Mar 22, 2011

List !

Assalamualaikum .


Semenjak cuti ni , aku kurang bergaul dengan dunia luar . Bukan katak di bawah tempurung , tapi duduk dekat rumah lagi stylo menurut aku . hee . Maka , aku telah menjadi pemerhati yang baik . ehh ??! Begini , menurut pemerhatian :


1 - Kaum XY lebih gemar mengeluarkan kata-kata kesat berbanding kaum XX .


2 - 9 daripada 10 rakyat Malaysia mula memakai jersi bola Malaysia selepas kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki .


3 - Kebanyakan filem di Malaysia lebih bercorakkan cerita seram dan jenaka berbanding filem bercorak aksi , kontroversi dan animasi . bosan .


4 - 7 daripada 10 rakyat Malaysia lebih gemar mengutuk drama Melayu meskipun menjadi penonton setia drama terbabit .


5 - 8 daripada 10 penduduk Malaysia mengambil nasi sebagai sajian utama , selebihnya lebih gemar makanan pantas , berdiet , tidak berduit dan mengikat perut .


6 - 2 daripada 10 rakyat Malaysia tidak menyedari pengambilan Calcium yang bergantang banyaknya tidak berguna tanpa pengambilan vitamin D yang membantu penggunaan dan penyerapan Calcium .


7 - Hampir 50% perempuan bertudung di Malaysia gemar memakai tshirt berlengan pendek dan berseluar kaki kecik .


8 - Hampir kesemua pelajar IPT gemar mengutuk PTPTN .


9 - 95% rakyat Malaysia gemarkan Korea . plastik !


10 - 70% remaja Malaysia gemar bercakap mengenai politik , mengutuk dan membela sesuka hati , padahal masih tidak layak mengundi . pui .


11 - Trend keluarga sekarang , gemar berbunuh-bunuhan , dera-mendera . dahsyat sungguh kasih sayang zaman sekarang .


12 - Lebih 80% pelajar menggunakan duit pinjaman MARA mahupun PTPTN untuk membeli phone baru . ehh !!


13 - 90% cerita sinetron Indonesia mendapat tempat di tv tempatan . muak ! tapi aku tgk jugak . hee .


14 - Kurang 50% remaja Melayu tidak merokok . ohh , tak nak !


15 - Hampir 100% rakyat Malaysia gemar tidur siang . woO !


Cukup la 15 . banyak lagi sebenarnya . Perhatian , angka yang dinyatakan tidak tepat dan mungkin salah . hehe . Tapi , begitulah menurut perkiraan aku . okay , gua chaw dulu . sekian . :)







26 comments:

  1. filem bercorak aksi , kontroversi dan animasi. Tak menjadi..hahaha

    aku suke no 7 tu, siyes belambak....style kate kan

    ReplyDelete
  2. no.9! yahhhhh! hehehe~ tp aku xplastik. =pp

    ReplyDelete
  3. ahah aku tak guen duit pinjaman nak beli nset..

    ReplyDelete
  4. malas aku nak komen satu2.. sigh. ok kejap.

    ReplyDelete
  5. 1. kaum XX memang atas dasar nya, pemalu. =)

    ReplyDelete
  6. 2. oh ini betul. tengok gua, pakai jersi MU jek dari dulu ta tukar2. eceyyh~

    ReplyDelete
  7. 3. dan kami semakin muak. tolong ambil perhatian. please.

    ReplyDelete
  8. 4. kerana 'ia' wajib dikutuk, tapi bagus untuk hiburan. =)

    ReplyDelete
  9. 5. semalam tak makan nasi pun. rasa macam dah kurus sikit.

    ReplyDelete
  10. 6. saya bukan golongan yang mengambil suplement. terima kasih.

    ReplyDelete
  11. 9. oh ini bodoh. ini bodoh. ape de hal dengan korea? come on lah. get real. menyampah, tahu?

    ReplyDelete
  12. 10. Saya sudah mendaftar. mahu mengundi.

    ReplyDelete
  13. 12. aduh. dah lama tak tukar fon ni. ya ini betul. yang ade loan, biasiswa neh, GRR. membazir. kesian org2 macam aku yang x bernasib baik neh.

    MARA, saya mahu loan!!!

    ReplyDelete
  14. 13, sinetron di ASTRO lebih kool dari sinetron d tv3. sekian.

    ReplyDelete
  15. 14. merokok itu tak masuk sorga! tak faham ke?

    ReplyDelete
  16. 15. hai saya baru bangun. weee hoo!

    ReplyDelete
  17. ok siap. renung2kan dan selamat beramal~ =)

    ReplyDelete
  18. komang : humm .. tu lah . pikir untung je . mane nk berkembang ! no 7 tu dah jd trend kottt !!

    zatil aqmar : haha . ko ape ? PVC ? ngee .

    JIJI YU : org tu dah keje . biase lahhh !

    ReplyDelete
  19. kehadapan HEROICzero :

    x ape , tak komen satu2 pun x apa lahh . :)

    1- abis tu XY x tau malu kah ?
    2- haha . bagus , tetap pendirian .
    3- carik untung . nak wat cane , tu je yg laku .
    4- humm . kutuk x ape , asalkan membina .
    5- ha a la . dah kurus . hehek .
    6- ohh . sama-sama . supplement hanya membuatkan urine mahal saja .
    7- heppp !!!
    8- haha . kreatif .
    9- okay bawa bertenang . saya tahu .
    10- ohh , sudah tua rupanya . haha .
    11- pikir dulu sebelum bunuh .
    12- shhh . bawak bertenang . nanti MARA marah .
    13- setuju . tp sejuta cinta Marshanda ok pe ?
    14- tambah2 lg MARLBORO . kan ?
    15- busuk sungguh !

    terima kaseh sudi mengomen . selamat beramal juge ! :D

    ReplyDelete
  20. usaha anda sangat saya kagum. terima kasih.

    *angguk2 kepala*

    ReplyDelete
  21. no. 2 ada kebenarannya..
    eheheheee

    ReplyDelete
  22. HEROICzero : haha . sama-sama ! :D *muka bangga*

    Trah Assan : hehe . terima kaseh ! :)

    mie : kannnn ! :)

    ReplyDelete