


I think I wanna marry you !


Is it the look in your eyes ,


Or is it this dancing juice ?


Who cares baby ,


I think I wanna marry you !




Cuba teka mana Bruno Mars ??? hik hik .


whOoooo ! syiokkkkk ! okeh , tu je untuk kali ni . hik hik . Bock with Bruno ! ow yeahhh ! #BrunoMars


p/s : sory pasal entry sebelum ni . omo ! soryyyyy . humm :(


Jun 3, 2011

Keluar Malam .

Assalamualaikum .

Membebel membebel membebel . omo ! Siapa yang suka dengar bebelan ? Tak ade sape pun yang suka , tahu ? Meskipun bebelan terbahagi kepada beberapa kategori , tapi stillll "bebelan" . uhh . Pagi petang siang malam membebellllll je . itu busuk tahu ?

Selalu aku tengok dalam tv , mak membebel dekat anak yang kuat hisap rokok , kuat melepak dengan member ngan ambik dadah . pui . Lepas tu anak die cakap kurang ajar dengan mak die . Tolak mak die sampai jatuh , kepala mak die terhantuk dekat bucu meja , mak pengsan lalu meninggal dunia . Ending cerita tu , anak tu menyesal bila dah tua , die ade anak , anak die pulak tolak die , terkena bucu katil plak , kepala berdarah , meninggal . Macam tu lah jadi , sampai generasi-generasi akan datang keluarga diaorang . haa .


ahh abaikan .

Nasihat dengan membebel tu lain ke ? Mungkin cara penyampaian yang lain , tapi nasihat tu banyak cakap , pot pet pot pet , membebel pun banyak cakap , pot pet pot pet , kalau banyak cakap , maknanya samalah tu ! pfttt . Pernah bagi nasihat dekat orang ? Kalau orang tu tak nak dengar , still buat , maka seterusnya nasihat akan jadi bebelan ! Membebel sampai lenguh mandibular . tahu ? ouh , Mandibular tu tulang dekat mulut yang tolong mulut menggerakkan jaw . Bila orang nasihat , tak nak dengar , membebel lagilah tak nak dengar . Menyakitkan hati , tahu ? 


Satu hari , ko ade seorang kawan , die suka keluar tengah malam , bersosial , tengok bola , makan-makan , round-round naek kereta , berseronok-seronok , enjoy-enjoy . Ko dekat rumah . Time tu dah pukul 1 pagi . Ko tunggu kawan ko tak balik-balik , ko pun tido ahh . Tiba-tiba , terjaga pukul 4 pagi . Ko jenguk bilik kawan ko yang keluar malam tu . Eh , tak ade orang ? Tak balik lagi ke ? Risau tak ? Rasa benci sangat . Sebabnya , kawan ko macam orang jahat . Keluar malam-malam . Esoknya ada kelas , ada kerja kot . Kot ye pun nak enjoy , weekend sudah lah . Weekdays , stay lah dekat rumah . pfttt .


Setiap hari weekdays , kebanyakan orang akan bekerja di waktu siang , berehat di waktu malam . Namun , ada juga orang yang berehat siang , bekerja malam . Ikut jenis pekerjaan yang dia buatlah . Tapi , kebiasaannya orang akan busy-busy pergi kerja , pergi sekolah hari siang . Pukul 7 lebih , semua orang akan bersesak-sesak di jalan raya bahkan pukul 5.30 pagi pun dah ada orang bertolak untuk ke tempat kerja . Ye lah , mungkin jauh . Pagi-pagi tulah ada yang nak hantar anak , beli sarapan , kejar punch card , berebut parking , potong jalan orang , dikejar polis , tayar pancit , macam-macam . Tambah lagi hari Isnin , lagilah . Kelam-kabut .


So , tak kiralah pada sebelah malamnya orang tu balik kerja lambat ke , tido lambat ke , rumah terbakar ke , rumah kena pecah ke , enjoy malam-malam ke , keesokan pagi nya still kena bangun awal kena mulakan hari yang baru . Tak kesah lah tak cukup tidur ke apa . Hari esok mesti diteruskan . Tu yang aku tak paham tu . Bila tak cukup tidur , macam mana nak segar ? macam mana nak produktif ? macam mana nak majukan diri ? ganggu orang keliling , tahu ? Kerja tak siap , kerja tak bagus , tidur je . humm .


Kalau dah balik rumah 3-4 pagi , apa cerita bhai ? Lu student ke , lu pekerja makan gaji ke , lu doktor ke , ape ke , sebab ape lu balik rumah lambat ? Kerja ? Melepak ? Gua bukan nak menyibuk . Gua cuma ingin nasihat , tapi bila dah tak dengar nasihat , jadi membebel lahh kan ? Benci tahu ? Sepak muka laju-laju baru tahu .


Ape-ape hal pun , aku tau orang keluar malam mungkin ada urusan . Tapi tengoklah ape aktiviti yang kau buat ? Kalau tak berfaedah ? ape cerita ? Menyampah . Lepas ni aku malas nak dengar kau bagi alasan . Seronok-seronok la ape la , tak payah nak bangga kau keluar malam . Kau patut malu , tahu ? Laki ke perempuan , sama je . Tambah-tambah lagi perempuan . Malu . Astaghfirullah .


Dah , ha kan aku da membebel . erghh . pui . grrrr . pfttt . GERAM .
Okay lah , renung-renungkan . Sekian . 




p/s : aku cakap sebab aku sayangkan kau . tahu ? *berkerut dahi*