Apr 23, 2011

ohh Mak Cik ku !

Assalamualaikum & salam sejahtera .


Aku ingin menceritakan sesuatu (muka suspen) . Ceritanya begini ...


nota kepala : aku bukan ingin mengajak untuk berburuk sangka , tetapi hanya untuk berkongsi cerita .


Dekat tempat aku belajar ada sebuah masjid yang tersergam indah , megah dan lawa . Masjid ni memang jadi tumpuan orang dari pejabat sekitar , hospital dan pelajar-pelajar berdekatan . Kubahnya hijau , dindingnya putih berukir cantik penuh berseri . Seperti biasa , ramai orang datang singgah di situ . namun ada yang tidak tahu setiap hari , ada sahaja peristiwa yang berlaku di tempat sembahyang wanita di tingkat atas ... jeng jeng jeng . 


Keadaan masjid yang berhawa dingin menyelesakan setiap jemaah yang hadir untuk bersembahyang , membuat ibadat sunat dan beriktikaf . Setiap hari weekdays , ada seorang wanita yang boleh dipanggil mak cik oleh aku akan datang bersembahyang di sini . Usianya dalam linkungan 50-an , bekerja , memandu sebuah kereta dan agak ramah orangnya .


Kali pertama aku bertemu dengannya satu petang ketika aku bersembahyang zohor , mak cik tu menggerak jemaah yang masih tidur . itu normal rasanya bagi aku . dah azan , paham-pahamlah nak bangun kan ?


Kemudian , satu hari ketika aku tunggu turn nak ambik air sembahyang . Mak cik tu menuturkan sesuatu yang amat memeranjatkan aku ..


" duduk lah dekat kerusi tu kalo nak ambik wudhuk , " mak cik tu berkata-kata .


" ohh , x apalah . berdiri pun boleh , " balas orang tu .


" bila orang dah but kerusi , duduklah . nak ambik air semayang tu , duduk ! " mak ai .. agak kasar rasanya .


aku pun pelik dengan mak cik tu . niat dia baik , tapi mungkin agak memaksa . hari demi hari berlalu  berbagai kisah mengenai mak cik tu aku dengar dekat masjid berkenaan . Ada juga rakan aku yang ditegur mak cik tu ketika dia berada di dalam kereta . garang dow .


Satu hari aku dan member-member group bersembang ketika menunggu doktor sampai , entah macam mana boleh bukak cerita pasal mak cik tu . heheh . member aku story , die pun pernah kena soal dengan mak cik tu , dia tanye sifat-sifat Allah . sorang demi sorang member-member aku kena soal . bapak ahh . dalam keadaan terkejut , konfem gabra nak jawab dow .


Lepas tu , ade sorang lagi member nampak depan mata dia sendiri , ada orang tengah ambik wudhuk lepas tu lepas orang tu selesai ambik wudhuk , mak cik tu kata .. haa , yang ni boleh dapat 85% markah . mak cik tu duk perhati orang tu senyap-senyap . hahah .


Baru-baru ni , aku dengan member aku cadangnya nak rehat-rehat sambil tunggu kelas pukul 3.30 petang . So , kitaorang pun tengok keliling usha mak cik tu . OK ADE . berhati-hati . Lama jugak ahh tunggu mak cik tu bersiap-siap . Lepas tu , aku nampak die lalu sebelah aku dow . cuaksss . rupanya die g tegur orang belakang aku . hek hek . ade sorang pempuan belakang aku tengah baring-baring manja . aww . hehe . x pasal-pasal kena tegur . terus orang tu keluar .


bila line clear , aku ngan member aku terus bummm ! baring . hahaha . terok bukan ?


tu lahh , bagi aku mak cik tu berkuasa di kawasan masjid . hehe . dia bertanggungjawab , dia memainkan peranan sebagai seorang Islam untuk berdakwah . tapi , mungkin kadang-kadang terlalu memaksa , garang dan cara tak berapa kena . Tapi aku respek ahh mak cik tu . 


Kadang-kadang , ramai orang nak menegur orang lain , tapi cara x berapa kena . Tengah-tengah orang , pergi jerkah kutuk marah-marah . x ke malu orang tu . tegur la cara berhikmah . insyaAllah , akan buat orang tu berubah . Ada 2 benda yang kita dapat kalau berniat nak tegur orang , 1-marah , 2-putus asa . jadi jangan saket ati plak . bila dah tegur , jangan pulak kita sendiri x buat benda tu . kan ? hee .


okaylah . sekian . :)

10 comments:

  1. kalo cenggitu bawak aku jumpe makcik tu....

    ReplyDelete
  2. hehe. makcik tu macam style jgk.

    *eei terok !

    ReplyDelete
  3. aku yg suruh makcik tu tengok kau ika...takut melencong...kah3

    ReplyDelete
  4. JIJI YU , amboi nampak bersedia gitu . :)

    Hidayah , ngee :D

    Cik Bidadari , dkt ipoh ! hehe .

    HEROICzero , sgt style sekali . eh terok ke ??

    komang , aish . aku pn nak kirim pak cik la utk ko . hehe .

    Dhamirah , haha . opsss !

    ReplyDelete
  5. ingtkan cite antu. penunggu masjid !

    ReplyDelete
  6. haha sy pun pnh kene jgk tauu...kt msjid tping..ka,igt x pristiwa malu tu?kui3....

    ReplyDelete
  7. perh..seorang makcik yg bertanggungjawap..dan GARANG~~

    ReplyDelete