Assalamualaikum .
Malam semalam , aku tengok satu program ni . Fadzilah Kamsah host die , tetamu jemputan Sharifah Syahira dengan mak mentua die Maria Arshad . Aku rase dah banyak kali die ulang tapi , baru semalam aku sempat tengok . Diaorang berdiskusi pasal hubungan mak mentua dengan menantu . Topik ni mungkin x layak untuk aku ulas tapi aku nak kongsi satu cerita nih .
Time aku tengok rancangan tu aku teringat satu kesah , watak-watak adalah seperti di bawah :
Puan Min : seorang ibu . telah meninggal dunia .
Kak O : menantu sulung Puan Min . seorang yang bongkak .
Abang Mat : anak Puan Min . takut dengan isterinya iaitu Kak O .
Kak Chik : Anak perempuan Puan Min .
Wa : anak bongsu Puan Min .
Azwa : isteri Wa . biras Kak O . menantu kesayangan Puan Min .
Kak Sal : Kakak Kak Chik . anak Puan Min .
ahh pening aku . Okay , ceritanya begini ....
Di satu kampung ada seorang janda tua bernama Puan Min . die mempunyai anak bernama Mat , Chik , Sal dan Wa . Menantunya pulak O dan Azwa . Azwa menantu kesayangan Puan Min . Dialah yang menguruskan kesihatan dan segala perihal Puan Min . Meskipun keluarga mereka nampak bahagia secara luaran , namun terdapat satu perselisihan faham antara biras . Biras yang paling tualah , siapa lagi kalau bukan si O tu .
Nak dijadikan cerita , satu hari Puan Min ditimpa saket . macam-macam yang jadi . Dengan menantu sulung yang asyik nak orang ikut telunjuk die je , anak-anak yang berbelah bahagi nak jaga emak , Cucu-cucu yang tak guna , macam-macam .
Di hospital , Kak O dengan bongkaknya berkata :
" Mak , O x kesah nak keluarkan duit banyak mana pun . Asalkan mak sehat . O sanggup jage mak . Duit laen cerita yang penting mak sehat . duit boleh cari , mak sorang je ade . "
Perlu la ulang banyak kali . nak bagi semua orang dengar ? Pui ! cakap x serupa bikin . nak jaga mak konon . piraaahhh . tanam tebu di tepi bibir betui la . x guna .
Beberapa bulan yang lepas , Puan Min telah meninggal dunia . Jenazah telah dibawa pulang dari Taiping ke Kuala Kangsar . Ketika Puan Min meninggal dunia , arwah berada bersama anak bongsunya Wa dan menantu kesayangannya Azwa . So , mereka ni lah yang menguruskan jenazah Puan Min untuk dibawa pulang .
Di rumah Puan Min , ketika jenazah baru tiba dari Taiping , Kak O mula bersuara .
" Kak Chik , barang kemas mak semua ada kat sape ? dekat kamu ke ? "
" ha a . kenapa ? " , tanya Kak Chik .
" haa , barang kemas tu hak kamu . Kamu yang jaga mak teruk-teruk . Rantai tu kamu amek la . satu lagi cincin bagi dekat Kak Sal . kamu 2 orang je anak perempuan mak "
Kak Chik berasa rimas dengan apa yang diucapkan Kak O . Jenazah Puan Min baru sampai ke rumah , namun die sibuk dengan pembahagian barang kemas mak . Dia bukan siapa-siapa pun . Menantu je pun . Sibok je , bajet caring sangat le teww . nyampah .
Pada hari pengkebumian , ketika semua orang sibuk membaca Yassin untuk arwah , Kak O 'menyibukkan' dirinya . time tu la ade call dari anaknya , Manja . x padan dengan jantan nak panggil Manja .
" ha , sayang mak dekat mana tu . owh . jaga diri baek-baek . mak risaukan kamu . ingat pesan mak ni , jage diri baek-baek . " suaranya yang lantang mengalahkan jemaah yang sedang membaca Yassin . Pesen suka menunjuk dia sayang anak le teww . eyurksss . x perlu la kot nak menunjuk gitu . x hormat orang namanya . Ci bace Yassin ke , dapat jugak sedekah dekat arwah .
Si Kak O ni memang anti bebenor dengan Azwa . yelah , Azwa ni menantu kesayangan Puan Min . Cantik , bergaya , bijak , pandai ambik ati . x macam die . mengarah orang je tau . haish . pendek kate , semua orang nak kena dengar arahan die . Pfttt .
Itu cerita ketika Puan Min masih belum dikebumikan . Belum lagi cerita selepas dikebumikan . Kak O yang berkuasa tu pergi serang rumah Puan Min yang tak berpenghuni dah tu . Die pergi kutip semua barang dalam rumah , lepas tu bagi dekat Kak Chik . kononnya dia tu kakak ipar yang sejati .
" Kak Chik ambik semua barang mak ni . Kak Chik yang layak " , kata si Komandor O .
Harta-harta Puan Min semua die nak control . woi , x tau ke dalam Islam ada Faraid . semuanya dibahagikan sama-rata . Tuhan dah tentukan . yang kau nak pandai-pandai guna arahan sendiri tu apahal . bukan anak-anak yang buat keputusan , tapi kau . kau siapa ?
Apa yang pasti , semua tindakan Kak O adalah kerana sifat iri hatinya kepada Azwa . Segala barang kemas dan barang-barang Puan Min diserahkan kepada Kak Chik dan Kak Sal sebab die x nak semuanya jatuh ke tangan Azwa . busuk hati sungguh . Si Azwa pun x hengin la . Dia ikhlas jaga mak mentuanya .
Ape-ape pun , aku x sangka . ingatkan dalam tv je ade cerita biras gaduh-gaduh ni semua . X sangka dalam real life pun ade . Apelah nasib badan dapat biras macam Kak O tu yek . merana hidup . adoi . Aku rase die tu elok digelar OBJ . Orang Besar Jajahan . nak orang je sembah die . haih , tolong la . Aku yang orang luar ni pun boleh nampak siapa yang betul siapa yang salah . obvious kot .
tolonglahhh sedar Kak O oi ! F you .
normal lah kot cerita mcm ni bg keluarga yg ada menantu yg bajet nk control harta org..kalo kt dlm drama kompem last2 menantu dia tu dpt balasan..kn?kn?
ReplyDeletexpe la kan,Tuhan ade,Allah melihat segalenye..Allah kn Maha Pengasih Dan Penyayang..Segale perbuatn mesti ade balasannye..
ReplyDeleteperempuan ni klu x gaduh xleh ke? haish.. pening..
ReplyDeletecerita ni x abis lg kan?
ReplyDeletebelum tahu penghujungnya..
tp mmg sungguh teruk itu perempuan...
aku kenal jenis menantu pesen gini.
ReplyDelete*senyum*
weh, x penah la pulak tgk menantu jahat dok p bagi harta mak mertua kat ipar2 dia, kalau yg dia balun sengsorang ade la. huhuhu
ReplyDelete*ke aku dah ketinggalan zaman dek xda tv d umah Ipoh? argh !
cik zaza : tu lahh . kannnnn !
ReplyDeletemrsanggun : hanya Allah yang tau segala-galanya . Dia yg berkuasa . kita tunggu dan lihat blsn buat si O .
heidi syafiq : hahah . ko anti perempuan ke weh ? :D
padlie : ha a . x abis lagi . ape la pengakhirannye kan . ye , itu perempuan tersangatlah jahat .
HEROICzero : tu lah . pesen bangge diri . ye dak ? *membalas senyuman*
dayah : haha . ni menantu zaman sekarang . alah hantu kot . *eh xde tv ? woha !