Aug 7, 2011

PUAS a .



Assalamualaikum & yo my friends !





You tak puasa , pergi jauh-jauh !




Baru seminggu puasa , orang dah pasang lagu raya . Bila sebulan puasa , tak sabar sangat nak raya . Bila sebulan raya , tak sanggup nak berhenti raya . Bila dah henti raya , tangguh-tangguh nak ganti puasa . Bila dah lama tak puasa , cakap rindu nak puasa . Bila dekat-dekat puasa , baru sedar eh banyak lagi tak ganti puasa ! woha ! 


Orang ramai cakap , hormatilah bulan puasa . Artis cakap , bulan puasa tak payah la pakai sexy-sexy sangat . Orang jual kuih cakap , bulan puasa kena banyakkan bersedekah . Remaja cakap , bulan puasa kena kurangkan lepak bro . Budak kecik cakap , bulan puasa kena jadi baik kalau tak takleh raya . Kawan cakap , almaklumlah bulan puasa kannn . Datuk datin cakap , bulan puasalah bulan di mana kita berpeluang berkongsi rezeki dengan yang memerlukan . Aku plak cakap , bulan lain ?


Bila pergi terawih , ramai jugak orang bawak anak-anak datang , datang bagi anak-anak jumpa kawan-kawan sekolah , boleh jugak buat meriah time orang terawih . heh . Mak cik - mak cik pun sakan menjeling budak-budak yang cuba memeriahkan suasana . Tak lupa pak cik - pak cik yang turut meninggikan suara kerana melarang budak-budak yang terlampau memeriahkan suasana . Sakit hati makciks dan pakciks . ohh .


Ouh , tak lupa juga bila petang . Aha . Bila time nak berbuka dah dekat . Hujan ribut taufan Helena sekalipun penjual-penjual bazaar tak perlu risau . Pasti ada orang yang datang . Berpayung , bertopi keledar , berasak dan berhujan lagi . Tidak mengira bangsa , gagasan 1 Malaysia berjaya di sini . Beli makanan 'tunjuk' lagi senang kata orang ramai . Untung Orang Ramai (UO) . Bila beli , siap complete set untuk berbuka dan bersahur . 2 in 1 lah katakan . Ada jugak orang yang jumpa hidangan bersahur terlebih dahulu berbanding dengan hidangan berbuka . emh emh . *geleng kepala sambil tutup mata*


Beginilah bulan puasa untuk masyarakat Malaysia . Saban tahun , saban bulan , saban puasa , saban raya . Sama saja . Ni belum masuk bab dekat nak raya . Setiap tahun isu sama . Benda yang sama . Rumah tu sampai orang kata dah ter overloaded dengan barang . Sumbat jangan tak sumbat . Kalau raya puasa je tak apelah , ni raya cina , raya india , raya kristian dan raya-raya orang lain sibuk jugak nak beli barang . Nah , gagasan 1 Malaysia berjaya lagi di sini . ohh .


hah , okaylah . Hypothesisnya di sini , Semakin lama hidup , Semakin banyaklah perubahan yang perlu kita buat . Inferencenya , Perubahan perlu kerana kita tidak mahu sentiasa berada di takuk lama . 


Sekian .




p/s 1 : banyak betul jenayah samun dan bunuh dekat Ipoh . cuak tahu ?


p/s 2 : eh dah buat baju raya ? (muka riang)


p/s 3 : tahun ni tak de ke Riang Ria Raya bersama Nestle Cornflakes ? aumm !


p/s 4 : jangan jadikan puasa alasan untuk MALAS ! arghhh .


p/s 5 : ok bye . hikss .




13 comments:

  1. nice one sis! hehe. selamat berpuasa! :)

    ReplyDelete
  2. biasa la..puasa as melayu, bukan puasa as islam

    ReplyDelete
  3. cik yang sakan beraya thn nih wehh,hua3.....

    ReplyDelete
  4. I taak gitu,smuenye serbe sederhane je..ade stngh org tu smue nk plih bende2 mhl,layan je la..melayu kn mudah lupe!

    ReplyDelete
  5. aishh....cik yang yang sakan tu pun ikutkn aje...hehe...

    ReplyDelete
  6. jgn pontng puasa ya? ok serius akak terasa... huhuuuhuhuhu.... .

    p/s: adikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... windu dia

    ReplyDelete
  7. hahaha betul2..td baru je amik lagu raye dr kawan..layan
    hehe lawak papan tanda tu.hehe

    ReplyDelete
  8. puasa ni asyik ngantuk jek . sigh~

    ReplyDelete
  9. bulan posa:
    pahala = banyak
    jenis2 makanan = banyak
    mercun = banyak
    sale = banyak
    kerenah = pon banyak

    kesimpulannya..bulan posa bulan yg kaye ngan segala-galanya

    ReplyDelete