Mar 19, 2011

Rania dan Sanju .

Assalamualaikum .


Tersebutlah kisah di sebuah negeri , ade seorang budak kecil berumur 6 tahun . Namanya Rania , Puteri Rania . Setiap hari dia dihantar oleh ibunya ke sekolah dengan menaiki basikal . Benda wajib yang dibawanya ke sekolah ialah bekal makanan , hasil air tangan ibunya .


Dia seorang yang periang , comel dan bijak di dalam kelasnya . Bila tiba waktu rehat , dia akan terkedek-kedek menuju ke kantin sekolahnya dengan membawa bekal makanan di tangan . Tempat yang selalu didudukinya untuk menjamah makanan ialah meja di sebelah kanan kantin , tiang ke-2 dari belakang .


Hidangan kesukaannya ialah sandwich hash browns bertelur hancur . nyam nyam . Setiap hari dia akan menikmatinya dengan penuh berselera meskipun hidangan yang sama . Sedang asyik menikmati sandwich hash browns bertelur hancur , matanya akan terpaku setiap kali memandang seorang pelajar lain di sebelahnya , berkulit hitam manis .


Pelajar itu tidak diketahui namanya . Dalam bekas makanannya yang berwarna hijau tua itu , terdapat 5 ketul makanan berbentuk silinder panjang-panjang gitu dan turut berwarna hijau iaitu hijau muda pucuk pisang . 


Rania pelik . benda apalah yang dimakan budak tu . nampak x sedap , sungguh tak meneyelerakan kesian budak itu x dapat makan makanan sedap macam sandwich hash browns bertelur hancur dia . Tapi dari air muka budak tu kelihatan dia ingin makan lagi dan lagi . pelik .


Satu hari , tengah asyik Rania terpaku memerhatikan budak tu punya makanan , tiba-tiba budak tu berpaling dan menghulurkan makanan hijau muda pucuk pisang kepada Rania . OMG . dengan muka manis Rania menyambutnya . 


Mata dipejamkan , nafas ditahankan , dia mengunyah laju-laju . dan terus telan . ahh lega . emm . saki baki makanan di dalam mulut masih terasa kemanisan makanan itu . bole tahan . boleh mintak satu lagi ? kata Rania . Budak itu senyum tanda boleh .


Bermula dari hari itu , mereka berkawan baik . Nama budak tu Sanju sebenarnya . Kuih hijau muda pucuk pisang tu plak namanya kuih ketayap . Semenjak itu , bertukar-tukar lah bekalan makanan mereka berdua . Rania siap mintak bawak balik rumah lagi , bagi mak die rase . Begitu juga dengan Sanju .


Bila sudah dewasa , baru Rania sedar . Sebenarnya , kita tidak boleh menilai luaran sesuatu benda . Kita patut mencuba dan barulah boleh menilainya . tak gitu ?


p/s : time cuti aku rasa lebih susah untuk mengupdate dari x cuti . busy gitu . aww . :)



8 comments:

  1. dont judge a kuwe by its kulit..

    ReplyDelete
  2. aku blur. aku bukak google, aku taip kuih ketayap.

    pastu google image, aku cakap,

    "ooooohhhhhhhhhhh..."

    hahahaha kuih feveret aku kot. kah kah kah tak tahu nama.

    ReplyDelete
  3. dont judge a book by its coverrrr :'D

    ReplyDelete
  4. time cuti sibuk skit,sbb blajr wat kueh ketayap kot..ha ha ha

    ReplyDelete
  5. JIJI YU : its true bebeh ! :D

    HEROICzero : kah kah . terokkk ! abis tu panggil ape ? kuih ijau ?

    Trah Assan : yeah bebeh . :)

    mrsanggun : hehek . x la , buat yoga . haha .

    ReplyDelete