Apr 27, 2011

Aku Seorang Blogger .

Assalamualaikum .


Tajuk x bole bla en . Malam-malam cenggini , aku terpikir plak kenapa aku berblogging . Aku ni sebenarnya minat nak menulis , mengarang tambah-tambah lagi berimaginasi . mak aiii . Time aku sekolah-sekolah dulu , aku sangat amat minat sekali nak buat karangan , essay . Bila cikgu kate ade homework karangan je , berbunga-bunga hati aku . rasa syahdu je bile dapat menulis . haha . 


Tapi mase tu aku minat karangan fakta , senang dapat markah . aku x berape nak reti sangat buat karangan sambung-sambung ni , ala jenis soalan yang bagi ayat last untuk karangan ni . 


Contoh: akhiri karangan anda dengan ayat berikut , "....semenjak hari itu , aku amat menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi ." 


Satu hal aku risau kang orang x paham cerite aku , syok seniri plak . satu hal lagi , kena guna bahasa baku . mana bole dow . kaku . lagipun aku darah gemuruh , x bole reka cerita dalam exam hall . neves semacam . so , aku lebih rela buat karangan fakta . heheh . 


Start aku mula berblogging ni , bile nampak aku je ade la yang cakap : ha , kang ade la yang tulis cerita ni dalam blog die . heheh . macam aku wartawan plak . adoiyai . aku pun memilih gak bahan yang bernas untuk blog aku nih . ingat pakai redah je ke nak masuk dalam entry aku . heh . kadang-kadang aku siap tanya pendapat orang terdekat aku , patut ke aku tulis dalam blog cerita-cerita camtu camni camtuha . haa .


Sebenarnye dunia blogger ni laen dari alam nyata . mungkin ade setengah blogger tu dikelilingi oleh kengkawan yang juga terjerumus ke dalam kancah blogging , dan mungkin ada yang tidak . macam aku , x ramai kawan-kawan aku yang ade blog . kalau ade pun , rahsie-rahsie gitu . ehei . tapi x kisahlah , hak masing-masing kan . kalau kawan aku ade blog , aku support ahh . x yah nak suruh aku follow , nanti dia follow balik . kemonn  ahh , member kot . aku x akan follow kalo orang org SURUH follow . tah ape ape . 


Kadang-kadang , bila balik dari kelas aku mula teringatkan blog , twitter , fb , tumblr . nak tengok orang update ape . update ni satu komitmen yang tidak berbelah bahagi dari hati . bukan senang nak terus menerus bagi komitmen dekat benda-benda yang sesaja cam gini . tahu ? 


Ada member sebatch dengan aku yang bile jumpe sengih semacam , rupanya malam semalam dia ada baca blog aku . ehei . bangge kemain aku . ade setengah tu kutuk kate entry aku tah ape-ape , eleh tapi still bace jugak kan . setengah lagi cakap ko ade mase nak berblog eyh . macam-macam orang kate . mulut orang , memang x bole control . setengah bagi respons positif , setengah bagi respons negatif . terima kasih la , at least ade gak orang sekeliling aku yang care minat aku berblogging . hee .


Dalam dunia (surrounding aku) aku sekarang ni , x ramai blogger . tapi , aku tahu ada setengah tu baca entry aku tapi x bagitau , maksud aku x komen (perasan plak) kan ? haha . x ble bla plak aku rase . xpe-xpe , saya suka kunjungan anda . hehe .


Ha ! satu hal lagi , sokongan dari blogger-blogger yang lain cukup membanggakan aku untuk terus berblogging . contohnya , DayahJ , Dhamirah , HEROICzero , JIJI YU , Cik Bidadari , komang , heavenhell , LadySharpshouter , Edy dan lain-lain . ade jugak yang bukan blogger , contoh cam mrsanggun , kilahasmi , zatilaqmar , anonymous(heh) dan lain-lain . terima kasih saya ucapkan . tanpa anda , siapalah saya . ngee .


Aku kadang-kadang teringin gak nak kenal dengan blogger-blogger ni . Contoh macam Cik Bidadari ngan Lady SS , ehei . bagi la fb ke ... hehe . bole gak kenal , bole gak tambah kenalan . bole akak ? hehe . macam mane rupa orangnye kan ? hehe . macam HEROICzero , dah ade fb die . macam tu rupanya beliau dalam dunia luar . hah hah . pastu JIJI YU , pengomen setia . heheh . x sangka cikgu rajin berblogging . macam mane la die mengajar gamaknye . ehei . tu contoh terdekat la eyh .


Walau ape pun yang terjadi insyaAllah aku tetap teruskan niat berblogging ni selagi termampu . ade sorang doktor pesan dekat aku , selagi kita bergelar student , buatlah ape yang kite nak buat . takut nanti dah kerja , dah ada komitmen , mase x cukup , dah tak boleh nak buat bende yang kite suke . betul tak ? 


Ape-ape pun , terima kasih atas sokongan orang terdekat (mrsanggun , anak datuk , housemate dll) yang bagi sokongan dekat aku untuk berblogging . heheh . okaylah , aku pun da penat arini kelas sepanjang hari . semoga esok dan hari mendatang akan menjadi hari-hari yang bahagia untuk semua dan dipermudahkan olehNya . insyaAllah ! 


sekian !


p/s : aku tempat name tag buh name SHAFIKAH tapi bile dapat jadi SHAFIKAT . ape kejadah dow ? ingat aku nk bukak syarikat ke ? hah ! benci ! :p

Apr 23, 2011

ohh Mak Cik ku !

Assalamualaikum & salam sejahtera .


Aku ingin menceritakan sesuatu (muka suspen) . Ceritanya begini ...


nota kepala : aku bukan ingin mengajak untuk berburuk sangka , tetapi hanya untuk berkongsi cerita .


Dekat tempat aku belajar ada sebuah masjid yang tersergam indah , megah dan lawa . Masjid ni memang jadi tumpuan orang dari pejabat sekitar , hospital dan pelajar-pelajar berdekatan . Kubahnya hijau , dindingnya putih berukir cantik penuh berseri . Seperti biasa , ramai orang datang singgah di situ . namun ada yang tidak tahu setiap hari , ada sahaja peristiwa yang berlaku di tempat sembahyang wanita di tingkat atas ... jeng jeng jeng . 


Keadaan masjid yang berhawa dingin menyelesakan setiap jemaah yang hadir untuk bersembahyang , membuat ibadat sunat dan beriktikaf . Setiap hari weekdays , ada seorang wanita yang boleh dipanggil mak cik oleh aku akan datang bersembahyang di sini . Usianya dalam linkungan 50-an , bekerja , memandu sebuah kereta dan agak ramah orangnya .


Kali pertama aku bertemu dengannya satu petang ketika aku bersembahyang zohor , mak cik tu menggerak jemaah yang masih tidur . itu normal rasanya bagi aku . dah azan , paham-pahamlah nak bangun kan ?


Kemudian , satu hari ketika aku tunggu turn nak ambik air sembahyang . Mak cik tu menuturkan sesuatu yang amat memeranjatkan aku ..


" duduk lah dekat kerusi tu kalo nak ambik wudhuk , " mak cik tu berkata-kata .


" ohh , x apalah . berdiri pun boleh , " balas orang tu .


" bila orang dah but kerusi , duduklah . nak ambik air semayang tu , duduk ! " mak ai .. agak kasar rasanya .


aku pun pelik dengan mak cik tu . niat dia baik , tapi mungkin agak memaksa . hari demi hari berlalu  berbagai kisah mengenai mak cik tu aku dengar dekat masjid berkenaan . Ada juga rakan aku yang ditegur mak cik tu ketika dia berada di dalam kereta . garang dow .


Satu hari aku dan member-member group bersembang ketika menunggu doktor sampai , entah macam mana boleh bukak cerita pasal mak cik tu . heheh . member aku story , die pun pernah kena soal dengan mak cik tu , dia tanye sifat-sifat Allah . sorang demi sorang member-member aku kena soal . bapak ahh . dalam keadaan terkejut , konfem gabra nak jawab dow .


Lepas tu , ade sorang lagi member nampak depan mata dia sendiri , ada orang tengah ambik wudhuk lepas tu lepas orang tu selesai ambik wudhuk , mak cik tu kata .. haa , yang ni boleh dapat 85% markah . mak cik tu duk perhati orang tu senyap-senyap . hahah .


Baru-baru ni , aku dengan member aku cadangnya nak rehat-rehat sambil tunggu kelas pukul 3.30 petang . So , kitaorang pun tengok keliling usha mak cik tu . OK ADE . berhati-hati . Lama jugak ahh tunggu mak cik tu bersiap-siap . Lepas tu , aku nampak die lalu sebelah aku dow . cuaksss . rupanya die g tegur orang belakang aku . hek hek . ade sorang pempuan belakang aku tengah baring-baring manja . aww . hehe . x pasal-pasal kena tegur . terus orang tu keluar .


bila line clear , aku ngan member aku terus bummm ! baring . hahaha . terok bukan ?


tu lahh , bagi aku mak cik tu berkuasa di kawasan masjid . hehe . dia bertanggungjawab , dia memainkan peranan sebagai seorang Islam untuk berdakwah . tapi , mungkin kadang-kadang terlalu memaksa , garang dan cara tak berapa kena . Tapi aku respek ahh mak cik tu . 


Kadang-kadang , ramai orang nak menegur orang lain , tapi cara x berapa kena . Tengah-tengah orang , pergi jerkah kutuk marah-marah . x ke malu orang tu . tegur la cara berhikmah . insyaAllah , akan buat orang tu berubah . Ada 2 benda yang kita dapat kalau berniat nak tegur orang , 1-marah , 2-putus asa . jadi jangan saket ati plak . bila dah tegur , jangan pulak kita sendiri x buat benda tu . kan ? hee .


okaylah . sekian . :)

Apr 19, 2011

Kau-an

Assalamualaikum .


Bila hari hujan , redup-redup , angin sepoi-sepoi bahasa , tiba-tiba teringat plak time sekolah . Pergi prep time ujan , xde riadah petang-petang bila hujan , berebut dalam bilik air nak mandi , siap-siap pergi surau , prep malam , bacaan , haih macam-macam la ! 5 tahun kot aku sekolah asrama . macam-macam pahit manis jadi dekat aku . ohh , taching plak . fuhh .


Bila pikir-pikir balik , ramai betul kawan-kawan yang aku ada dalam hidup aku ni . kawan sekolah rendah , form 1 sampai form 3 , form 4 sampai form 5 , matrix , kawan yang masih berkawan sekarang ni , dekat fb , tweeter , tumblr , mak aii ... ramai betoi . tapi , ada kawan yang berkualiti , tulen , ade yang x ori punya kawan . maksud aku x ori ni kawan yang kita tau nama je . bercakap jarang , bekerjasama pun kurang , x pun kawan yang x pernah cakap dengan kita langsung , rugi kan , lepas tu kawan yang x guna , aish .


kita je yang paham kawan kita . betul x ? kawan yang ni suka bercakap , yang ni suka minum susu , yang ni suka berak , yang tu suka duduk dalam gelap , yang tu tu suka perhati orang , yang dekat sana tu suka mandi lama-lama , bla bla bla ... kan ? betul x ? macam mana nak dapat kawan yang betul-betul kawan ? x susah , x senang . manusia ni fitrah dia dilahirkan semuanya baik , setiakawan , jaga hati orang , semua yang baik-baik lah . cuma kadang-kadang , bila keadaan x favorable , sikap seseorang tu berubah . macam kulat , bila keadaan favorable die tumbuh . favorable bagi kulat = tak favorable bagi manusia .


setengah orang x boleh hidup tanpa kawan . hurm , susah tu . bukan kita yang kawal keadaan , so kenalah jugak belajar hidup tanpa kawan . sebenarnya , kawan ni lah yang menentukan baik buruknya seseorang tu . orang kate , nak tengok macam mana kite , tengok kawan-kawan kita . kalo elok , eloklah . kalo busuk , busuklah . hubungan kawan ni sebenarnya suci murni . meskipun tidak dinafikan ibu bapa , adik-beradik , saudara-mara ada hubungan darah dengan kita , tapi seseorang tu masih perlukan kawan dalam hidup dia . 


Hubungan kawan yang sihat mesti ada gaduh-gaduh , sekepala , faham tabi'at ngan pe'el masing-masing . Jangan tinggalkan kawan semata-mata dapat orang baru dalam hidup kome . tak mengenang budi namenye tu , manusia paling keji kalau buang kawan . ish ish . 


hurm , berkawanlah anda dengan sebaik-baiknya ! pikir dulu , sebelum buang ! :)



gambar kenangan . ngee . 


p/s : jangan ingat aku kena aniaya pulak dow . ni karya aku di waktu petang je . jap , kawan baik sape yang bole cakap tamil ??? haaa ! angkat tangan cepat !!! hahaha . amma !



Apr 15, 2011

Kura-kancil .

Assalamualaikum .


Yo ! aku di Kuala Kangsar . wohOo ! rase macam dah lama x balik rumah . padahal baru seminggu duduk Ipoh . tu lahh , macam-macam berlaku dalam hidup aku dalam seminggu ni . Minggu ni minggu terakhir aku balik KK dengan kakak aku , minggu depan dia dah habis praktikal dekat Ipoh . 


Tadi , dalam perjalanan balik KK .... 


Mase sebelum masuk tol , semua kereta yang berlalu memotong kereta kami pandang semacam je . ade ape hal dowhhh . gua ngan sista gua cuak kemain . lalu , berhenti la kami adik-beradik di tepi jalan . setelah di cek keliling kereta oleh si kakak , x ade ape hal pun . pelik . yang ade cumalah setompok taek burung di sisi kiri kereta . haih , benci tau . x suke x suke .


Maka adik-beradik tu un meneruskan perjalanan . Setibanya di tol , depan kereta kami ade satu kereta ni . kereta kancil yang kaler hijau tua tu . kereta wira terus shewww potong kereta aku ngan kereta kancil dekat depan kereta kami . mak aiii . x sabar betul orang ni .


" yong , x nak potong ke kete tu , " aku rase rimas tengok kete depan aku tu . bergerak kemain selow mengalahkan kura-kura . hahaha . nak gelak rasa bile ingat . mungkin 15km/jam . hahaha . serius dowhhh , lambat gile ! kalau orang yang buat pepatah 'biar lambat asalkan selamat' pun akan menyesal buat pepatah tu bile tengok macam mane lambatnye kereta kancil tu . hahaha .


" xpe , dekat nak sampai kaunter tol dah , " jawab kakak aku dengan tenang . 


kereta kancil tu pun bayar . kemudian , turn kami . mase kakak aku dah sudah bayar tu , kereta kancil tu still ade dekat area palang yang tutup bukak selepas kaunter tu . kah kah kah . tension gile dowhhh ! hahaha .


" ni x bole jadi ni lambat gile , " kakak aku berkata-kata . ceh , tadi orang suruh potong x nak , aku cakap dalam ati .


shewwww ! kereta kami potong keretakancil tadi . aku usha . krik krik krik (bunyi cengkerik) . walaweyh , padan ahh orang veteran rupenye bawak kete tu . hahaha . ish ish , x baek gelak tau . ade 2 orang veteran dalam kete tu , berspek kemain old school . adoiyai , patut la . nak gelak pun rase bersalah tauuu .


Bile kereta kami dah jauh dalam 300m dari tempat tol , diaorang still dekat kawasan lapang lepas tol tu lagi . hehe . maka bergelak tawalah kami di dalam kereta . omygod ! x baek tauuu ! maafkan kami yaww ! :p



Apr 14, 2011

Tau dan NIPS .

Assalamualaikum .


( termenung , apsal rase kekok nak update blog ni )


Pejam celik pejam celik sampai x berkelip-kelip mate ni , aku dah dekat seminggu jadi Budak 3rd year . Masih sesegar pucuk daun kari , banyak bende nak kene belajar . hurm . Aku x tau ape kene dengan aku ni , semenjak due menjak ni suke tambah 'tau' dekat hujung ayat . takut tau . dah macam nyah .


Cakap pasal nyah ni , malam semalam aku dengan kak yong aku pegi la makan-makan dekat luar . So , kami makan burger special beli depan 7E , balut-balut telur gitu . Lepas beli , kami pun menuju ke stesen KTM . tu memang port kami ahh kalau nak hirup angin malam . 


Maka , makanlah aku dengan kakak aku dekat depan stesen KTM tu , di bawah sinaran lampu putih bersaksikan bulan separa . Makan punye makan , tibe-tibe ade beberapa lelaki berjalan . terkepit gitu . sorang baju berbunga-bunga , sorang berkaca mata , sorang lagi tshirt biase je . Dieorang pergi dekat belakang pokok tempat aku dengan kak yong makan . terjerit-jerit , terbahak-bahak ketawa . seram sejuk aku dengornye . India pulak tu , jarang jumpe India lembut . heheh .


Dengan bulu roma yang meremang dengar lelaki lembuts tu gelak , aku ngan kakak aku pun cepat-cepat la makan . nak tinggalkan tempat tu . Mase jalan nk g kete , ade la pulak sorang perempuan cun melecun , jalan terkepit-kepit , hahahaha . mak aiii . cakap telefon , kemain garau suare ! blrrrrr . ohh tidak ! adekah syndrome 'tau' dekat aku ni sebab jangkit dengan mereka ???? omygod !


Ok ok . nih , ade satu lagi cerita pasal sorang member aku ni . *lap peluh*


satu hari , member aku sorang ni lapar ya amat sangat , so lepas lunching die pergi beli NIPS pulak . Lepas die bukak NIPS tu , die g tinggal atas meja . memang terbaekkk ahh . Cik Mut pun datang , penuh kot dekat NIPS tu .


Lepas bangkit tido , die kelam-kabut gile . die terus letak NIPS tu atas lantai . ketuk-ketuk atas lantai bilek aku . whoa ! maka berterabur lahh NIPS dan Cik Mut . aiyoo . Tapi ape yang aku pelik , selalunya bila semut kerumun dekat makanan kite akan sapu semut tu dulu , tapi berlainan dengan member aku nih . die pulun selamatkan NIPS die .


" aku baru makan sikit , RM2.50 dowhh aku beli ni , " kate die .


" ish , ko ni . sapu la semut tu dulu . grrr , " aku .


die terus ambik tisu , punggah semua NIPS atas tu tanpa hiraukan aku . lepas tu aku pun semayang Zohor . Time tu member aku ni pegi luar bilik aku , duduk betul-betul tepi pintu . Lepas sembahyang , aku pun tengok la die buat ape . ish ish . kesian aku tengok , die tengah asing-asingkan NIPS dengan semut . x sanggup nengoknye . aku paham , NIPS tu RM2.50 . 






ni la rupe NIPS tu . dah berlubang-lubang dah ha . tapi aku tengok die selera je makan . 

ni aku siap mintak izin dengan die kot nak cerita pasal NIPS die ni dekat blog . kang die saman malu plak kat aku . haha .

Okay lah . begitulah kisah aku setakat ini . nanti aku curik-curik mase lagi nak tulih blog . tata for now ! peace !

p/s : Salam sayang buat orang yang ade dekat India ! hee . muahhh !


Apr 12, 2011

ohh 7 Tingkat !

Assalamualaikum !


Lame bebeno rasenye x update belog , ye dak ? hik hik . haih , keras rase tangan nak nulih ni . aishh ! busy la katekan . Sejak masuk 3rd year ni , nampak gayenye makin jarang le kot aku update . masa x mencukupi . 


Hari ni , hari first aku g ward . neves gile kot . 1st time ! So , budak-budak group aku ni seramai 11 orang , bergerak lahh ke ward secara beramai-ramai . meriah sungguh . setibanya di ward , lif lambat kemain ! daripada tunggu , ade la sorang budak group aku cadang kite naek tangga lahh . kerja gila kot , dah la ward dekat tingkat 7 ! bapak ahh wei , kalo takt 3 tingkat aku bole blah kot . ni 7 ! menggeletar kaki aku naek , dah rupe nenek kebayan . sampai tingkat 5 rase macam dah x ade kaki . haha . peluh tu usah nak cakap la , dengan doc's coatnye , panas dowh ! bile sampai dekat tingkat 7 , peluh mencurah-curah tau . haha . ngeri ngingatnye !


Kami segroup dapat Dr Hla Myint . die yang ajar sume nak ambik History Taking , dekat 2 jam lebih kot berdiri . dah la sebelum tu naek tangga tinggi kemain . hadui . cobaan . Hasilnya , aku dapat kaki yang melecet , sebelah kiri dan kanan kaki . pedih gile ! nasib baek ade Nabila Huda yang gentleman bagi plaster dekat aku . heheh .


Mase dekat ward , kesian gak aku dengan pak cik tu . kene layan kami semua . dekat 2 jam kot . macam-macam kitaorang tanye . haih ! ape-ape pun , ni baru permulaan . Setiap hari hidup aku penuh debaran . Takut tapi seronok nak belajar bende baru .


hurm , semoga Phase 2 ni dipermudahkanNya untuk aku dengan kawan-kawan . semoga semuanya lancar ! Amin ! :)

Apr 4, 2011

Pergolakan 2 .

Assalamualaikum .


Satu tengah hari yang panas menggeletis , aku dan mama baru pulang dari rumah opah . Minggu ini minggu terakhir aku di rumah . Panas terik hari itu sungguh luar biasa sekali , berair mata aku menahan panas terik dan silau matahari . fuhh . Rumah aku yang dingin banget ditambah dengan petikan lagu-lagu cd hasil pembakaran aku melenyapkan keadaan kurang enak di luar . 


Tengah asyik aku melayan perasaan , tiba-tiba hati aku tergerak untuk membuka laci di lemari sudut tv . kedengaran geseran bunyi kertas dengan laci . hurm . bende ape ade dalam laci ni . Aku memunggah keluar .


Ada banyak album gambo . satu demi satu album gambar aku belek sebelek-beleknya . tersengih aku sendirian melihat gambar dolu-dolu . Time sekolah rendah mama aku suke mengadun aku dengan kakak aku . Ikat tocang due , sepit rambut , macam-macam . Lepas tu tengok gambar mase form 1 , MRSM Gerik . keh keh . burok beno ropenye .  ehei . ade yang rupe macam hantu Kak Limah pun ade . kih kih .


aku ingat lagi ade kawan sekolah rendah aku mesej , " ni ika yang ikat tocang due tu ke ? " . cisss . segar sungguh ingatanmu .


Tiba satu album , ade gambo opah dengan atuk aku yang sudah meninggal . sedih banget sih . rasa macam keadaan masih macam dulu , semua orang still ade . fuhh . kan seronok kalau gambar same macam dalam cerita Harry Potter . orang dalam gambar boleh gerak-gerak , cakap-cakap . kannn ?


Bile tengok gambar lame , x sangka kita akan jadi kita hari ni . aku x menyangka aku akan belajar ilmu badan manusia , pegang jasad x bernyawa , duduk rumah sewa , bayar bil letrik ngan air , sembang pasal negara , jumpa orang bermacam rupa , jadi kawan artis (eh) , tulis blog , tengok sinetron , macam-macam benda aku buat dalam menempuhi hidup ini . hik hik . 


Sekuat mana seseorang tu merokok , time kecik-kecik bibirnya mesti pink suci . Seberjaya mana pun seseorang tu , asal usul atau masa lampau seseorang x kan berubah . sebergaya mana pun seseorang itu , kalo tengok gambar time kecik-kecik mesti selekeh . Sebanyak mulut manapun seseorang tu , time kecik bile orang datang mesti duduk belakang langsir . tersengih sorang-sorang bila ingat . aww .


Lahirnya seseorang di muka bumi , kita x tahu ke mana arah tujunya . jahat ke ? baik ke ? busuk ke ? merokok ke ? kaki tipu ke ? persekitaran yang membentuk tumpul tajamnya minda seseorang . Elok asahannya , eloklah pekertinya . Oh Tuhan , kadang-kadang aku takut memikirkan masa depan . mampukah aku , kalau aku macam ni macam mana ? macam tu , gano ? takut .


Permudahkanlah segalanya Tuhan . :)


p/s : kelas da nak mula . cuak sih ! brrrrrr .

Apr 1, 2011

LAGUlaguLAGU .

Assalamualaikum .


" Eh , ade dengar x lagu dekat Hitz fm yang hmm hmm hmmm hmmmm ... " tanya Nod .


" Ape yang kau nyanyi tu ! aku x paham sikit habuk pung . merah padam aku tengok muke ko . hish . " balas Noni .


Setiap warga negara Malaysia pasti ada mendengar radio . setidak-tidaknya terdengar di kedai makan . kan ? Kalau nak disenaraikan nama-nama stesen radio , fuhhh . panjang sungguh . Kalo aku , aku prefer dengar Era dari Hot , kalo naek kereta Sariy dengar Mix , kalau naek kereta Nad Hitz x pun Fly , kalo naek kereta family Sinar lahh jawabnya . keh keh .


Aku sebenarnya x kesah stesen radio mane pun , semua radio aku dengar TAPI bila iklan je aku tukar radio lain , tukar punya tukar sampai jumpa radio yang pasang lagu . tapi kadang-kadang tertipu jugak dengan lagu Gardenia , aku ingatkan lagu betul rupanya iklan . ceh . kalo semua iklan , x pun DJ die pot pet pot pet , aku terus pasang CD . terbaekk . aku benci radio yang banyak bercakap .


amcam pulak dengan lagu baru ?


Kadang-kadang , bila dengar lagu baru dalam kepala hotak asyik terdengar-dengar lagu tuh . heh . rase cam sedap kemain . selalunya kalo lagu baru yang kita suka dekat radio selalu terlepas tajuk die . lepas tu mula lahh nak bukak carta . cari punya cari , download . transfer dekat phone . dengar ulang-ulang kali sampai bateri habis . dengar guna headphone . bergema kepala . lepas tu jarang-jarang dah dengar , ok babai lagu baru . aku dah jemu .


cenggini :



kredit to : chibird.tumblr.com

hurm . ape-ape pun , kalau dengar lagu tu jangan lah sampai terikut-ikut dalam mimpi , haru . ok , tata for now . sekian .

p/s : sekarang aku tengah suke lagu tema Kemboja Putih . hee . dap . :)