May 9, 2011

Satu Hari ...

Assalamualaikum .


Satu hari , aku bercakap , semua orang pandang aku , lebih kurang 5 orang pandang aku , setiap bait-bait yang keluar daripada mulut aku kelihatan jelas memasuki telinga mereka sebijik-sebijik , aku melihat muka seorang-seorang bergilir-gilir , sekali-sekala air liur aku terpercik ke sana sini lalu terpercik ke salah seorang yang duduk berhampiran aku , oh malu , aku teruskan lagi berkata-kata , aku memandang muka setiap seorang dalam-dalam , tiba-tiba aku blank . aaaaa ummmm aaaaaa ngaaaaa . gagap terus . keh keh .


pernah rasa macam tu tak ? tengah-tengah dok asyik bercerita jadi blank terossss . fulamak , susah jugak nak cari balik point yang hilang entah ke mana . last-last lain yang aku cakap . pernah rase tak ? kalo pernah tahniah .


Satu hari , aku tengah berjalan-jalan di tengah orang ramai , ramai gila nih , tiba-tiba opss terlanggar orang , maaf , aku jalan lagi , aku berjalan di belakang seorang makcik yang memimpin tangan anaknya , tiba-tiba seorang mak cik berhenti tanpa amaran di tengah jalan lalu dengan tidak semena-mena die menyekak pinggang , aduh , senak terkena siku mak cik , mak cik memandang sambil menjeling , eh , macam salah aku pulok , aku pulak yang mintak maaf , dalam hati aku mengutuk makcik tadi , kemudian aku berjalan lagi , aku nampak orang melambai-lambai , aku ragu-ragu membalas lambaian itu takut bukan untuk aku , aku hanya senyum .


pernah rasa macam tu tak ? satgi salah orang pulak . kalau x balas , orang kata sombong . dah tau rabun , pakai la spec mate . heh .


Satu hari , ketika tu aku form 1 . Dekat surau di sekolah . Baru masuk seminggu kot , hati suci murni lagi , seperti kebiasaan batch-batch terdahulu , antara maghrib dan isya' ade tazkirah dekat surau , so kena kumpul ramai-ramai campur senior ngan junior . Memang crowded tahap dewa ahh . Aku duduk diantara seorang senior form 3 dan sekumpulan budak batch aku . Budak junior ni bersembang , perghhhh pot pet pot pet . senior duk pandang slek . Tiba-tiba sorang akak cuit aku . Adek , senyap sikit boleh ? hormat sikit surau . pftt . aku pulakkkk . aku diam je dengar ustaz ceramah . tak guna betoi . aku cakap kat akak tu , eh saya tak bising pun , diaorang yang bising . akak tu jawab lagi , bila orang suruh diam jangan nak tuding jari dekat orang . eh , die sound aku plak . tak guna . muka kemain ayu , sedap nak tuduh-tuduh orang . memang aku pangkah terus ahh kakak tu . pftt . (aku x penah cite kat sape-sape pun , heheh)


pernah rasa macam tu ? kita tak buat salah , tiba-tiba kena sound . hangat ati woi . heheh .


Itu saja situasi yang ingin aku kongsi , sebenarnya banyak lagi , tapi dah tak boleh nak tulis dah . masa berblogging telah tamat . tettt !


p/s : kalau takut digigit nyamuk , jangan kita berbaju hitam .

13 comments:

  1. penah kena sound dengan cikgu. lebih kurang situasi diatas. tapi bukan surau.

    http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/05/cinta-aku.html

    ReplyDelete
  2. nk komen skit je,klau kite brbaju
    hitam jgn lupe ber beg kuning,he he,matching x..

    ReplyDelete
  3. muahah..akak tu kaver malu weh..

    ReplyDelete
  4. perghhhh... pernah gak ada insiden yg tak dingini... tapi nak wat camana... akak jegirkan aja mata akak... wat-wat marah...!

    ReplyDelete
  5. satu ingatan yang baik..ingatan yang kuat jugak.

    banyak yang kita pernah rasa tapi semacam tidak berpihak pada kita..kira kita pulak yang terkena.sangat ralat.

    ReplyDelete
  6. selalu terkena macam tu.

    kadang marah jugak.

    kadang just mampu tersenyum.

    benar, manusia pasti ada khilaf berbanding Tuhan yang tahu segala titik perkara..

    nice blog. teruskan mnulis ya sis!

    ReplyDelete
  7. hihi semuanya jat pernah rasa tau!

    terkenang betul O.o

    ReplyDelete
  8. salam..akak dr blog cik bidadari..

    ms sekolah dulu akak penahla kan kena marah cikgu pdhal kwn yg buat salah..kena tuduh berbual ms periksa pdhal kwn yg cuit mintak jwpn..kena rotan sbb dituduh buang samapah merata pdhal akak baru je smpi kat situ..sedihh

    ReplyDelete
  9. salam singgah dari pCL melalui blog bidadari...

    muka yang 'ayu' tak menggabarkan pekerti seseorang wanita ..huhu selalu terkena dgn keayuan mereka...

    PCL NAK TAU je..ada Efek ke tak !

    ReplyDelete
  10. singgah dari blog cik bidadari~~
    biasalah..seseorang harus dipersalahkan..dan sungguh amlang..selalunya orang tu adalah kamu~~
    hehehe...lex la..hidup ini indah..berwarna warni~~
    **kekadang nak gak guna warna itam sebab selalu sangat guna warna warni**

    ReplyDelete
  11. muka kepoh sangat. x cakap pun orang kata bercakap.


    muahaahahahahahah.


    ok, puas hati.

    ReplyDelete
  12. org yg byk berckp kdg2 suke tmbah cite.. dlm realiti die watak pipih je.. bile cite balik kt org die jadi hero.. ckp ngn org cmni rs mcm kena miang buluh..rimas..miang..xselesa

    ReplyDelete
  13. ahaa..aku selalu kena jugak...sedih..='(

    ReplyDelete