Aug 21, 2010

Oh! berbuka..

ehem ehem.. (membetulkan suare yg serak2 basah)
Assalamualikumwarahmatullahiwabarokatuh..
hadirin hadirat yg dirahmati Allah sekalian, (sambil membetulkan mic yg tersangkut di baju)

hari ini ana ingin mengingatkan anta2 sekalian untuk sama-sama kita menghayati dan menghargai bulan puasa, dimana kita sesangatlah beruntung kerana masih berkesempatan untuk berada di dalamnya.. (berhenti seketika sambil membetulkan cermin mata)

hari ini, ana ingin kasi tau sama anta anti sekalian pasal adab berbuka puasa leh (gaya cakap org arab cilop)
antara adab2 nya adalah:

1)Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu seperti dlm hadis:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

2)Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air seperti dalam hadis

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

tok imam berhenti seketika kerana tercungap2 selepas kenyang mkn berbuke kn.. (bernafas dalam2.. lalu meneruskan ceramahnya)

3)Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. seperti dalam hadis

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

(*kalo makanan dah dihidangkan depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. tp jgn lah sampai asyik sgt bebuke.. siap tgk Buletin Utama sampai dkt nk sampai segmen sukan dah.. :D)

4)Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka seperti dalam firman Allah s.w.t.

"Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih- lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. "

(*time ni la nak uji, kite kenal diri sniri ke x.. kalo ape yg dibeli tu abis.. kire mmg kenal lah diri seniri.. kalo x abis, sampai air yg dibeli dah penuh dlm peti ais (siap warna-warni lg) x brape nak kenal la kot.. opss!)

5)Berdoa ketika berbuka. seperti dalam hadis

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

(* Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat)

6)Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka seperti dalam hadis yg menyebut:

“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

demikianlah adab2 nye.. selamat beramal ye.. jgn ponteng puase ye.. wassalam.. ;)
(sumber rujukan dr blog Dr Asri :)

p/s: Rasulullah bersabda :
“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an maka baginya kebaikan sepuluh kali lipat, aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, Mim satu huruf.” (Shahih HR.Tirmidzi)

jadi, bacalah Al Quran..! jgn tinggal ye ;)

No comments:

Post a Comment