Aug 27, 2011

Raya pun Tiba .

Assalamualaikum .








Sebulan berlalu . Iklan raya dah makin banyak dekat tv . Rancangan tv untuk raya pun banyak dah tayang , semua dah pernah tengok . Bosan . Persiapan raya dah hampir lengkap semuanya . Kuih tunjuk-tunjuk , kek beli-beli , baju tempah-tempah , langsir panjat-panjat , carpet baru-baru . Wow . Sampai tak sedar masih dalam bulan Ramadhan . 


Makanya aku ingin meneruskan tradisi turun temurun untuk meminta maaf . Maaf jika aku ada terkasar bahasa , tersilap bicara . muah . XOXO .


Ada kawan non muslim aku tanya , apa maksud maaf zahir dan batin . Aku pun bagitau Maaf Zahir maksud maaf atas kesilapan luaran , Maaf Batin maksud maaf atas kesilapan dalaman . Seraya beliau berkata : Maaf Batin . *aku teruja*


Raya raya jugak , ingat jangan nak tambah statistik Opsss ! accident aka Ops Sikap time bawa kereta . Tak mau tak mau . Bawak kereta elok-elok . *senyum*


Terimalah pantun dari aku :


                                Bujang senang nama buaya ,
                                Selamat hari raya .


                                Suriram nama anak tok batin ,
                                Maaf zahir dan maaf batin .


Okaylah . Raya elok-elok .
Sekian .




p/s : Duit raya mana ? *juling*



Aug 19, 2011

Satu Hari Aku Berkerut .


Assalamualaikum !




Satu petang , aku tinggal seorang di rumah . Housemate aku semua keluar , ade yang pergi clerk case , ada yang pergi dating dan ada yang merayau-rayau . Hari cuti , biasalah . Makanya tinggallah aku seorang di rumah , menanti ketibaan parents aku yang datang untuk berbuka puasa bersama-sama .

Memandangkan waktu masih awal untuk aku mula bersiap , aku merebahkan diri sebentar . Penat jugak sebenarnya duduk di rumah sepanjang hari . Lebih baik busy dengan class sampai petang , tak sedar masa berlalu dengan pantas .


Hampir-hampir lena . Tiba-tiba aku terdengar tombol pintu bilik aku seperti dibuka . Siapa doh ? aku sorang-sorang kottt dekat rumah . Masa tu , muka aku ditutup dengan bantal , yelah cahaya matahari dari tingkap terpancar baik punya dekat mata aku , silau tahu ? Aku jadi ragu-ragu nak angkat bantal dari atas muka . Dalam hati cuak tahap dewa .


Aku masih keras kaku terbaring di atas katil . Otak aku ligat terbayang 2 orang pencuri menerjah masuk ke bilik aku . Dua-dua bertopeng hitam , seorang menghunus pisau sebagai tanda ancaman . Nak mencuri ? Almaklumlah rumah students , ape yang ade , laptop jelah . heh . Mungkin pencuri tu ingat rumah aku tak ade orang tapi bila nampak aku tengah syok tido diaorang jadi terkejut dan panik . ohh !


Sekarang ni banyak kes samun dan bunuh , dekat Ipoh pulak tu . Aku yang memang kuat berimaginasi ni memang sukalah terbayang macam-macam benda . Berbalik kepada aku . Dalam hati aku rasa nak sangat angkat bantal yang tutup muka . Macam mana kalau pencuri tu nak curi barang je , tapi sebab mereka tengok aku yang terjaga dari tidur lepas tu menjerit mengalahkan mak lampir , aku ditikam . Arghh .


Aku tak nak masuk berita dan di post mortemkan di hospital Bainun . arghh . Macam-macam benda aku terbayang . Aku beranikan diri . Jantung laju berdegup . zasss ! Bantal diangkat , aku segera duduk sepantas kilat . Ahh , perasaan kau je la gila . Aku sengih sorang-sorang . Sehari cuti sampai jadi gila ? aish .


Tapi , macam mana kalau aku betul-betul berhadapan dengan situasi macam tu ? Ape tindakan aku ? *muka berkerut*

Eee takutlah .
Sekian .




p/s : eh dah dekat cuti raya tapi exam final pun dah dekat jugak ! eh eh ehhh ! 







Aug 16, 2011

Lihat .

Assalamualaikum .

Bila lama tak update rasa nervous pulak . hah .

Semenjak aku posting medicine ni , nak kate busy sangat pun memang busy , tambah-tambah lagi puasa kan . haa . Balik kelas petang-petang tu memang tumbang ah . haha . Tapi kan , dalam banyak-banyak posting , posting medicine lah yang memerlukan kita untuk berfikir sedikit . humm . Gaya doktor mengajar pun lain sikit . Pendek kate memang lain gilalah dengan Surgery . heh , tak abis-abis dengan Surgery . :p


Bila dipikir-pikir balik , sekarang aku dah 3rd year . InsyaAllah lagi 2 tahun aku abis . Lepas tu melangkah ke alam houseman , kerja . Dah tak ade pergi pergi kelas dah . Celik mata , kerja kerja dan kerja . Bayangkanlah dari tadika , sekolah rendah , sekolah menengah , matrix , medicine school , dekat 18 tahun jugak aku belajar , dikelilingi dengan ilmu . Cuma tahap dan pembahagiannya je yang berubah . humm .


Aku rasa bilangan tahun untuk sekolah rendah tu lama sangatlah - 6 tahun kot . Dari umur 7 tahun sampai 12 . Lama woo . Lepas tu sekolah menengah lagi 5 tahun . Jumlah tahun untuk sekolah yang wajib pergi dah 11 tahun . Kalau pergi sekolah tu tau nak main je memang sia-sialah kann . Tapi aku masih tak paham kenapa still ada budak-budak remaja yang nak berhenti sekolah . Nak kata hidup susah , sekarang ni banyak je bantuan . Malas ? atau once dah pernah kerja , pegang duit jadi seronok ? humm .

Dulu time sekolah sekolah , kita tak fikir kita akan jadi macam ni sekarang . Perwatakan kau berbelas-belas tahun dulu konfem-konfem lah lain kan . Gila apa kalau tak ade perubahan . Kau yang dulu mungkin seorang yang skema , berdisiplin sangat macam LDP (pftt) , tak kenal dunia , cakap sopan-sopan sahaja . Kau yang sekarang mungkin suka keluar malam , pandai menipu , cakap kalau tak ade word kurang ajar yang keluar dari mulut tak sah . ahh teruk betul .

humm .

Aku tak pasti apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya . Dah kata tadi kan , nervous ! arghhhh . *tarik rambut*


Dah , tengok gambar ni :




geli tahu ?

Okay tu je . chaw .

Sekian .

p/s : serius aku nervous ! arghhhhhh . 






 

Aug 7, 2011

PUAS a .



Assalamualaikum & yo my friends !





You tak puasa , pergi jauh-jauh !




Baru seminggu puasa , orang dah pasang lagu raya . Bila sebulan puasa , tak sabar sangat nak raya . Bila sebulan raya , tak sanggup nak berhenti raya . Bila dah henti raya , tangguh-tangguh nak ganti puasa . Bila dah lama tak puasa , cakap rindu nak puasa . Bila dekat-dekat puasa , baru sedar eh banyak lagi tak ganti puasa ! woha ! 


Orang ramai cakap , hormatilah bulan puasa . Artis cakap , bulan puasa tak payah la pakai sexy-sexy sangat . Orang jual kuih cakap , bulan puasa kena banyakkan bersedekah . Remaja cakap , bulan puasa kena kurangkan lepak bro . Budak kecik cakap , bulan puasa kena jadi baik kalau tak takleh raya . Kawan cakap , almaklumlah bulan puasa kannn . Datuk datin cakap , bulan puasalah bulan di mana kita berpeluang berkongsi rezeki dengan yang memerlukan . Aku plak cakap , bulan lain ?


Bila pergi terawih , ramai jugak orang bawak anak-anak datang , datang bagi anak-anak jumpa kawan-kawan sekolah , boleh jugak buat meriah time orang terawih . heh . Mak cik - mak cik pun sakan menjeling budak-budak yang cuba memeriahkan suasana . Tak lupa pak cik - pak cik yang turut meninggikan suara kerana melarang budak-budak yang terlampau memeriahkan suasana . Sakit hati makciks dan pakciks . ohh .


Ouh , tak lupa juga bila petang . Aha . Bila time nak berbuka dah dekat . Hujan ribut taufan Helena sekalipun penjual-penjual bazaar tak perlu risau . Pasti ada orang yang datang . Berpayung , bertopi keledar , berasak dan berhujan lagi . Tidak mengira bangsa , gagasan 1 Malaysia berjaya di sini . Beli makanan 'tunjuk' lagi senang kata orang ramai . Untung Orang Ramai (UO) . Bila beli , siap complete set untuk berbuka dan bersahur . 2 in 1 lah katakan . Ada jugak orang yang jumpa hidangan bersahur terlebih dahulu berbanding dengan hidangan berbuka . emh emh . *geleng kepala sambil tutup mata*


Beginilah bulan puasa untuk masyarakat Malaysia . Saban tahun , saban bulan , saban puasa , saban raya . Sama saja . Ni belum masuk bab dekat nak raya . Setiap tahun isu sama . Benda yang sama . Rumah tu sampai orang kata dah ter overloaded dengan barang . Sumbat jangan tak sumbat . Kalau raya puasa je tak apelah , ni raya cina , raya india , raya kristian dan raya-raya orang lain sibuk jugak nak beli barang . Nah , gagasan 1 Malaysia berjaya lagi di sini . ohh .


hah , okaylah . Hypothesisnya di sini , Semakin lama hidup , Semakin banyaklah perubahan yang perlu kita buat . Inferencenya , Perubahan perlu kerana kita tidak mahu sentiasa berada di takuk lama . 


Sekian .




p/s 1 : banyak betul jenayah samun dan bunuh dekat Ipoh . cuak tahu ?


p/s 2 : eh dah buat baju raya ? (muka riang)


p/s 3 : tahun ni tak de ke Riang Ria Raya bersama Nestle Cornflakes ? aumm !


p/s 4 : jangan jadikan puasa alasan untuk MALAS ! arghhh .


p/s 5 : ok bye . hikss .




Aug 3, 2011

M to the O .

Assalamualaikum !

hey hey hey ! Amcam dah puasa beberapa hari ? Eh , puasa tak ni ? haa . Bilangan hari puasa menyamai bilangan hari aku posting medicine . humm . Hati masih tertinggal di ward surgery . Bukan aku sorang je , ramai member aku yang sekarang posting medicine rasa macam aku . 6 minggu kottt . humm . Kena biasakan diri dengan cepat . Bahaya kalau angau dengan surgery lama-lama ! hee .


hah , aku ade story mory ni . Pasal sorang MO lelaki berkemeja pink di ward medicine . hihi .

Begini , satu petang aku dan seorang member clerk patient untuk bed side keesokan harinya . Maka setelah berjalan dari ward 7A , 7B dan 5B kami pun jumpa sorang uncle yang agak ramah . Tanya punya tanya soalan , tiba-tiba seorang MO (Medical Officer) usha kitaorang dari jauh . oh damn .


Kitaorang pun buat derk je meskipun kami tahu ada sesuatu yang tak kena di situ . Kitaorang bergerak dari history taking ke general examination . trekkkkkkkkk tutup tirai . MO yang tadi tu sibuk nak join sekali . hah sudahhh .

Tiba part Jugular Venous Pressure (JVP) , dia mula bersuara . ah sudah . Dia tanya apa characteristics untuk JVP . arghh damn ! damn tahu ?

Cuak syial , kami berpandangan sesama sendiri memerah otak . Bapak ah , ini MO memang kasi gua panas . haha . Then , dia pun cakap . I pun tak ingat . Dia bawak keluar ipad . Type-type baca . Kitaorang teruskan dengan general examination terhadap patient . 


Tak lama lepas tu , dia bersuara lagi . Ha cepat bagitau . Oh damn . Kacau . Mentang-mentang dah check dalam ipad (cakap dalam hati) . heh .

Jawapannya :  


1) located between head of sternocleidomastoid , 
2) Double pulsing , 
3) invisible but not palpable , 
4) abdominaljugular reflux 
      - it can be stopped by occluding the internal jugular vein by lightly pressing against the neck .
5) reduced by respiration 

Encik MO cakap lagi , tu soalan favourite tu . huh . yelah Encik MO . thanks . Patient aku blurr-blurr je . Nasib baik dia tak cakap ape-ape . Time aku baru posting medicine jugak la dia nak tanya macam-macam . Takleh blah . Kami baru masuk medicine Encik MO . hah . ape-ape pun , konfem ingat sampai bila-bila lahhh . haha . Padan muka aku .

okaylah . selamat meneruskan perjuangan melawan nafsu dalam bulan Ramadhan ! muah !
Sekian .

p/s 1 : Pahala setiap amalan sunat dalam bulan puasa bersamaan pahala amalan fardhu .

p/s 2 : pahala setiap amalan fardhu di upgrade bersamaan 70x amalan fardhu .

p/s 3 : Puasa jangan tak puasa ! woha !

p/s 4 : Nanti ade bedside dengan doktor garang ! RAWR ! :p





 

Aug 1, 2011

Oh Puasa .

Assalamualaikum .


Alhamdulillah , masih bernafas .


*tarik nafas panjang*


Tak sangka tahun lepas , arwah nenek aku berpuasa bersama-sama kami . Tahun ni , dia dah tak ada . Semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama orang beriman . Tak rasalah nasi ulam , nasi jagung , kerepek gunting , kari daging , ahh banyaklah masakan arwah nenek aku yang memang best . sobss . Tahun depan entah merasa ke tidak aku berpuasa .


Dulu , bila start bulan puasa , sehari sebelum tu orang sibuk kejar ayam , sembelih , kukur nyor , perah santan , siapkan awas-awas , pukul 4 pagi bangun buat rendang ayam untuk bersahur . Beria-ria gila bila hari first sahur .


Sekarang , bila start puasa , sibuk beli lauk siap-siap untuk bersahur . Paling cikai pun beli ikan masin , telur masin , bagi lalu bersahur . Mungkin ada yang masak megi je . humm .


Itu mujur bangun sahur . haih .


Mungkin zaman sekarang semua benda dah jadi senang . Tapi ape-ape pun , janganlah tinggalkan benda sunat . Sahur . Barulah berkat tahu ?


Okaylah okaylah . Memandangkan hari esok dan seterusnya kita dah berpuasa , Selamat berpuasa ! Semoga puasa tahun ini lebih diisi dengan benda berfaedah . Jangan hangat-hangat taik ayam je . Okay ? hee .


Sekian .


p/s 1 : Ade sesetengah orang hari 1st puasa dah tak boleh puasa . HAHA . :D


p/s 2 : nah lafaz niat sebulan : نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


p/s 3 : lafaz niat puasa : نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى