Jul 12, 2011

3 Kedai .

Assalamualaikum ! (jawab dalam hati tau)

Dekat tempat tinggal aku , sebelum sampai ke rumah aku ade deretan kekedai runcit . Ha , ni yang nak cerita ni . Benda yang unik dalam kalangan kekedai runcit ni ialah mereka masih menjalankan perniagaan dengan aman makmur selaras dengan misi 1 !!? Malaysia (cakap ramai-ramai sambil tangan cucuk langit) . Kerana ? Ade 3 deretan kedai runcit iaitu kedai runcit cina , kedai runcit India dan kedai buncit Melayu , ehh kedai runcit Melayu . 

Selain itu terdapat juga kedai gunting rambut Aboi , Spa Q , kedai motor , kedai jual ikan ayam dan santan , kedai makan yang menjual gulai , kedai photostat merangkap kedai kawan baik kakak aku (sebab suka print kat situ) dan CC . Maju kan ? Berbalik kepada tujuan asal , aku nak buat perbandingan antara kedai runcit Cina , kedai runcit India dan kedai runcit Melayu . hik hik .

> Perbandingan 1 - Kedai Cina .


Kedai cina ni aku tak berapa suka nak pergi . Mengapa ? humm . Satu , auntie yang jaga kedai tu bagi aku tak peramah , tanya macam nak marah kita beli barang dia . heh . Lepas tu , contoh kalau kita nak santan jenama ayam brand . Tapi dekat kedai dia ada santan jenama Kara je . Dia akan kutuk-kutuk santan yang kita nak tu dan mengatakan santan Kara lebih unggul dan terbaik dari kalangan santan-santan . Sengal bukan ? Dia tak nak kalah kalau benda yang kita nak tak ade dekat kedai dia . heh lagi sekali . Lagi satu susunan agak berterabur dan sempit . Silap-silap boleh main nyorok-nyorok . keh keh . Pelanggan kadang-kadang ramai , kadang-kadang anak beranak cina kedai tu yang ramai . Tapi ade jual kerang (mak aku pernah suruh belikan-rm3 satu plastik) .


> Perbandingan 2 - Kedai India .

Kedai ini juga dikenali sebagai kedai Indu . ngeh ngeh . Inilah kedai fevourite keluarga kami dan penduduk di taman mahupun luar kawasan taman kami . Mengapa ? haa . Setiap pelanggan inginkan kehendak mereka dipenuhi si pengkedai . Boleh sebut semua jenis barang , kalau tiada aral melintang , semua barang tu ade . Susunan kedai okay la . Senang nak cari . Harga selalunya lebih murah dan berpatutan berbanding kedai lain . Ade sabun , shampoo , sayur , ais , majalah , barang-barang dalam cermin , Olay total effect , Garnier , sticker motor , peti aiskrim yang banyak , buku tulis , pens , alat kosmetik . Arghh semua lengkap lah . Uncle yang peramah dan auntie yang kuat bersembang . ngeh ngeh . sekarang dah ade 2 cashier wooo . maju kauu . 


> Perbandingan 3 - Kedai Melayu .


Bertepatan dengan namanya . heh . Kedai paling besar antara kedai-kedai yang lain . Cat style gila biru dan kuning . Namun , kedai ini kedai paling lengang . Boleh main jengket-jengket dalam kedai ni tahu ? Ruang lagi banyak dari barang . Bukan tak nak tolong bangsa sendiri , tapi bila semua barang tak ade , jadi fed up tahu ? Itu takde ini takde . Harap kedai paling cun tapi , sangat lengang lagi melengangkan . Kesian jugak kadang-kadang . Orang datang kedai dia just untuk beli sayur-sayuran , topup , tukang juga hantar barang dan tidak ketinggalan orang yang lalu untuk ke kedai Indu . keh keh . 

Begitulah perbandingan yang aku lihat . Susah kalau tak ade strategi dalam berniaga . Nampaknya pemenang bagi perbandingan ini ialah Kedai Indu . yeay . Tahniah . Saya suka beli barang-barang di situ . Untung Olang Ramai . wee . Bagi yang berniaga tidak kiralah bangsa apa , nak berniaga janganlah hidup segan mati tak mahu , nak kena bunuh ke . Berniaga dengan ikhlas . Jangan bila tengok orang berniaga , dia pun nak sibuk berniaga . Tak menjadi tahu ?


Okaylah . That's All . yeah yeah .
Sekian .




p/s : Aku pernah jumpa Cadbury yang berkulat time aku kecik-kecik dulu . Geli tahu ? Yek yek . :p




 

6 comments:

  1. hahahaah dlm byk byk kedai
    kedian indu jugak kau nk pilah kn..
    grrrrr..
    mesti minat abg shah rul khah kat situ ekk.

    hahahahaha =p

    ReplyDelete
  2. mlayu tkt gagal.. tu la dia..huhu

    anda dah baca komik atwr #4?
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html

    ReplyDelete
  3. adoi.... ingatkan kedai makan.. tul tu... akak suka kedai india paling ada semua.... tak payah nak gi byk kedai... selalunya mak akak borong untuk bekal sebulan. heeeeeeeeeeeeee... akak pemalas nak gi kedai... ngeh ngeh ngeh.... pemalas tahu akak nie.... weeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. Kedai Indu x sti salu pasang lgu Bruno Mars nieh....hik3...tu yg hang ske sgt tuh...hik3 :D

    ReplyDelete
  5. heeeee....kt situ olay murh kn..kt gadien mhl kit!!milo ngn biskut iko pun mcm2 kaler ade..kih kih...promote kdei indu...

    ReplyDelete
  6. oo ngate kdai kwn baek saye ye....kdai s yong,kih3....

    ReplyDelete