Assalamualaikum .
Dulu mase sekolah , bila cerite pasal opah dengan datuk , aku akan semangat bercerita . sebabnya , hanya aku yang ada opah dan datuk yang masih hidup kedua-dua belah side mak ayah aku .
Time aku form 3 , dekat-dekat nak exam PMR aku kehilangan atuk aku side ayah aku . prostate cancer . itulah kehilangan 1st yang pernah aku alami . sedih . sebabnya , time aku tengah belajar dekat kampung , atuk aku akan duduk teman aku sambil gulung rokok daun . sepi terus opah aku sebab tinggal sorang-sorang .
Kehilangan kedua yang pernah aku alami bapak sedara aku , iaitu abang ayah aku . Baik orangnya , suka bergurau . Seminggu sebelum meninggal , aku pergi lawat die dekat hospital . macam-macam die sembang dengan aku . cerita macam-macam . tup tup seminggu kemudian dia pergi .
Semalam , aku menerima berita kehilangan yang ketiga . opah aku , side ayah aku pulak meninggal ............ kehilangan ketiga . ya Allah , terkejut sungguh rasanya . hanya Tuhan yang tahu betapa kami semua merasai pemergiannya .
Sebenarnya semalam mak dan ayah aku bawak arwah opah aku pergi ke hospital taiping , CT scan untuk tengok salivary gland die . so , macam biasa doktor suruh puasa dari pukul 12 malam .
Pagi semalam , semuanya berjalan lancar . Dia ada mengadu dekat mak aku , sakit dada . penat sebab dah lama tak berjalan . lepas dia jatuh dekat dapur rumah die dulu , jalan kena guna tongkat 4 kaki tu . sebelum ni cergas je die berjalan .
lepas habis semua prosedur dekat ENT , mak ngan ayah aku bawak opah pegi makan . masa masuk dalam kedai makan , die cakap dekat mak aku , ayam goreng tu nampak sedap . mak aku pelik , seumur hidup die , memang x pernah makan ayam . time tu dah 2 lebih . lambat betul urusan dekat hospital .
Lepas habis makan , kepala dia terus menunduk , mukanya di atas meja . mata serapat-rapatnya tertutup . mak aku ingatkan nenek aku cuma bergurau . bila check nadi , dah x ade .
Kelam kabut semua orang dekat kedai makan tu . terus bawak ke wad kecemasan . doktor cakap , opah dah x boleh nak buat ape dah . die mintak telefon semua anak-anak . ajar mengucap semua ........ opah aku dah meninggal . sebab kematian , Acute Coronary Syndrome & Cardiogenic Shock .
Pagi semalam , sebelum ke hospital dia ceria je . dia ajak mak aku pergi jalan-jalan lepas pergi hospital . x sangka opah aku dah tiada . ya Allah . sangat mengejutkan .
Tadi , semua urusan pengurusan jenazah selesai di jalankan . Alhamdulillah . semua lancar . Arwah opah aku dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan atuk dan bapak sedare aku .
semoga opah , tok , pak lang ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh . amin . insyaAllah .
Al-Fatihah buat opah aku .
p/s : satu benda yang aku x puas hati pasal hospital . ade sorang doktor ni , die amek history taking dekat mak aku , tanya marah-marah . lepas tu , bile mak aku jawab , ade je x kena . kau x tahu ke yang ahli keluarga still terkejut dengan ape yang baru jadi . time mak aku panik , boleh pulak kau pergi tambah stress mak aku . nang bu tinang kui bu tikui punya doktor . kesian mak aku . apa punya doktor . plis r pikir kalau kau dekat tempat mak aku ? x ke rasa nak nangis bila orang buat macam tu ? ohh , maafkan kekasaran bahasa aku .
Innalillah :"(
ReplyDeleteUr such a strong person. i dont even see ur sad face!
semoga mereka di tempatkan di kalangan org2 yg beriman. Insya Allah :)
alfatihah..kuatkan semangat yer
ReplyDeletehurm..entry ni mngingat kan aku pada atok ngn opah sebelah bapak aku jgk..makaseh..eheh..kite yang idop ni boleh la bagi hadiah kat deorang..
ReplyDeleteyang pergi tetap pergi. doa banyak2.
ReplyDeleteAl-fatihah. ameen.
innalillah..al-fatihah..
ReplyDeletesemoga ditempatkn dikalangn org2 y beriman..amin..
patotla aku tercari2 kau sekat kelas semalam.. takziah sayang.. alfatihah ~
ReplyDeletekuatkan semangat !!
takziah...semoga roh nenek awak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan yang soleh...sabar ek..
ReplyDeleteAl-fatihah.
ReplyDeleteTakziah. Semoga mereka ditempatkan di tempat orang2 yg dikasihiNya..
Berkenaan doktor tu, boleh wat report kat sini: http://www.moh.gov.my/complains/new
Kakitangan gomen gitu jgn biarkan..
al-Fatihah .!
ReplyDeletesemoga rohnya bersama org2 mukmin...allahumma ameen!
al fatihah!!
ReplyDeletesama2 kita banyakan sedekah al fatihah
chaiyok2
ReplyDeleteInnalillah..
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk arwah..
ur, psl doc tuh apsal ko tak bagi penendang je?esok2 ko jd dukturah pulak sila jgn wat perangai mcm tu/nnt aku lak bg penendang.hehe
thank u everybody ! :)
ReplyDelete