Jul 29, 2011

Cuaks .

Assalamualaikum .


Aku pulang ke rumah dalam keadaan bingung . Macam orang hilang anak . Lihat keadaan keliling rumah , sunyi macam rumah tinggal . Aku cari kunci rumah , ah shoot tertinggal dalam beg dalam kereta . Sedar-sedar aku dah ade dalam rumah . Hari dah malam , gelap . Tak payahlah pasang lampu . Terus tidur . Penat betul hari ni .


Hari siang , mama abah dengan kakak aku dekat rumah . Eh , bila masa diaorang datang ni . Tapi , aku tak tanya bila diaorang datang , aku buat biasa je . Sarapan sama-sama . Tak banyak yang dibicarakan time makan , tak macam selalu , sembang soal anak raja , sedara sini sana , jiran dekat kampung , artis , macam-macam . Aku tersenyum dalam hati bila ingat semua orang nak bercakap time makan . Seronok , meriah .


Lepas makan semua orang bersiap nak keluar . Dalam hati tertanya-tanya nak pergi mana . Humm , siap sajalah . Ikut je . Tak payah tanya . Lepas siap terus masuk kereta . Sunyi je dalam kereta . Aku pun malas nak tanye ape-ape . Diam jugak .


Sampai di traffic light , abah belok kanan . Masuk hospital . ouh , nak melawat orang sakit rupanya . Siapa agaknya . Malas nak tanya , barulah surprise . Eh , boleh pulak . Nervouslah . Keluar kereta  . Semua orang terus jalan menuju masuk bangunan hospital , tak ade 'berkompromi' lepas turun kereta macam selalu . Humm .


Sampai di ward . Eh . Aku terdiam . Mama dan kakak aku terus ke katil patient mencium dahi pesakit . Abah hanya terpaku melihat di hujung katil . Aku hanya terdiam . Aku pandang mama , abah dan kakak aku . Aku cuba memanggil mereka , tiada respons . Aku cemas . Mereka seakan-akan tidak dapat mendengar suara aku . Aku menangis .


Aku hanya memandang wajah yang terbaring di atas katil . Eh , aku ?


Argh . Sambunglah sendiri . Aku jadi cuak bila tengok cerita Just Like Heaven , yang Reese Witherspoon berlakon tu . Kalau jadi dekat aku macam mane . takutlah . Pernah tengok tak ? Dalam cerita tu dia doktor , lepas tu otw balik rumah dari on call die accident , balik rumah tengok ade orang lain duduk rumah aku . Dia tak tahu dia tengah koma . Tenat . grrr . 


Ouh , aku dah habis posting surgery . Bye bye ward 2A dan 2B . bye bye Doc-doc surgery . Bye bye Dr W , Dr M , Dr S , Dr TW , Dr V dan tak lupa Dr R . hihi . Lepas ni posting medicine woi . Medicine lebih ganas baik dari segi docnya mahupun kes-kesnya . Cuak syial . Doakan aku okehhh !


okaylah , daa .


Sekian .


p/s : M for medicine . M for Mra . eh ? :p



Jul 24, 2011

Kayya .

Assalamualaikum .


Satu orang perempuan masuk dalam kedai makan mamak . Lagaknya persis anak orang kayap eh anak orang kaya . Berjalan bagaikan terlalu tinggi tahap confident nya , sehingga orang keliling mendapat tempiasnya . Tinggi melayut sehingga terpaksa melangut memandangnya . 


Langkahnya maju ke hadapan dengan penuh gaya . Di belakangnya ada seorang lelaki menemaninya . Pasangan kaya ni , kata hati aku .


Berkepit erat ke sana ke mari di dalam kedai , bagai ada yang mahu memisahkan mereka . humm . Si perempuan berbisik mahu itu dan ini , si lelaki menurut sahaja bagai terpukau oleh bisikan si perempuan .


Setelah selesai memilih makanan , mereka bergerak ke arah kaunter . Si lelaki mengeluarkan wallet dari kocek belakangnya . Gentleman sungguh gayanya . Si perempuan melentok-lentok kepalanya mengibas rambut yang panjang mengurai bak mak lampir sedang memukau mangsanya .


Selesai membayar . Mereka beredar keluar .


Perempuan itu menjinjing beg jenama kaya , dari jauh aku boleh nampak kualiti begnya , bapak ah .  Yang lelakinya lengkap sepersalinan barangan berjenama . Nampaklah kayanya di situ . Mereka menuju ke kereta . Alah , parking dekat belakang , tak nampak pakai kereta ape , haih .


Mesti dia tolong bukakan pintu kereta , lepas tu si perempuan tu senyum lebar sebelum masuk ke dalam kereta sambil kibas-kibas rambut . Wah , berdrama . 


Buruk perangai tahu perhatikan orang macam tu ? hik hik . Ada mata pandanglah . Tapi kan , bila dah kaya mesti nak beli barang branded . Itu orang kaya , aku tak tahulah apa alasan orang yang tak kaya nak berlagak pakai barangan branded . holoh holoh . 


Pakai lagi ke pepatah biar papa asal bergaya ? Aku rasa zaman sekarang orang dah tak kisah . Yang menunjuk lagi boleh didetect kepapaannya . Tak suka tahu ? Tapi sesetengah orang tak sedar yang dia tengah menunjuk . Masalah bukan ?


humm . 


Minggu ni minggu last aku dalam posting surgery . Lepas ni posting medicine pulak . takutlah . Doktor garang . rawr . hik hik . Doakan aku lancar semuanya okeh . muah .


Sekian .




p/s 1 : Apa kau dapat bila dapat bagitau semua orang barang-barang kau semua branded ?


p/s 2 : saya ada beli bedak , satu bedak harga MYR 26.90 . (test guna MYR . eh menunjuk ke ? opss)



Jul 18, 2011

Mmm-mesej .

Assalamualaikum .

" RM 0.00 . Helo syg , esok sudah nak bertolak , saya telah tinggal mesej gambar untuk kamu . Taip ON AZIA hantar ke 32226 . Mesti happy ! Optout call 0134567890 . " 

Ape kejadah aku asyik dapat mesej camni sekarang ni ? haaaa , tanjat boboi . tak suka tahu ? Masalahnya semedang (selalu) je dapat mesej ni , cuma yang ON je lain . arghhhh . stressnya . Bukan aku je dapat , mak aku , ayah aku , kakak aku pun dapat . Benci wo . nak je aku reply " kepala hotak awak . " tapi satgi macam bengong je . baik aku delete , duduk diam-diam , kutuk dalam hati . huh .


Cakap pasal mesej bermesej ni , dulu zaman jahil pasal phone aku tak tau pulak wujudnye memesej ni . Yang aku tau binatang yang ade nombor-nombor yang saiz besar gedabak tu untuk call , nak mesej kena charge lain . hehe . naif kan ? hee . Lepas tu bila ade botol air berbentuk telefon rasa bangga gila . Rasa macam berteknologi sangat hidup . oh man . serius tak leh blah . haha . Berbeza zaman sekarang , budak tak sekolah , budak kecik pun ade phone . Ape cerita ? Zaman aku main cyber pet je . Habis bergaya ah tu . Bosan jadi budak zaman sekarang . Main angry bird , siap ade keluaran berbentuk patung , key chain , eraser , beg , macam -macam . Kalau nak beli tu , yang main angry bird tak pe ah , yang ni orang tak main pun beli , apahal ? haa .


Bila aku tengok student-student pakai phone yang gile ah punye canggih , rasa macam malu pulak nak compare dengan doktor-doktor yang dah dapat pangkat Dato' , surgeon , lecturer yang pakai phone cokia je . Sangat berbeza . Argh , nafsu muda nak berteknologi . Apakan daya , ye dak ? hihihi .


Tapi kan bila dah ade phone banyak-banyak , canggih-canggih , janganlah liat sangat nak reply mesej ngan call orang lain . Ni bila mesej , tak reply . Ape kejadah ada phone ? Lainlah kalau orang tak kenal . Tak kenalkan diri sory ah nak layan . Bila mesej takpun bila call kite , dia tanya , sape ni ? Otak kau . Kau call aku lepas tu tanya aku sape ? Oh kasarnya bahasa ! hahaha .


Kalau akulah kan , kalau orang mesej , walaupun untuk cakap thank u , aku akan reply . Aku tak suka bila mesej dengan orang , lepas tu tiba-tiba berhenti macam tu . Tak suka tahu ? Kenalah end kan dengan kata-kata penutup . Tahu ? Barulah bersopan-santun . Argh ikut sukalah , itu aku . Aku punya pasallah . pftt . 

Humm . Aku nanti ade exam untuk 'Innovation Management' , benci . Benda macam ni pun nak exam . Subjektif pulak tu . Stress tahu ? Tapi aku siap boleh update blog lagi , apa cer weh ? arghhh . Aku rasa dah takde ape-ape dah kot . Sampai di sini dahulu ! Daa !


Sekian .



p/s : *baca inno sambil berlari-lari keliling laptop*

 

Jul 14, 2011

Aku dan Superhero .



Assalamualaikum !




Bangun dari tidur 2 hari lepas , badan aku sakit-sakit . Bahu aku bengkak . Tangan kiri tak boleh nak dihayun sesuka hati lagi . Pergerakan tangan kiri aku terbatas , tambah-tambah lagi kalau buat pergerakan circumduction dan extension . perghhh berasap shoulder joint aku . Mujurlah member aku tolong belikan Cormoplus untuk ditampal di tempat sakit . Sedap rase , panas-panas berangin . Tapi , rasa macam orang tua dah . 


Bila pergi kelas , asyik kena tampar je . Sakit tahu ? Tempat sakit memang macam tu . Haish . Bila orang tampar , aku cakap sakit , orang tanya , kenapa ? Aku cakap tak tahulah . Salah tidur mungkin . Ade yang cakap kena gigit dengan binatang kot . Binatang ? (rimau ?) Ada yang cakap banyak sangat guna tangan kiri . Aku bukan Ika Kidal . Ada yang cakap tidur tertindih tangan lama sangat . ye ke ? humm .


Aku jadi stress nak jawab bila orang tanya kenapa sakit tangan . Last-last aku pun jawab , sebenarnya , aku ni superhero . Malam-malam aku pergi selamatkan dunia daripada kekacauan , aku pergi tolong orang dalam kesusahan tidak kira di mana mereka berada . Lepas tu , bila bangun pagi badan aku sakit-sakit , lebam sana sini . Aku tak sedar yang aku ni superhero . Tapi bila lama-lama baru aku sedar aku ade kuasa luar biasa . Patutlah semenjak dua menjak ni aku asyik tak cukup tidur . Malam-malam aku pergi mengawal dunia rupanya . Ha , sebab tulah tangan aku sakit-sakit ni . HAHA . terus aku kena jeling laju-laju .


Tapi bila aku pikir-pikir balik , macam mana kalau aku memang ade kuasa superhero ?? humm .. Aku nak kuasa macam mana eyh ? Boleh terbang ? Bosan . humm . Nak pilih binatang ape lagi eh ? Spider dah , bat dah , cat dah , iron dah , cicak dah . Semua nak binatang . tak paham aku . Kalau aku aku nak kuasa yang boleh baca laju-laju . Senang sikit nak hafal McLeod ngan Norman Browse . heh . Kostum lak ? humm .








Ini aku ? Laki nih . takleh takleh .



Atau ini ? Lemas ah pakai topeng . tak mo tak mo.



Gila melentik engkau . haha . uuu sexY . :O



Yang ni ? Udah macam nak menggeliat je .



Kalau yang ni mengiron je keje aku . *Hero die hensem . hee .



Serius aku geli nengok badan ko . Macam Cornflakes . Macam ta.. pun ade . hee .


Susah la nak pilih costume . Agak-agak suprhero yang mana menjadi pujaan hati ? heheh . Pilih satu okeh .

Sekian .



p/s : Bab mengarut memang aku suke . heh . :p


Jul 12, 2011

3 Kedai .

Assalamualaikum ! (jawab dalam hati tau)

Dekat tempat tinggal aku , sebelum sampai ke rumah aku ade deretan kekedai runcit . Ha , ni yang nak cerita ni . Benda yang unik dalam kalangan kekedai runcit ni ialah mereka masih menjalankan perniagaan dengan aman makmur selaras dengan misi 1 !!? Malaysia (cakap ramai-ramai sambil tangan cucuk langit) . Kerana ? Ade 3 deretan kedai runcit iaitu kedai runcit cina , kedai runcit India dan kedai buncit Melayu , ehh kedai runcit Melayu . 

Selain itu terdapat juga kedai gunting rambut Aboi , Spa Q , kedai motor , kedai jual ikan ayam dan santan , kedai makan yang menjual gulai , kedai photostat merangkap kedai kawan baik kakak aku (sebab suka print kat situ) dan CC . Maju kan ? Berbalik kepada tujuan asal , aku nak buat perbandingan antara kedai runcit Cina , kedai runcit India dan kedai runcit Melayu . hik hik .

> Perbandingan 1 - Kedai Cina .


Kedai cina ni aku tak berapa suka nak pergi . Mengapa ? humm . Satu , auntie yang jaga kedai tu bagi aku tak peramah , tanya macam nak marah kita beli barang dia . heh . Lepas tu , contoh kalau kita nak santan jenama ayam brand . Tapi dekat kedai dia ada santan jenama Kara je . Dia akan kutuk-kutuk santan yang kita nak tu dan mengatakan santan Kara lebih unggul dan terbaik dari kalangan santan-santan . Sengal bukan ? Dia tak nak kalah kalau benda yang kita nak tak ade dekat kedai dia . heh lagi sekali . Lagi satu susunan agak berterabur dan sempit . Silap-silap boleh main nyorok-nyorok . keh keh . Pelanggan kadang-kadang ramai , kadang-kadang anak beranak cina kedai tu yang ramai . Tapi ade jual kerang (mak aku pernah suruh belikan-rm3 satu plastik) .


> Perbandingan 2 - Kedai India .

Kedai ini juga dikenali sebagai kedai Indu . ngeh ngeh . Inilah kedai fevourite keluarga kami dan penduduk di taman mahupun luar kawasan taman kami . Mengapa ? haa . Setiap pelanggan inginkan kehendak mereka dipenuhi si pengkedai . Boleh sebut semua jenis barang , kalau tiada aral melintang , semua barang tu ade . Susunan kedai okay la . Senang nak cari . Harga selalunya lebih murah dan berpatutan berbanding kedai lain . Ade sabun , shampoo , sayur , ais , majalah , barang-barang dalam cermin , Olay total effect , Garnier , sticker motor , peti aiskrim yang banyak , buku tulis , pens , alat kosmetik . Arghh semua lengkap lah . Uncle yang peramah dan auntie yang kuat bersembang . ngeh ngeh . sekarang dah ade 2 cashier wooo . maju kauu . 


> Perbandingan 3 - Kedai Melayu .


Bertepatan dengan namanya . heh . Kedai paling besar antara kedai-kedai yang lain . Cat style gila biru dan kuning . Namun , kedai ini kedai paling lengang . Boleh main jengket-jengket dalam kedai ni tahu ? Ruang lagi banyak dari barang . Bukan tak nak tolong bangsa sendiri , tapi bila semua barang tak ade , jadi fed up tahu ? Itu takde ini takde . Harap kedai paling cun tapi , sangat lengang lagi melengangkan . Kesian jugak kadang-kadang . Orang datang kedai dia just untuk beli sayur-sayuran , topup , tukang juga hantar barang dan tidak ketinggalan orang yang lalu untuk ke kedai Indu . keh keh . 

Begitulah perbandingan yang aku lihat . Susah kalau tak ade strategi dalam berniaga . Nampaknya pemenang bagi perbandingan ini ialah Kedai Indu . yeay . Tahniah . Saya suka beli barang-barang di situ . Untung Olang Ramai . wee . Bagi yang berniaga tidak kiralah bangsa apa , nak berniaga janganlah hidup segan mati tak mahu , nak kena bunuh ke . Berniaga dengan ikhlas . Jangan bila tengok orang berniaga , dia pun nak sibuk berniaga . Tak menjadi tahu ?


Okaylah . That's All . yeah yeah .
Sekian .




p/s : Aku pernah jumpa Cadbury yang berkulat time aku kecik-kecik dulu . Geli tahu ? Yek yek . :p




 

Jul 9, 2011

Dia Sorang je Ada Kereta ??!

Assalamualaikum !


Woh , panas weh . Meh sini bace dekat sikit aku nak cite . grrr grrr .


Tadi , tengah hari yang panas aku , mak aku dan kakak aku pergi ke pekan Kuale untuk membeli barang di Guardian . Dalam perjalanan bertembung dengan beberapa kereta polis . Tahu tahu sajalah , orang sana buat perhimpunan Bersih , takut tiba-tiba ada pulak orang dekat sini nak buat perhimpunan Kotor . humm .


Maka setibanya di Guardian , kereta di parking di side parking berhadapan dengan Guardian . Dalam Guardian , tunggu kakak aku pilih minyak wangi , aku sempat pusing-pusing satu Guardian . Bila aku lalu dekat kakak dengan mak aku , mereka mintak aku cium mana satu yang lagi wangi , hidung aku pun pening dan rasa confuse sebab banyak sangat bau wangi melekat dekat hidung , pergelangan tangan , tapak tangan , merata-rata rasa macam melekat bau wangi . emm , mangiii .


Okay , bukan itu yang bikin aku panas , akhirnya dapat ah kakak aku pilih minyak paling wangi antara minyak wangi , pegi la bayar dekat kaunter , aku sempat capai Cadbury Booster . Macam tak pernah makan je . Terliur plak rase nak makan coklat . hikhik .


Setelah selesai urusan berjual beli , keluar Guardian , masuk kereta , ada motor dan basikal parking belakang kereta . Langgar kang ha , baru tau . Parking sikit punya banyak ke . Pftt . Hat tu boleh dimaafkan lagi aku rasa . 


Bila nengok depan ade pulak Kereta Saga parking sebelah kereta kami . Tak de akai . grrr . Dah tau orang nak keluar ape lah salah ke depan sikit , depan kau kosong takde kete kot . Kitaorang pikir takde driver agaknye . Boleh dimaafkan rasanya .


Try reverse belakang , ke depan , reverse lagi , takut langgar moto ngan basikal . Tiba-tiba , eh nampak macam kereta Proton Saga tu ade driver rupenye dalam die . Mangkuk hayun jugak orang tu . Bila dihon , ingatkan ke depan lah sikit , tengok-tengok seinci pun die tak gerak . Ape pun tak boleh . Bangang ke ? Tak paham ke woi , orang nak keluar kereta ? Gila ? Tak reti bawak kereta ? Ke tak dengar orang hon ni ? Keliru dengan diri sendiri ? arghhhh .


Last-last , tuan punya basikal datang . Basikal dialihkan . Muka dia nervous je takut reverse-reverse kena die . hikhik . Reverse punya reverse , dapat keluar . Mangkuk si Proton Saga kaler silver model tak berapa nak baru tu still tak berganjak . Lepas dapat keluar dr side parking , kitaorang semua pandang dan hon sekuat hati , driver tu boleh pandang macam tu je . Muka stone , takde perasaan dan hati perut betul . Benci . Lelaki tu umur dalam lingkungan akhir 20an . Dalam kereta tu ada lah beberapa orang lagi . Dah la pakai spec ribbon ala-ala MJ . Bajet . Macam belalang tahu ? 


Kau ingat bangga sangat ke pakai spec macam MJ sampai tak nak alih kereta ? Kereta kau kereta kebal ? 1.3cc je kot . Nak berlagak ? Ikutkan hati nak je tunjuk jari F macam kitaorang pernah kena dekat Penang , cina mata sepet yang bajet cool , kau yang salah lane , nak angkat jari apahal ? Okay yang tu cerita lain . Walaupun begitu , aku masih rasional nak buat benda tak moral macam tu . humm .


Orang macam ni sepatutnya kena masuk sekolah memandu balik . agagagaga . Kadang-kadang , orang lain bawak kereta penuh berhati-hati dan ingat orang tersayang time drive , tapi orang macam nilah , yang tak ade perasaan masa bawak kereta . Kau pikir kau samseng jalan raya ? Macam mana orang lesen baru nak berani bawak kereta kalau asyik jumpa orang macam kau ? arghhh . Geram tahu . Satgi hon lebih-lebih kau kejar pulak , tuduh aku nak pegi perhimpunan Bersih . eh . grrr .


Bila cakap pasal bawak-bawak kereta ni , aku teringat cerita lain .


Aku tak suka bila orang cakap contohnya : "orang Ipoh ni tak reti bawak keretalah ." Kau bajet kau cool ke mention nama tempat . Kau nak salahkan cikgu yang mengajar dekat Driving School Ipoh ke cakap macam tu ? Manalah nak tau orang tu belajar memandu dekat Shah Alam , lepas tu pindah Ipoh . tiba-tiba kau cakap macam tu ? arghhh . Benci benci . Humm , senget mulut I tahan marah . hik hik .


Humm , okaylah . next time , kalau bawak kereta hati-hati ye . Fikir sama orang lain . Orang lain pun bayar cukai jalan . Hak awam . Hak masing-masing . Jangan nak tunjuk belang pulak , kau harimau ke kuda belang ? pftt . Benci . Fobia tahu ?




Eh , kejap . Tengok ni .






Style kan ice cream ni ! nyam nyam .


Ok bai . Sekian .




p/s : aku tak suka ada motor jalan depan aku kalau tengah drive kereta . Confirm bising mulut aku ! hee . Tambah-tambah lagi kalau apek cina yang pakai seluar pendek . Kalau jatuh accident , kang sakit lutut tu ! Eee sakit tahu ? Aa Aa Aaaaa Adoi !



Jul 6, 2011

Menipu Ditipu Tertipu ? ohh .

Assalamualaikum .

Mencari masa masa untuk mengupdate blog adalah susah , sesusah mencari Cloud 9 perisa original tahu ? Semua kedai nak jual Cloud 9 perisa baru , yang lama macam mana ? argh . humm . Setiap saat yang telah berlalu tidak akan kembali lagi , pernah tak tengok jam pukul berapa , tarikh , lepas tu catat dekat mana-mana . Contoh , pukul 5.45 petang , saat 35 , tarikh 6 Jun . hihi . Nanti bila-bila tertengok ape yang ditulis tu aku akan sengih sorang-sorang . Lepas tu , cakap dekat diri sendiri , eh , yang aku tulis hari tu ! hee .

Argh kejang urat tangan dengan urat otak aku pikir nak update pasal ape ni . grrr . Tapi tak kire , nak update jugok . emm .

Beberapa minit kemudian .


Eh , pernah menipu ? hehe . Tak kire lah menipu benda baik mahupun benda buruk . Asal pernah menipu je , mengaku . hah . Mesti kepala ligat memikirkan kesalahan lampau yang pernah dibuat gara-gara menipu . Ke banyak sangat dah menipu ? Lepas tu bangga dengan diri sendiri . oh kurang hajar nye kalau macam tu . Orang cakap , haa menipulah , lama-lama nanti mencuri . Betul ke ? humm .


Tapi satu yang kita boleh detect kalau orang menipu ialah orang tu akan cakap dan explain benda yang kita tak tanya . Cakap lebih-lebih nak cover lahh tu . ngaaaa . Lepas tu bila kita tanya , dia akan diam sekejap dengan muka akan pucat sebentar , dan kemudian dia akan menjawab dengan senang hati sebab dah dapat jawapan yang sesuai untuk menipu . heheh . Cisss , nak menipu konon . pirahhh mabuk . eh dah lama tak cakap macam tu . hik hik .


Lepas tu , ade orang cakap kalau orang yang menipu ni bila dia cakap mata dia akan ke kiri sedikit ? Betul ke ? Aku tak pernah plak tengok yang ni sebab bila cakap tak pakai spec , tak nampak matanya . Rabun lah katakan . haih . Ada lagi ke cara untuk detect orang yang sakan menipu ni ? Tapi kan kalau orang yang jadikan menipu sebagai aktiviti lapang susah sikit kot nak detect . humm .


Pernah dengar tipu sunat ? Tak ade tipu yang sunat sebenarnya . Aku dah check beberapa rujukan . Orang menipu ni kategori orang munafik . So hindarilah menipu . hee . So , nak tipu lagi tak lepas ni ? Tak nak kan ? haa . 

Okeh okeh nak cerita ni .

Ade sorang kawan aku ni . Dia sangat banyak mulut . Sedang-sedang bersembang pasal akak senior lah , kereta kena saman lah , tiba-tiba keluar cite pasal cantik . Dia pun kata :

" ika nani , aku ni buruk lah . "


aku memandang pelik ke arah beliau . sejurus selepas itu dia berkata lagi .


" omo ! omo ! hidung aku jadi panjang macam Pinocchio sebab menipu , humm maknanya aku ni cantik lah . hik hik . " die ketawa sambil aku pandang slek dekat die .

Dalam hati aku cakap , kenapalah aku ada kawan macam ni ? arghhh . Dia ni suka buat lawak , lepas tu akan describe lawak yang die buat tu takut orang tak paham . Sabar je la kan ! arghhh . Kenapa kawan aku macam ni ? haha .

Okaylah okaylah , berbalik kepada isu menipu tadi . Kalau dah dasar penipu , satu dunia akan terpedaya kecuali orang-orang yang rapat , yang terlibat , yang paham benar tingkah lakunya kan ? Tambah-tambah lagi seorang ibu . Tipu lah macam mana pun , mesti dapat detect kan ? Ketika menipu , fikirlah effect kepada anda dan orang sekeliling . Tapi , jangan sampai lupa pulak benda yang ditipu k ! hik hik .


Itu saja saya rasa . chaw .


Sekian .




p/s : Orang ajak aku tengok transformer . Tak minatlah robot-robot ni ! Benci tahu ? Semua tu menipu je . arghhh . pftt .



Jul 1, 2011

Pen Merah Pen Biru .

Assalamualaikum .


(sebut huruf R dengan sebutan KL)


Satu hari selepas habis kelas , aku dan seorang member singgah di kedai makan untuk beli makanan untuk dinner sebelum balik rumah . Mencari menu makanan untuk dimakan adalah perkara paling susah tahu ? Setelah berdiskusi , akhirnya kami mendapat kata sepakat untuk mengorder kuey tiow kung fu .


" Kami nak bungkus tau . Kuey tiow kung fu 2 . Satu kuah die nak biase , satu lagi kuah die nak ayam je , tak nak seafood . " member aku bersuara . Aku hanya senyum , tak sempat aku nak bagitau beliau dah terlebih dahulu orderkan untuk aku . Terima kasih . hik hik .


Bila kita berkawan dengan orang , jelaslah bahawa orang itu manusia , jadi bila kita berkawan dengan manusia , jelaslah bahawa manusia ni makhluk yang begitu kompleks sehinggakan mampu membuat manusia lain jatuh hati , benci , kurang selesa , gembira , sayang , menangis , rindu , tension , kecewa , marah , bosan dan segala cabang emosi untuk tersentuh . Setiap batang tubuh manusia lengkap dengan emosi dan perasaan untuk memberi respons yang sesuai kepada keadaan sekelilingnya .


Berbalik kepada cerita aku tadi , aku berasa amat bangga dan terharu apabila member aku itu mampu mengorderkan menu yang tepat lagi jitu . Kuey tiow kung fu kuah ayam sahaja tak nak seafood . Mungkin itu sekadar benda biasa , tapi bagi aku member aku tu tau pasal aku , beliau kenal aku , tanpa aku bagitau beliau boleh duga kehendak aku . hik hik . Susah tahu nak jumpa kawan yang tau selok belok tentang diri kita . Jika mereka dapat describe every single thing pasal kita maksudnya itulah kawan , dia care pasal aku . haaa terharu . hee .


Okay okay . Skill ambil hati orang lain ni bukan semua orang ada . Jangan risau , hati orang itu tidak akan luak (berkurang) jika anda mengambil hati mereka . Eh ambil hati ke ambil berat tu same ke ? arghhh suke hati la nak ambil ape .


Bagi aku la , kalau nak ambik berat pasal orang ni kena tengok jugak orang tu macam mana . Jangan ambil berat orang yang tak sedar kita tengah care pasal dia . Lepas tu bila sampai satu keadaan tentang apa yang dia akan buat dia akan cakap , "macamlah kau tak kenal aku" . Ayat tu amat mengguris hati . Padahal setiap perbuatan dan perangai dia ada dalam kocek kita . So , tak payah susah-susahkan diri ambil berat orang macam ni . Rasa macam kita ni teruk sangat , tak pernah ambil kisah pasal dia . 


Ah berbelit ayat aku . Maaf .


Mungkin cara aku ni berbaur ego sedikit tapi betul lah kan . Kalau aku je yang nak kena tahu pasal kau , penatlah . Bila aku bercerita masalah ke ape ke , kau pun ade jugak benda nak cerita dekat aku . Last-last , aku pulak yang tolong kau selesaikan masalah kau , aku punya cerita macam mana ? Selfish dan ego kadang-kadang perlu , kadang-kadang memakan diri sendiri . Bila kau bagi perhatian benda yang aku cerita , aku rasa seronok sangat , sebab jarang . Kawan oh kawan . Please lah weh . Aku bukan parents kau nak bagitau ape yang betul apa yang salah . Dah besar , pikir sendiri . Penat lah aku macam ni . Kau tak kacau aku , tapi aku tak sampai hati nak biarkan kau . humm .


Berkawan biar beribu ? Penat kalau semua macam ni . Dalam arena persahabatan ni , tak sah kalau tak gaduh kan ? Ada gaduh yang biasa-biasa , ada gaduh yang brutal-brutal , ada gaduh yang tak tegur langsung , ada gaduh yang main-main . Ape-ape pun , kalau tak bertegur sampai 3 hari tu berdosa tahu ? Memutuskan silaturrahim namanya . Malas nak campur . Berkawan biar beribu , bercinta biar satu ? Eh tapi ade je yang bercinta sekali dua, tah ape-ape , kacau orang lain , ape kejadah ? grrr . 


Beginilah dunia , ada benda yang kita suka , ada benda yang kita kurang selesa . Kalau keadaan tak dapat di kawal lagi , buat hal sendiri , jangan susah hati , bergembiralah . *senyum* . Okaylah . Sayangi kawan anda . Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali . Adoiyai . Berakit-rakit ke hulu berenang renang ketepian , bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian . adoi .


keh , chaw . muah w/ red lipstick .




Sekian . 




p/s : Pen merah pen biru , u marah I slap you laju-laju . :p