Jul 27, 2010

Timah yg Malang (part 2)

....suara dari luar rumah.. satu susuk tubuh kecil sedang ketawa besar bersama teman-temannya.. Syafiq.. dia anak bongsu Timah.. syafiq sudah tingkatan 1.. namun, dari segi fizikalnya dia kelihatan baru darjah 4.. di sekolah dia dimasukkan ke kelas pemulihan kerana sehingga darjah enam, satu huruf pun tidak dikenalinya.. dia turut mempunyai kekurangan iaitu sengau.. iya, itulah Syafiq..

Meskipun hidup susah, Timah & Leman tidak pernah mengabaikan makan minum anak-anak mereka.. meskipun Sarah sudah berlaki, Leman dan Timah tetap menjaga kebajikannya..

Di tengah kampung ada satu rumah al-ala kedai runcit.. di situ ada menjual cikedis untuk kanak-kanak, nasi goreng, mee goreng, kuih.. semuanya ada.. setiap hari Syafiq pasti datang ke kedai Long.. Long seorang balu yang berusia 70-an.. dia masih gagah untuk berniaga.. padanya, berniaga itu dapat menyenangkan hatinya..

Setiap hari, syafiq banyak berbelanja di kedai Long.. setiap hari juga, Leman ada memperuntukkan wang untuk Syafiq berbelanja.. biar dia sukar mencari duit, asalkan anaknya dapat merasa kehidupan yang mewah terutamanya soal makan minum..

Timah terus termenung ke arah luar rumah.. tergerak hatinya untuk melawat jiran terdekat yang selalu dikunjunginya.. Kak D.. rumah Kak D hanya di sebelah rumah Timah.. dia menggagahkan kaki berjalan ke arah rumah Kak D.. mereka bersembang.. sehinggalah waktu tengah hari..

*******************************************************************************

Kak D merupakan tempat Timah mengadu masalah.. kadang-kadang Timah hantar makanan yang dimasak ke rumah Kak D.. pernah sekali, Timah gaduh teruk dengan Sarah.. Sarah suka melawan cakap Timah.. dia langsung tidak menghiraukan perasaan ibunya itu.. Timah mengadu dengan Kak D, dia dah tak tahan dengan perangai anaknya itu.. kadang2 Timah mengadu dgn Yang, anak Kak D.. hanya ,merekalah yang Timah ada..

Timah pernah juga memberitahu Kak D, kadang-kadang Sarah dan suaminya langsung tidak menghiraukan ibunya apabila mereka sedang menjamu selera.. Timah teringin sangat untuk menjamah mee hailam yang dibeli oleh Lan.. Namun, dia langsung tidak dipelawa.. dia hanya dapat makan sisa-sisa mereka.. dia sedih.. hati seorang ibu terluka..

Dalam pada itu, semakin hari kondisi kesihatan Timah semakin buruk..

Bersambung...

2 comments: