Satu adegan di mana aku sedang menyiasat kes pembunuhan . Pakaian ala-ala Inspector Gadget , berjalan mencari bahan bukti . Sejurus tiba di tempat kejadian yang berlatar belakangkan kawasan kampung yang aman permai , aku disambut oleh seorang anggota polis yang bertugas . Dia menyerahkan gambar mangsa kepada aku . omo ! Nak tahu gambar sape ? Gambar Lisa Surihani . ngeh ngeh ngeh . Tapi yang ni style kampung sikit , tapi lawanya still ade . Tiba-tiba aku berada di dalam situasi bila kejadian itu berlaku kiranya aku masuk dalam flashback ahh . Canggih syial .
Ha , boleh imagine kan ? Itulah mimpi aku baru-baru ni . Mimpi nak glamer aje . Cakap pasal mimpi , semua orang pernah mimpi bukan ? Sesetengah orang mimpinya lama , ada yang mimpinya kejap , tak mimpi langsung . Kadang-kadang kita rasa mimpi kejap je , lepas tu dah siang . haa , maknenye deep sleep anda terlalu lama . Lena sungguh .
Aku bukannya nak menafsir mimpi , aku cuma nak berkongsi cerita je . Kadang-kadang kita mimpi yang sangat seronok , tetapi bila sampai tang klimaks mimpi , pupp anda terjaga . Kurang hajar . Kalau aku , aku akan cuba tidur semula dan mengharapkan mimpi tu akan sambung lagi . hehe . Tapi tak pernah yang berjaya . Ha , lepas tu pernah tak mimpi sampai menangis ? Pernah jadi dekat aku , bila dah terjaga meleleh-leleh air mate aku . tskkk tskkk .
Ada mimpi yang best ade mimpi yang tak best . Sebelum tido kadang-kadang berangan , aku nak mimpi ni nak mimpi ni . heheh . Tapi untuk aku la , ni aku tau , aku akan mimpi berkaitan benda yang terjadi di sekeliling aku . Ha lebih kurang macam nilah , aku hari tu ade tengok tv ade cerita pasal rumah kebakaran , ha nanti aku mimpi la jadi bomba ke ape ke . Selalunya akan berkaitan benda seharian yang jadi kat aku . hikhik . Time matrix aku mimpi belajar Chemistry . Penat dohh . Ilmiah sungguh mimpi aku .
Mimpi yang paling tak boleh bla ialah hikhik malu nak cerita . Mimpi paling tak bole bla aku time Bruno Mars nak buat konsert dekat Malaysia . Hampir setiap hari aku mimpi beliau okeh ! ngaaaaaaaaa . Busuk kan ? humm . Mimpi yang paling best pasal Bruno Mars time aku datang ke konsert die , sebagai special guest . Konsert tu semata-mata untuk aku . Layan aku perghhhh . Busuk kan ? hee . Memang aku rase betul-betul hidup ah dalam mimpi tu . ngaaaaaa . Lepas tu ade sekali aku mimpi Bruno ngan geng Hooligans beliau datang rumah aku . Siap tumpang charge phone lagi u dekat rumah I ! hik hik . Lu pernah mimpi Ana Raffali ? haa .
Cakap pasal mimpi ni memang merapu . Tambah lagi bila tido siang . Aku pernah mimpi lawan dengan raksasa kaler biru lah , race kereta dekat kawasan kubur lah , selamatkan diri dari bom lah , main piano lah , jadi budak kecik baliklah . macam-macam . Kadang-kadang , dalam mimpi tu sendiri aku akan cakap : Alah , aku tengah mimpi ni . Tapi still nak continue gak . hee . Mimpi-mimpi aku memang adventurous dan pelik-pelik . humm .
Pernah mimpi terjatuh ? Selalunya kalau mimpi terjatuh kita akan terjaga dari tidur dan tergerak sket . kan ? hik hik . Tu belom masuk tang bercakap dalam mimpi . aku pernah ade sorang roomate time die tido tibe-tibe tangan die lurus , tunjuk-tunjuk tangan ke atas . Mau tak seram aku nengok . Siap bercakap-cakap lagi bhai . E cuak tahu ?
Tapi orang kata , bila kita mimpi orang yang dah meninggal , die diam je tak cakap ape-ape maknenye kita memang jumpa roh die time tu . Betul ke ? humm . Itu yang aku dengar . Nak cakap percaya sangat tu taklah . Mungkin kita lupa untuk sedekahkan Fatihah dekat mereka , sebab tu kita mimpi kot . *berfikir*
Humm . ade sesiapa nak kongsi pasal mimpi ? hee . Okaylah , kesimpulannya mimpi tu bukannya betul , hanya sekadar penghias tidur . Nak percaya mimpi tu jauh sekali .
Itu sahaja buat kali ini . Sekian . chaw . muah . *senyum gembira*
Gambar hiasan 1-Wah , bergaya .
Gambar hiasan 2-Wah , bergaya juga .
p/s : sekarang aku suka dengar lagu Alyah-Kisah hati dengan OST Nur Kasih-Tanpamu . dengarlah . hikhik . Chaw .