Alhamdulillah.. aku bersyukur..
Ucapan yg ringkas, padat & amat bermakna..
****************************************************
Pagi itu, Timah berasa penat sangat.. namun begitu, die tetap menggagahkan dirinya untuk membuat kerja-kerja rumah serta menjaga cucu sulungnya..Adam..
Masuk minggu ni, dah 3 kali Timah jatuh.. jantung Timah dah x kuat.. lemah.. tiba-tiba Timah teringat kata-kata doktor di hospital tempoh hari..
“Puan, jantung puan dah makin lemah.. sebab tu lah selalu jatuh.. saya harap puan dapat ambil keputusan segera untuk buat pembedahan.. lagi kita tunggu, takut keadaan bertambah buruk..”
Lamunannya terhenti bila die terdengar bunyi pinggan pecah.. dia menjenguk ke arah dapur.. dia menyangka mungkin kucing.. si tam.. sangkaannya gawat apabila dia terlihat kelibat 2 orang yang cukup dikenalinya..
Kelihatan di dapur ada anaknya sulungnya Sarah, yang sarat mengandung anak kedua.. usianya baru mencecah 17tahun.. dia sedang mengutip serpihan pinggan di lantai.. kelihatan dia berbaju t-shirt sendat yg menampakkan perutnya yang memboyot.. sudah hampir 5 bulan kandungannya.. sambil itu, gerak geri Sarah diperhatikan oleh seorang lelaki awal 30-an.. Lan, merupakan suami Sarah.. dia kelihatan sangat marah.. sedang menengking Sarah.. Sarah turut meninggikan suara melawan suaminya..
Tiba-tiba timah teringat ketika mula-mula mereka mula mendapat tahu anaknya itu mengandung anak pertamanya.. ketika itu Sarah baru tingkatan 2.. dia sering muntah-muntah.. perutnya makin besar.. akhirnya, guru sekolahnya Puan Asilah yang dapat mencekup Sarah sedang mengandung.. alangkah terkejut semua orang..
Timah sedar, keluarganya dipandang serong oleh orang-orang kampung Simpang Lawin.. namun, apakan daya.. perbuatan Sarah itu langsung tidak menimbulkan kemarahan kepada ayah Sarah.. bahkan dia gembira bakal menimang cucu.. ayah Sarah, Sulaiman.. dia lebih dikenali dengan panggilan Leman..
Leman seorang yang rajin.. dia bekerja keras setiap hari membanting tulang empat keratnya bagi menanggung kehidupan mereka sekeluarga.. dari kerja-kerja seperti membuat rumah orang, menyusun meja di sebuah gerai kampung mahupun memasak kalau ada majlis-majlis seperti kenduri, doa selamat.. dia tidak kisah.. asalkan dia mendapat upah untuk menyuap sesuap nasi ke dalam mulut tanggungannya..
Satu keburukan Leman ialah dia susah menerima kritikan, teguran mahupun nasihat daripada orang lain.. terutamanya berkenaan dengan anak-anaknya.. Leman sudah lama meninggalkan tikar sembahyang.. bahkan mungkin Leman tidak pernah tahu semua itu.. apa yang ada difikirannya ialah jalan untuk mencari duit..
Timah meninggalkan dapur.. dia sudah malas melihat pergaduhan antara anak dan menantunya itu.. tidak berapa lama selepas itu.. kedengaran suara dari luar rumah..
Bersambung...
Assalamualaikum Ika !
ReplyDeleteALAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ;(
Itu saja yang saya nak kata. Huhu. Frust ! :P
Waalaikummussalam Hajar!
ReplyDeletealaaaaaa... jgn la frust! haha =D