Atuk,
No.132, Kg Simpang Lawin,
POBox Lubuk Merbau,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Ke hadapan atuk yang disayangi,
Aku ingin berterima kasih kerana...
Hari itu, aku dan adik-beradik aku makan tengah hari bersama-sama di dalam satu pinggan.. seperti biasa, Katih akan mendominasi pinggan itu.. Katih abang aku yg sulung.. dialah yang paling kemas dan bergaya pada aku.. Kabu pula, abang aku yang tengah.. dia seorang yang sederhana.. dan aku? Akulah adik mereka, Katam.. walaupun aku adik perempuan mereka, mereka tetap menyayangi aku.. aku bukanlah seaktif mereka berdua..
Selepas habis makan tangah hari, aku melihat Yop membawa abang2ku lalu dimasukkan ke dalam guni barangkali.. aku hanya mampu memandang.. perbuatan Yop hanya diperhatikan oleh opah.. aku dapat merasakan sesuatu bakal berlaku.. Katih dan Kabu meraung-raung.. aku juga begitu.. mereka tidak tahu ke mana mereka akan dibawa.. setelah beberapa ketika,ibuku, Min juga dimasukkan ke dalam guni.. mereka berlalu pergi..
Aku hanya mampu berharap, mereka akan pulang suatu hari nanti.. aku hilang selera makan.. hanya mampu termenung, menunggu kepulangan abang2 dan ibuku aku yang tersayang.. namun, walaupun tanpa mereka aku merasakan aku di layan istimewa oleh atuk.. atuk sering membelai aku.. memastikan aku dapat menjamah makanan pada waktunya.. aku sayang pada atuk..
Apa yang aku tau, atuk seorang yang pelupa.. kadang2 dia memberikan aku makanan berkali-kali.. namun, aku tetap menyayangi atuk.. aku tidak berasa sunyi lagi.. aku senang berkawan dengan atuk.. hanya atuk yang memahami aku..
Hari berganti hari.. aku kini dapat menerima kenyataan yang Katih, Kabu dan ibuku Min mungkin telah gembira berada di suatu tempat.. aku dan atuk kini bagaikan sahabat karib.. di mana ada atuk, disitulah ada aku.. aku sayang atuk, sayang sangat.. aku risau kalau atuk ke mana-mana..
Pernah sekali atuk ke surau, aku pergi mencarinya.. setelah atuk selesai solat, atuk nampak aku.. kami pulang bersama-sama.. kalau atuk ke kedai runcit, aku juga ke sana.. aku senang dengan atuk.. meskipun kini aku telah bergelar ibu, atuk tetap melayani aku dan anak2ku dengan baik.. Pusy dan Leo, nama anak2ku yg diberi oleh cucu-cucu atuk..
Atuk, walaupun di mana kau berada.. aku tetap akan menyayangi atuk.. atuk sangat istimewa.. atuk baik.. atuk sentiasa melindungi aku dan anak2.. semoga kami dapat berada di samping atuk selama-lamanya..
Yang benar,
Katam
Kucingmu.
p/s: kisah ini kisah benar.. diadaptasi dari dunia realiti..
kucing akak ke??
ReplyDeleteaah kucing kt kmpg.. ;)
ReplyDelete