Assalamualaikum .
arini aku nak mencetuskan satu spekulasi . haha . bombastic gile ayat aku . tadi mase dalam lecture pharmachology , Dr Sabitha yang cakap pasal bende nih . jeng jeng jeng ...
aku tokok tambah je . hee .
Dalam sebuah bandar yang pesat membangun , ade dua orang manusia yang ade feeling terhadap satu same laen . yang lelaki bername Syed dan yang perempuan bername Alin . mereka berjanji untuk sehidup semati umpama lela dan makjun . eh eh majnun .
setiap hari , Syed akan mengahantar mesej selamat pagi kepada Alin .
new message > hai , selamat pagi sayang (gambar love) miss u . i love u . > sent to : > MY LOVE .
setelah mengenal hati budi masing-masing , pasangan dua sejoli ini bersetuju untuk mengikat tali ikatan perkahwinan . syukur . semua selamat .
setiap hari , setelah sampai ke pejabat , Syed akan menghantar mesej kepada jantung hatinya . pengantin baru la katekan .
new message > sayang , abang dah sampai pejabat . miss u ! tc . > sent to : > MY LIFE .
Alin dan Syed dikurniakan sepasang anak kembar pada tahun kedua perkahwinan mereka . comel GILE . nama anak-anak mereka : Kris dan Anang .
kerja Alin di rumah sebagai suri rumah semakin sibuk . sibuk menguruskan rumah dan anak-anak . tapi Alin bahagia . kadang-kadang kena pergi klinik , pasar , bayar bil , macam-macam . pening kepala dia .
Syed yang sememangnya busy di kantor kadang-kadang rindu akan isteri dan anak-anaknya . jikalau ada masa lapang , dia tidak melepaskan peluang untuk SMS isterinya .
new message > yang , tengah buat apa tu ? anak-anak tengah tido ke ? > sent to : > MY WIFE .
anak-anak semakin membesar . sedar x sedar dah lima tahun mereka berumah tangga . Alin tidak lagi kekok untuk menguruskan kerja-kerja rumah kerana tiada lagi gangguan daripada anak-anak yang telah bersekolah . cukup hujung tahun ni , Alin dan suami akan menyambut kelahiran baru lagi . hasil scan , anak kembar lagi . cukup 8 .
Syed gembira . pening pun ada . sekali beranak pum ! anak kembar . hebat syial . syukur . rezeki dari Tuhan . dia perlu mengukuhkan lagi ekonomi keluarga . pagi sampai malam baru balik . overtime . rindu dekat rumah , Tuhan saje yang tau . kadang-kadang , dia mesej rumah .
new message > yg , abang balik lewat malam ni . ot lg . > sent to : HOUSE .
masa berlalu begitu pantas . sudah 25 tahun mereka berumah tangga . memang dah kenal hati budi masing-masing . Alin , semakin kuat berleter . pot pet pot pet . anak-anak semua total 12 orang . maunye tak pening kepale . nasib baek ade yang dah besar . dah nak kawen da pun .
name anak-anak diaorang :
Kris + Anang , Siti + K , Ajai + Nurol , JayZ + Beyonce , Kajol + Ajay , Bruno + Ika ( ehh ! )
Syed sekarang ni dah ada business seniri . TWINSSS HOLDINGS . perghhhh . rezeki anak-anak katenya . semakin busy . keluar masuk oversea . jarang ade dekat rumah . rindu jugak dekat anak-anak . oh , dekat isteri pun rindu jugak . sekarang ni , kalo ade free die pegi maen golf . jarang-jarang mesej bini . call ape tah lagi .
sekarang dah terbalik kot . Alin yang mesej Syed .
new message > abg , dekat mane tu ? > sent to Hubby .
Syed akan balas mesej . tapi lambat . sangat lambat . bukak-bukak phone :
NEW MESSAGE > WRONG NUMBER . 3 MISSED CALL > WRONG NUMBER .
ceh . bole si Syed set number alin jadi WRONG NUMBER . tu lahh , mule-mule MY LOVE , up sket MY LIFE , da kawen MY WIFE , da ade anak jadi HOUSE , bile muak jadi WRONG NUMBER . chettt . x guna .
mase baru kenal bau kentut pun wangi . lepas dah kenal , kawen , anak banyak , kaye sket , nampak bayang-bayang pun bole muntah . busuk . hehe .
aku bukan anti ke ape . aku cakap berdasarkan pengalaman daripada cerekarama , drama-drama melayu , sinetron dan akasia . hehe . tapi ade betulnye kan ? kan ? well .
pikir-pikir kan lahhh ! peace ! :)
*sebarang watak dan perwatakan tidak berkait dengan mana-mana pihak . harap maklum . jangan nak perasan ! heh .
p/s : otak aku da terpengaruh dengan tv . haha .
tah pape...:p
ReplyDeleteinteresting :) manusia berubah, hati berubah.. entah la.
ReplyDeleteanonymous :
ReplyDeleteaku tau ko sape . hahaha . busukkkk ! :p
Fyzal :
ReplyDeletethank u . hurm tu lahh . xde siape dapat bace hati manusie ni . :)
tah pape..haha..annon tu abaikan. mm dr rohaimey buat.
ReplyDeletehahaha xD adaptation yg boleh dibuat drama dari ayat dr. sabitha. tak blah ahh ko ni ika! xD
ReplyDeleteyg pasangan kembar last skali tu aku kurang stuju la weyh. kui3 ;p
hiro :
ReplyDeletehurm . baiklah hiro . dr rohaimey lg ? ergh .
terpengaruh drama kuat sgt ko nih.haha.apsal anak2 suma nama artis ni.glamer sungguh.haha
ReplyDeleteayda :
ReplyDeletehak hak . menarik ape yg Dr cakap tu . aku tertarik . hehe .
eh , itu kembar paling wow ! haha .
Lady SS :
ReplyDeletetu ahh . sume drama tunjuk bende camtuh . terpengaruh dah aku . well . name artis baru ade style . haha .
haha..mmg kuat pengharuh tv ni
ReplyDeleteE.d.y :
ReplyDeletehurm . tu lahh . sume salah tv . hahaha . :D
phew gila laa kan!
ReplyDeletetapi thats reality.
e2 sebab as pompuan as well as wife in the future, kena kreatip memperbaharukan cintaa. ecehhh!
iye betul tu . bende ni realiti .
ReplyDeletehurm , bagus cadangan saudari . hebat ! ecehhh . :D