Jul 27, 2010

Timah yg Malang (part 3)

....kondisi Timah semakin buruk.. Isnin lalu, dia dimasukkan ke hospital kuala kangsar.. disebabkan ketiadaan pakar jantung di hospital kuala kangsar, dia dikejarkan ke hospital pulau pinang..

Leman, Sarah & Syafiq risau akan keadaan Timah.. pagi petang siang dan malam Syafiq dan Leman menjaga Timah.. Sarah tengah sarat mengandung.. pagi rabu, Leman memberitahu doktor yang dia ingin pulang ke kk kerana duit telah tiada.. duit tiada, maka tiadalah rezeki yang masuk ke mulut mereka.. doktor kelihatan berat untuk membenarkan Leman pulang, kerana keadaan Timah yang kritikal.. namun.. Leman tetap pulang..

Rasa serba salah, risau, gundah & tertekan.. dia tetap cekal mencari duit.. rezeki dia dan anak-anaknya.. Leman tetap kuat bekerja..

Satu panggilan pada Jumaat.. dr hospital pulau pinang.. doktor memberitahu isterinya memerlukannya di sisi pada ketika itu.. dengan perasaan gundah gulana dia segera menghabiskan kerjanya di rumah Pak Hamid.. Leman pulang ke rumah seketika untuk mengambil Syafiq.. ketika di rumah, enjin motor Leman baru sahaja dihidupkan.. satu lagi panggilan diterima..

“Assalamualaikum, ni Encik Sulaiman ke? Kami dari hospital Pulau Punang.. Isteri encik baru sahaja meninggal dunia.. harap encik dapat bersabar.. jenazah akan dihantar.......” fikiran Leman melayang.. dia sudah tidak dapat memberi perhatian kepada apa yang diucapkan oleh pegawai hospital..

Hatinya remuk redam.. Leman meraung.. dia sudah tidak tentu arah.. Syafiq juga begitu.. ketika itu, apa yang dia ingat adalah untuk memberitahu kawan sekampungnya iaitu menantu kepada Kak D, wa.. Wa mendapat kabar yang pertama berkenaan kematian isterinya.. lalu, disebarkan kepada penduduk kampung..

Semua orang tergamam, terkejut akan khabar mengejutkan itu.. Timah telah tiada.. sudah sampai seru kepadanya..

**********************************************************************************

Pengebumian Timah dibanjiri ramai orang kampung.. dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.. Timah telah pergi.. bagaimanakah nasib Leman, Sarah, Syafiq? Adakah mereka akan menjalani kehidupan yang normal selepas ini? Tanpa ibu mereka? Wallahualam.. hanya Tuhan yang tahu segala-galanya..

Semoga roh Timah dicucuri rahmat & ditempatkan di tempat orang-orang beriman.. hati Leman dibuka untuk menerima hidayah dariNya.. Sarah akan menjadi isteri & anak yang baik.. Syafiq akan tabah dengan kehidupan tanpa ibunya.. Lan akan lebih bertanggungjawab memimpin kelurganya.. insya Allah.. Amin.. Al-Fatihah buat Timah...

(ade sikit2 fakta yg aku ubah suai untuk menjaga sensitivity sesetengah pihak sebab ini kisah realiti! Bukan fantasi.. hanya untuk dikongsikan bersama...)

2 comments:

  1. Ya Allah.... Cerita betul ke... Lagilah sedih...

    ReplyDelete
  2. aah.. cerita btul.. bru sahaja meninggal.. jumaat mggu lepas.. =(

    ReplyDelete