Feb 17, 2011

Nasi Ayam hoi .

Assalamualaikum diucapkan .


Satu tengah hari terik , aku dan member yang lain mengambil keputusan untuk makan tengah hari di Greentown Mall . bunyi tempatnya macam wow , tapi pfttt .


Setelah meletakkan barang di kerusi berwarna hijau pucuk pisang , aku dan memember yang lain membawa haluan ke kedai pilihan hati masing-masing . Namun , salah seorang member aku tunggu di meja . Jaga barang katanya .


Setelah penat menawaf keliling GM food court , aku yakin untuk makan nasi ayam mak cik kedai hujung . mak ciknya ramah , nasinya banyak , ayamnya boleh dipilih ikut selera aku , harganya RM3.50 . ohh , mak cik !


Di kedai berkenaan , ada seorang budak lingkungan umur 15 tahun . perempuan , tapi seakan-akan jantan . opsss . maaf . dia senyum . aku senyum kembali .


Setelah memesan nasi ayam berlaukkan ayam bahagian dada , kelihatan seorang mak cik lingkungan 40an datang . 


" Mak Cik , nasi ayam satu ! "


ceh , ade ke patot panggil 'mak cik' , panggil la kak ke . macam sebaya je dengan mak cik nasi ayam . aku senyum padanya . expression mukanya kosong . eh idak , uh idok . pantang tok nenek aku bila orang x balas senyuman nih . pfttt .


Tidak berapa lama kemudian , nasi ayam aku yang berlaukkan ayam bahagian dada dan mak cik yang x nak senyum tu pun siap . ohh , nasi ayam berlaukkan ayam bahagian dada . x sabar nak makan . lapar . brrrrrr , bunyi perut aku .


" mak cik , x ade sup panas sikit ke ? saya x nak sup x panas ni . saya x nak yang ni . tolong tukar yang laen . "


Perasaan seronok aku melihat nasi ayam aku yang berlaukkan ayam bahagian dada tiba-tiba terganggu dengan permintaan mak cik yang x nak senyum tadi . banyak songehhhhhhh . heh .


"tapi , ni kan panas ni . semua sup sama je . dari dalam bekas ni ." mak cik nasi ayam kelihatan tertekan .


"saya x nak sup ni . nak yang laen . " ergh .


Aku biarkan mak cik banyak songeh tu bayar dulu . Kang die nak cari pasal dengan aku plak . mak cik nasi ayam kelihatan agak segan dengan kejadian sebentar tadi dengan aku . aku senyum je . terus chaw .


Lagi satu punya cerite , time tu dekat bazaar Ramadhan . aku tengah pilih ayam kentucky , sebelah aku ada nyonya beruniform The Store . lama sungguh dia memilih . ayam ni x kena , tu x kena . adoiyai . memang lah hak pengguna , tapi jangan lah sampai pengguna laen jadi terganggu . huh ! banyak songehhh !




p/s : Suka lagu Hurricane by 30s to Mars tu x . aku suke . tapi , video klip die terok sekali . pfttt .





13 comments:

  1. songeh tuh ape? pfft tu ape...mcm kentut je

    ReplyDelete
  2. dia banyak songeh, org lain rugi masa..
    x besh kalau jumpa org gini..

    ReplyDelete
  3. kadang2 term "Customer Always Right" memang menyakitkan untuk peniaga dan pembeli yg lain

    ReplyDelete
  4. pfrrrruuuuttttt!!

    oi makcik, agak2 la. nak panas nak sejuk masak sendiri.

    *cakap dalam hati*

    ReplyDelete
  5. kerenah pelanggan tu yang membebankan..
    eheheeee

    ReplyDelete
  6. sedap nasi ayam..lapar la plak..
    http://inanazir.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Dayah : opsss !

    Dhamirah : hoh heh hoh heh .

    alhaqimi : bnyak songeh la kau . wek wek .

    komang : aku juge ! weee ~

    padlie : tu lahh pasal . selfish sungguh !

    ReplyDelete
  8. E.d.Y : hurm betul tu . seksa menyeksa .

    Cik zaza : ye sayang . hee .

    HEROICzero : hamboih , hati die pakai mic . kuat gile berkata-kata . :D

    mie : itu lah pasal . susah !

    Pistachio : hoi hoi hoi Pistachio ! hehe .

    Ina : hehe . jom mkn nc ayam jom !

    ReplyDelete