Assalamualaikum .
Isabella - eh , aku rase die ade penyakit sawan la .
Nana - apa ?
Isabella - x , aku rase die ade penyakit sawan .
Nana - ouh .
Ahah ! Sindrom di atas dinamakan sindrom APA yang teruk . eh eh paham x ni ? Sindrom APA yang teruk ni selalu terjadi kepada manusia . heheh . kadang-kadang , kita duk bercakap panjang lebar . pot pet pot pet . lepas tu orang yang kita duk bercakap dengan dia tu boleh reply "ape ?" je . Tak pasal-pasal kena ulang sekali lagi dohh . Bukannye die tak dengar , tapi dah jadi tabi'at . huh . tapi aku rase bole bla lagi la daripada jenis orang yang suka buat derk je bila kite tengah cakap dengan die . macam cakap dengan tunggul , last-last kena repeat . pftt .
Aku emo dengan jenis-jenis orang begini . Sesetengah tu lebih pentingkan mesej daripada orang depan mata . last-last kena ulang sampai 5-6 kali . tak ke hilang mood aku nak tanye . pftt . Susah jugak kalau jumpa orang begini . ahh , persetankan mereka semua . (jeling)
Benda yang aku tulis di bawah ni mengandungi unsur seram , penuh emosi , ganas dan lucah . haha . takdela . Bende yang aku tulis dekat bawah ni , aku rasa aku tak patut tulis , tapi tangan aku dah laju menaip , ape aku bole buat . Segala yang aku rase , aku tulis , kalau tak puas hati , bagitau . Manusia memang akan hentam sesedap rasa , jadi sebagai orang sekeliling bagitaulah mana yang tak kena . paham ? Nak bace , bace . Taknak bace , sudah . Jangan terasa pulak . uhh . (muka emotionless)
Dah sedia ? Entry kali ni aku nak bercakap soal benda yang aku tak berapa nak suka , tak berapa nak reti dan tak berapa nak gemar sangat . Soal ape ? Begini , malam semalam aku pergi beli burger dekat depan 7E . lepas beli burger , aku ngan member pergi round dekat belakang flat untuk menuju ke arah stadium yang ada lawan hoki . Then , dalam perjalanan tu aku nampak ramai muda-mudi duk melepak dekat tepi jalan , sembang-sembang atas motor , gelak-gelak tampar-tampar , beli burger dan sebagainya .
Kemudian , aku teruskan perjalanan lagi . ahah ! Depan kereta kami ada dua bijik motor tengah merewang . Satu motor ada 2 orang budak perempuan , satu motor lagi ade seorang budak lelaki . Yang si budak lelaki tu duk pandang-pandang belakang , bajet cam kitaorang mengekori la . pftt . Jalan punya jalan , tiba-tiba aku nampak si budak lelaki ni bawak keluar phone dari poket die . EH EH , atas motor pun bole exchange number ngan budak perempuan tu ? omygod . budak sekarang .
Dulu time aku sekolah , banyak jugak benda-benda macam ni . Orang ni couple dengan orang ni , orang tu couple dengan orang ni . hahah . Lepas tu , benda-benda ni masuk dalam mesyuarat LDP . tah ape-ape . Okaylah , sekarang ni aku cuma suarakan pendapat aku . Kalau tak bole bla atau rasa aku mengarut , fine . Ini aku rasa . eh , emo pulak . pftt . Bagi aku la kan , semua benda-benda ni macam tak matang , cinta monyet kata orang . Aku bukan nak samakan mereka dengan monyet , macam sesetengah individu yang gelar orang macam monyet , letak stethoscope atas bahu dengan pakai doc's coat macam monyet ? wtf ? heh . okay yang tu cerita laen . yang ni , dah memang orang panggil cinta monyet ape aku bole buat .
Semua benda-benda ni dah dianggap sebagai perubahan daripada fasa kanak-kanak ke remaja ke dewasa . so , normal . dekat sinilah guna mak bapak dengan kawan . Ni , tidak . Sekolah-sekolah dah menggatal , tangkap gambar muncung satu depa , letak gambar profile picture pulak tu , nampak semua benda . haih . eh , aku emo lagi ?
Okay seterusnya , bercakap mengenai hubungan antara 2 manusia , aku rasa tak perlulah terlalu taksub sangat sampai tak peduli orang sekeliling . Kau konfem ke hubungan kau tu tahan lama ? Tak payah nak taksub la perempuan mahupun lelaki . Tak perlu rasanya berkepit ke sana ke mari macam belangkas last-last putus , takpun last-last ada orang ketiga . Oh man !
Bercakap pasal orang ketiga pulak , tak payah nak ada affair mahupun scandal dengan orang lain kalau kau tu dah berpunya . sedar diri lah sikit . Sesungguhnya , setiap perlakuan buruk terhadap seseorang akan dibalas buruk satu hari nanti . Kalau dah tak suka , putus . Tak payah nak buat hubungan terlarang . Pftt .
Hah satu lagi aku nak cakap pasal hubungan sesama jantina . Tak kiralah kau gay ke lesbian mahupun tiada apa-apa label kepada hubungan kau tu . Kawan sekadar kawan cukup , tak perlu nak act lebih-lebih seakan-akan kau ada hubungan terlarang . Jangan nak terlalu mesra , jangan nak terlalu melebih-lebih la . Ni kalah laki bini . apahal dohh ? Ni bila orang cakap , orang tegur nak melenting , orang risaukan kau . Mane taknya , sekat kebebasan seorang kawan mengalahkan suami menyekat isteri . Please lahh .
Jadi , kesimpulannya di sini sebelum darah aku menyirap lebih tinggi , ingatlah , hubungan sesama manusia tidak akan kekal selama-lamanya melainkan ia terjalin atas dasar ikhlas kerana Allah . Bezakan hubungan antara kawan , lawan , best friend , girl friend orang , suami orang serta yang sespesies dengannya . Jangan menjadi pengongkong , penyamun mahupun orang yang terlalu over dalam hubungan . Sedang-sedang sudah .
Astaghfirullah . (sandar dekat dinding)
Erm , aku rasa ape yang aku nak cakap dah aku cakap semuanya . Tapi mungkin ada yang tertinggal . Lega . Aku bukanlah berpengalaman sangat , tapi aku belajar bila tengok drama , benda sekeliling , baca dicelah-celah kehidupan , baca blog . macam-macamlah . Itu cara aku . Biar ahh . Maafkan aku kalau terlalu emosi , aku kalau benda yang aku tak nak cakap , aku takkan cakap , tapi kalau dah tak tahan , lepas je lah . (muka berlagak)
Setakat ini dahulu . Maaf jika terlalu emosi .
Sekian .
nota kaki : Penat . Mendengar adalah lebih susah daripada Bercakap .
BETUL2.manusia ni bukan pe kadang2 terlupa.oleh itu perlu dingatkan!!
ReplyDelete=D
ekekek..ni kire geng2 blur la ni ek..ehehe..
ReplyDeleteakak pun sama fikir mcm adik... tapi bila kita pandang dia kata kita nak jaga tepi kain orang... hah...! part tangkap gambar muncung sedepa tu memang banyak dah... apa kehalnya dorang pi tangkap gambaq lagu tu..? adoihai....
ReplyDeletehuish. padat dgn infotainment. bagus2. ;)
ReplyDeletecabaran demi cabaran....sentiasa memburu kita...akal fikiran yang matang sahaja mampu bertahan.
ReplyDeletemmg emo kan kau ni..
ReplyDeletehahaha..tapi ak sokong waaa..
mmg betol kau ckp tu..
pastu bab jalan berkepit tu ak
terasa..tu dh tahu slh wat gak kn..
huh
mmg bebulu nengok perangai sesetengah manusia,nk wat camanekn,ini brgantung pd didikan dri org tue n bekalan agame yg dberikn..
ReplyDeletehehehe.....
ReplyDeletelain 0rg,lain feel nya.......
x sume 0wg suka APA yg kita wat,dan x sume APA yg 0wg wat kita suka......
c(: