Dec 22, 2011

Haha ?

Assalamualaikum .



 Sekadar gambar hiasan . ohh !



" Hey you , go away . I've told you right , hold like this ! You're deaf or what ? urghh . " 


Bentak seorang perempuan cina lewat 30-an . Semua serba tidak kena dekat perut die . Itu salah ini salah . Dah buat ini , itu pulak salah . Urgh .

" Susah benar nak senangkan hati die ni " , bisik hati aku .


Dia terus menyumpah seranah . Habis semua orang nak di marahnya , baik MO , HO , nurse , medical students (ehem ehem) , lampu , forceps , ahhh semualah ! Tak paham aku perempuan sorang ni . ishhh .

Baru-baru ni (sebenarnya tadi) , aku adalah masuk satu Operation Theater (OT) ni , pergi tengok procedure sebab nak penuhkan log book . Lepas tu ade sorang surgeon ni , perempuan cine , mak aiii garang bebeno . Kecut perut mak . Bila dia masuk-masuk je , terus menyala api kemarahan dia . heh . Entah ape yang dimarahkan sangat tak tahulah aku . aish .

Tulah , bila dah kerja , jangan ingat semua orang yang kerja bawah kita kuli . Semua orang bekerja , semua orang letih , semua orang ada tanggungjawab seniri , semua orang ada keluarga nak tanggung , semua orang ada maruah . Bayangkan seorang pak cik yang bermisai tebal kena marah dengan Miss surgeon garang macam ni . Tak ke hilang macho . heheh . Semua orang ade hati dan perasaan Kak Surgeon . heheh . 

Lately ni ,  aku seakan-akan tidak mempedulikan Dry Skeleton Meeting . Sian die . Maaf ye , gua sibuk sikit lah . eheh . Posting berganti posting , exam berganti exam . Minggu depan aku dah nak masuk posting Surgery dah ni . aiseh , cepat gila posting Medicine berlalu . Dah tak naik dah la ward 8 . teehee .

Aku akan habis belajar lagi 2 tahun lebih (InsyaAllah) . Lepas ni kerja dohh . Dah besar rupanya . Padanlah masa dekat masjid haritu time lepas habis sembahyang ada sorang budak ni cium tangan aku . Aku tak dapat terima betullah . Aku bising dekat mak aku , lepas tu mak aku kate "terimalah hakikat" . Isk .

Eh ehh , nak tau macam mana aku boleh update ni ? haha . Macam ni . Aku yang sedang asyik di hadapan laptop tiba-tiba teringat yang aku ade blog ! Ehh ??! haha . Lepas tu ada 2 komen baru untuk entry lepas . Dah dekat sebulan kot aku tak update , tup tup ada 2 komen kena approve . frikikikiki . Terus buat new entry wo . haha .

Rindunya nak update hari-hari macam dulu-dulu . Ohh . *pejam mata pilu*


Okay ah , aku nak g belajar dulu . Aku tak nak nanti jadi seorang doktor yang mengancam nyawa pesakitnya . Ohh !! *insaf*


Sehingga ketemu lagi dong . 

I , I love u like a love song baybeh (3x) . 
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat !! (message tone kakak aku)





Sekian .






p/s : Berjaya update !! weehOoo !! *hati girang*


p/s 2 : ohh satu lagi , Doktor aku pesan , if ada apa-apa masalah , kena marah ke ape ke , senyum sahaja . It confuses people ! frikiki .





 

Nov 20, 2011

Duduk dan terfikir .

Assalamualaikum .








Satu bulatan mengahasilkan 360 darjah . Dalam dunia ni banyak benda yang berunsurkan bulatan . Jadi banyak bendalah yang ada 360 darjah . Ada jam tangan ? Cuba tengok jam tangan tu sikit , walau ape pun bentuk , jarum akan pusing bulat jugak kan ? dah kate satu bulatan 360 darjah , kenape tak baca jam ikut darjah ? Okay cuba , jam 1.30 darjah . haa . style ape . Manusia dah ubah bacaan darjah kepada bacaan jam , minit , saat . Ikut kesesuaian . humm . So , tak kiralah jam kau jam mahal ke , jam ciplak ke , jam jumpa ke , jam pasar malam ke , still guna cara baca yang sama kan ?


Jadi , setiap orang ada masa yang sama . 24 jam sehari . Sedar tak sedar jam tetap berjalan , macam jantung jugaklah . Kalau jam mati , masa pun terhenti , macam jantung jugak , kalau jantung  terhenti , kau mati . Selalu pakar motivasi cakap , orang yang berjaya ada 24 jam dalam sehari ,  macam semua orang yang berada di sini , jadi kenapa kita kata tak boleh berjaya macam mereka ? arghh . itu semua ayat pakar motivasilahh .


Kenapa 24 jam ? dah semua orang ada 24 jam dalam dunia ni , kau nak lain dari orang kenape ? aish . Setiap hari , ada waktu pagi , tengah hari , petang dengan malam . Masa tak berubah setiap hari . Setiap hari ade pukul 1.03 , 2.35 , 6.47 dan 9.38 . kan ? Orang dalam masa tu yang berubah . paham ? Tak kisahlah esok kau ada appoinment dengan Datuk Bandar ke , ada date ke , ade bed site teaching ke , ade cerita best dekat tv ke , masa tetap berjalan macam biasa . Kita yang adjust diri sendiri . Things change and people grow .


Argh dah mengarut benar dah aku ni .
Lain nak cakap , lain pulak yang keluar . haha . belasah je lah .


Baru-baru ni aku sembang dengan mak aku dekat dapur . hee . Mak aku kate , sekarang bila dah besar macam-macam orang kita jumpa . Ada yang ikhlas , ada yang bermuka-muka . Pengalaman  hidup yang buat kita dapat bezakan orang . It takes real eyes to realize real lies . hihi .


Tulis blog dah jadi macam berleter . maaflah . Masa dah suntuk ni . Aku perlu pergi dulu . ecehh . macam ayat dalam movie . Selamat memenuhi 24 jam kepunyaan anda dalam sehari dengan sebaiknya . Tingkatkat prestasi , kurangkan kontroversi , berdiri di atas kaki sendiri . hihi .


Sekian .




p/s : buat baik hari ini seakan-akan kamu akan mati esok hari . ok bye ! muahh .





Nov 14, 2011

Tulis .



Assalamualaikum .








Apa macam hidup sekaranggg ? Ada baek kah ? how how ? 

Wah , jam otak aku nak tulis entry baru ni . Rindu pulak zaman aku menulis blog setiap hari . Kadang-kadang siap perah otak nak cari idea , punya nya pulun nak update . kikiki . buruk perangai bukan ?


Aku sekarang dah nak habis posting paediatrics dah . Lepas ni posting lain pulak . Sayang pulak nak tinggalkan paeds . hee . Dalam posting ni aku memang dapat macam-macam pengalaman lahh . Ada yang dahsyat , ade yang wow , ade yang tragis . eheh . ape-ape pun group members aku memang superb ah . hikhik . muah untuk korang . 


Semenjak dua menjak aku tak tulis blog ni , macam-macam benda yang berlaku . ish ish ish *geleng kepala*


Banyak betul polemik yang melanda dunia keliling aku . Aku just perlu tengok , tengok dan tengok . Buat ape nak involve kan . Tengok pun jadilah , at least dapat update berita hot yang terbaru . hee . Aku tak paham kenapa kebanyakan polemik yang jadi keliling aku berkaitan dengan hubungan . Ada yang tinggalkan kawan sebab couple dengan ex-gilrfriend punya boyfriend , ada yang perempuan yang menjalin hubungan dengan perempuan yang menimbulkan syak orang , ada yang tak bercakap dengan roomate lepas tu bajet bagus , ada yang anggap housemate macam tunggul lepas tu balik rumah jalan mendongak kepala konon high class , ada yang kata berkawan dengan lelaki selalu disalah anggap oleh orang lain , ada yang buang arnab dalam semak lepas bangga-bangga dekat orang ada arnab , tengok dengan binatang pun ada masalah . Tak paham aku manusia-manusia ni .


Ape nak buat ? baik aku pergi clerk case dekat hospital daripada bertembung dengan orang macam ni . kannn . At least boleh gilap lagi skill ambik history dari patient daripada gilap skill mengumpat orang . kan ?


Bak kata orang , jalan menuju kematangan . eh ke jalan mencari kematangan ? eheh . Bila dah besar-besar ni , bila buat perangai orang pun meluat . Belajar entah ke mana , berkepit dengan jantan ke hulu ke hilir 24 jam . amboi mulut aku . heheh . astaghfirullah .


okay cerita lain .


Pernah satu hari time aku tengah basuh tangan lepas makan , tiba-tiba aku terpikir . Setiap manusia yang ada atas muka bumi ni lahir , membesar , bersaing , buat sesuatu untuk hidup , takpun buat sesuatu untuk merosakkan hidup , kaya ke miskin ke semua akan tua , lepas tu mati dengan cara baik atau cara tragis . setiap orang , benda tu pasti . serius aku pikir time basuh tangan . emm .


humm .


susah sebenarnya nak menulis bila lama dah tak update . argh urgh ergh .


okay cerita lain .

Baru-baru ni Redza Minhat dengan Tengku Mahkota Johor RT and reply tweet aku . haha . 


okay cerita lain .


free free pergilah ke sini . http://shafikahanani.tumblr.com/ . 
teehee .


okaylah okaylah . fikiran dah kusut cari idea . nanti aku cuba lagi .




sekian .




p/s : " God is the best listener . You don't need to shout nor cry out loud because He hears even the very silent prayer of a sincere heart . "




Oct 16, 2011

From Taiping with Love .

Assalamualaikum !








Hai !! *muka ceria*


Berkurun lamanya aku tak luangkan masa nak berblog . Busy tau . Tambah-tambah lagi sekarang aku da masuk phase 3A . Da start posting merata-rata , no more dekat Ipoh je . Perasaan bercampur baur , seronok + cuak + nervous + excited + scary mary + nak muntah + nak berak . Semua ada ! amma ! Ape-ape pun yang aku tau , bukan aku sorang je yang rasa , member-member batch aku yang lain pun sama kannn . Cobaan .


Untuk pengetahuan semua , sekarang ni aku ade dekat Taiping . Ye ye , sekarang ni , dekat Taiping . Aku kena posting paediatric (kanak-kanak) dekat Hospital Taiping . Dua minggu you ! Cuak tau . Rumah semua ada diprovidekan . Tapi paham-paham jelah , rumah yang digunakan dari senior , sampai batch aku guna rumah ni . Memang terbaek lahh kannn .


Aku tak kate rumah ni macam rumah hantu , eh rumah hantu ? hahaha . Ade sikit la . Kalau nak buat berlakon cerite hantu memang boleh la (muka serius) .Tadi time cari rumah dekat sini , harapan jelah lalu dekat rumah besar-besar . Susah tahu cari rumah ? Kitaorang last-last jumpa satu rumah ni . Tunggu sikit punya lama si Encik Tarmizi (tuan rumah) , tiba-tiba ada satu kereta charade aura dalam rumah tu menuju ke arah gate . Dia datang . Dia tanya cari siapa ? eh salah rumah ! cisss ! haha . Cari punya cari , last-last jumpa rumah yang betul . Siap ade pokok rambutan you . Banyak buah dia ! wah wahh .


Tengok dari luar , rumah ni kurang cantik lah kan . Well . Bila masuk dalam rumah ? haa , luas jugak . Ada 4 bilik kosonggg yang besar , toilet 3 . Humm bolehlah . Scary the mary jugaklah rumah dia sebab rumah ni besar , tapi barang-barang dia macam antik sket . Seram tau . Nak pergi bilik belakang ada laluan sempit pulak dah . Bersegi-segi rumah die . Dapur luas , bilik air luas , hall luas . Luas tu takdelah cantik sangat , tapi bolehlah untuk meneruskan kehidupan di sini . ecehh . 


Satu lagi benda scary mary yang aku jumpa dekat dapur ialah : kapak dalam almari . serius KAPAK . Sebenarnya kitaorang cari lighter , nak bakar ubat nyamuk . Bukak-bukak almari , jumpa KAPAK seh . haish . Terus tinggal dapur , cuaks . 


Tiba-tiba aku terbayang , entah-entah mak cik dan pak cik tu ada benda misteri yang diaorang sorok . Lepas tu lepas tu , aishhh . Tak mau tak mau . Tak baik bayang benda yang tak elok . Nilah pengaruh tv . humm . 


Tadi pergi hospital kejap , pergi ward neonatal ( Baby baru lahir ) . Masuk dalam tu macam timbul rasa sedih dan sayu , bila baby yang ade duduk dalam incubator , photo therapy (lampu yang biru tu) , ada parents yang tengah jaga anak dengan muka sedih , serius rase sayu . Esok dah nak start posting . Nervous . Semoga semuanya lancar .

Aku ni , bila datang sini baru nak update . Tak boleh blah bukan ? Nak buat macam mane , bila aku tengok surrounding rumah ni aku rasa macam nak menulis , serius rumah ni macam seram sikit , tapi bagi idea . heheh .


Tak sangka dulu belajar dekat sini , sekarang aku datang sini lagi untuk posting dekat hospital . Dah besar anak mak . hehek . Okaylah , insyaAllah kalau ade mase nak update lagi , aku update !! yeahh .


Mengantuk nye . humm .
Sekian .




p/s : semoga tak ade kejadian misteri dalam rumah ni , macam dalam drama . hihihi . Love ya ! muah !! :)



Sep 21, 2011

Pak Cik Rumah Mayat yang Sengal sekali .

Assalamualaikum .

gedebung gedebang gedebung gedebang . jadual aku update blog dah jadi macam orang selsema tak jumpa tisu ! huru-hara tahu ? ish ish .

Aku ade cerita ni nak cerita . wuu wuu . *angkat kening banyak kali*

Begini .

Satu petang yang indah aku dan rakan-rakan ada kuiz Pathology yang sungguh cool di abad ini . Makanya , lambat sampai , parking bapakk ah punye penuh sampai terpaksa parking dekat satu kawasan yang nak kata seram tu , takdelah sangat sebab siang . Dekat sebelah bilik mayat hospital . wuu wuu *angkat kening banyak kali lagi*

Gedebung gedebang gedebung gedebang . Kuiz dah habis . Makanya mahu pulang ke rumah . Sampai-sampai je dekat kereta yakni bersebelahan bilik mayat , kami semua terpaku dan terkesima . " Allahhh ! " haaa . Kereta . haa kereta tu , ha kereta tu tuu . nope bukan kereta mayat , tapi kereta viva block dekat sebelah kiri kereta , kanan kereta ada tembok batu , belakang ade kereta Atoi eh Atoz . Acane nak keluar ?

Kitaorang yakin tuan empunya kereta konfem-konfem ah orang hospital . Lalu , kami pergi jengah dalam kereta yang block tu . Konfem . Ada surat-surat Kementerian Kesihatan . Aisehh . "Mungkin orang yang kerja dalam bilik mayat kot" , getus hati kami .

Aku dan sorang member aku merangkap tuan empunya kereta pun melangkah ke arah rumah mayat . Bukan nak hantar mayat , tapi nak tanya kereta siapa yang block . Sampai-sampai dekat kaunter :

"Assalamualaikum pak cik , em nak tumpang tanya " , muka pak cik dua orang tu nampak pelik . Kitaorang tak bawak mayat pun . Apahal lah budak-budak ni .

Maka keluarlah pak cik MA berlebai , muka kekerekan terserlah . Aduhh . Cane nak handle pak cik ni .

" Ha , apahal korang ni ? " pak cik tanya dengan kerek .

" Ha . kitaorang parking dekat situ , tiba-tiba ada kereta block . tak leh nak keluar la pakcik . Agak-agak pak cik tahu tak kereta sape tu " tanya kami dengan sopan .

" Yang korang pegi parking situ tu apahalll ? " pak cik meninggikan suara , muka kerek seperti menahan gelak pun ade .

" Tadi nak cepat pak cik , terpaksa parking situ " .

" heh , tak boleh parking nak parking . haish . Orang kereta ni keluar (Atoz) , orang kereta ni pun keluar (viva) . try je lah keluar . Langgar jelah kereta belakang ni . Die gerak , kamu boleh keluar" , pak jawab dengan kerek sekali .

" umm , tak pe lah pak cik . saya cuba keluarkan " .

Kawan aku masuk kereta , kitaorang stay dekat luar . nak bagi arahan ke tepi ke tengah ke kanan la bagai . Tengah syok bantu kawan aku adjust kereta . Tiba-tiba , twit twit . 

Kami terpaku . Pak cik tadi tekan alarm kereta belakang , kereta Atoz tadi tu . OMG OMG ! Kereta Atoz belakang tu kereta dia wehhh ! grrr grrr grrr .

" Annoying nye pak cik ni ! " member aku jerit . hahahahahahaha . nasib pak cik dah masuk kereta . Pak cik tu pun ubah kereta . Kitaorang cakap terima kasih dekat pak cik tu dari dalam kereta . "terima kasih pak cik !" Nak tau pak cik tu buat apa ? Dia pergi hon banyak kaliiiii !! aaaaaaaa . Rasa nak gunting lebai pak cik tu lepas tu pijak kaki dia . Muka kerek dia tak boleh blahhhh . *jerit*

Lepas tu , dia terus ambik tong sampah biru yang besar tutup belakang kereta dia . Busuk sungguh .

Dalam kereta sakit perut gelak bila ingat ape yang jadi . Pak cik sengal . hahaha . Geram tahu ? ih ih ihhh . huh . Tak sangka pulak dia nak mengusik kitaorang . Muka kerek , sape tak takut ! 


okaylah , pengajarannya : jangan parking dekat rumah mayat okehhh !


Sekian .
mwuah .




p/s : Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai . eh ape kaitan ?